Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, January 23, 2012

h o t e l . b e s t . I

Lama dah tak cerita pasal hotel kan.
Asyik cerita pasal yang tak best kan.
Hari ni cerita hotel yang best sikit kat Kuantan.
Hotel Season View.
Korang nak tau lokasi dia, sila buka website diaorang ya.

Hotel ni boleh dikatakan baru lah jugak.
Untuk rates, harga bilik start dari RM93 untuk bilik ekonomi.
Yang ekonomi ni kalau tak silap aku, tak ada tingkap la.
Yang standard RM98.
Paling mahal kat sini RM228 je.
Executive Family Suite (two connecting room)
Harga bilik jenis lain, sila check sendiri ya.
Harga bilik dah termasuk breakfast.
Sebab harga pun under RM100 sila jangan expect nak breakfast banyak- banyak macam kat Pullman, MO, Four Season ataupun Ritz Carlton.
Yang ada kat sini nama cafe dia  The Ritz grill ya.
Breakfast agak terhad.

Ni contoh bilik yang aku stay.
Ambik bilik standard je, tapi masa tu public holiday jadi harga adalah RM118.

Katil ok, bantal ok, tak le keras or lembut sangat. Ada phone (normal kot kan). Lagipun hotel ni baru lagi. So, barang- barang furniture ni ok lah lagi. Kita tengok 3 tahun akan datang macamana ya.

Nampak macam ok je kan bilik ni untuk harga normal RM98.

Tv walaupun agak old fashion, banyak la jugak channel nya. Peti sejuk ada. Almari pun besar la jugak. Pemanas air ada, coffee, tea semua cukup la.
nampak lantai tu? lantai pun ok je lagi. Tak ada cacat cela setakat ni.

Ni bilik air.
Buka pintu je terus nampak sinki n cermin.

Tempat berangan.

Shower.

Toiletries
Cukup semuanya.
Cuma berus gigi n ubat gigi tak disediakan.

Pelakon tambahan dalam ini drama ya.
Luas jugak kan bilik ni.
Worth it la untuk harga RM98.

Cuma 1 tak suka, tak ada meja kecil la. 
Diaorang ada room service menu.
Aku kan pantang duk hotel.
Mesti suka nak order makan kat bilik.

Aku order lamb Chop.
Walaupun lamb tu macam agak liat, tapi jagung, sayuran n mashed potato tu sedap.
Ye, jagung tu cukup lemak dan manisnya.
Aku terasa dan terbayang saat makan jagung tu.
Hahhahahah....
Rasa sayang nak abiskan.


Dessert, Blueberry Creme Brulee dan Vanilla Ice cream.
Gila tamak makhluk ini kan.
Sedap ok Creme Brulee tu.
Lama tak makan.

Sebab tak ada meja, aku makan la kat sebelah tv.
Walaupun sempit, aku tetap makan dengan jayanya.
Jangan tanya pasal laki aku ya.
Dia tak ada kat bilik masa ni.
Pi kedai kereta.

Ok, habis sudah.
Licin dan bersepah perempuan ni makan.
Tak senonoh kan.
Lupa pulak, air aku order carrot juice.


Pencuci mulut pun habis licin.
Heaven nya lah.

Harga Room service menu pun tak mahal mana.
Berbanding hotel macam Megaview Hotel  yang harga biliknya mahal sikit dari sini, menu kat sini lagi best.
Makanan lebih variety.
Pencuci mulut kalau kat Megaview cuma ada, ice cream n fruit salad kot.
Kat sini selain menda tu ada Creme Brulee, Bread n Butter Pudding dan lain- lain lagi.
Main couse pun banyak ok, western and local semua ada.

Ada hari esoknya aku order pulak Kway Teow Goreng.
Sedap jugak.
Banyak pulak tu.
Bread & Butter Pudding diaorang pun sedap.
Tapi sayang tak amik gambar.
Lupa.
Sorry.

Malam tu aku ajak kawan- kawan lepak kat bilik, sebab laki aku pergi mana entah.
Aku lupa.
Diaorang pun kata hotel ni best.
Dah la harga pun murah jugak.


Kitaorang lepak- lepak tengok Mentor final.
Hahahhaha...
Mentor Final last year.
Maknanya ni adalah last year punya cerita ya.
Baru teringat nak review.
Gila lama kan perap.
Dah lama duk kat draft tapi aku tak perasan.
Boleh gitu?

Overall, aku rasa hotel ni ok dengan harga yang berpatutan.
Lokasi pun kat pusat bandar.
Cuma ruang cafe tu kecik sangat.
So, sempit la waktu breakfast pagi kalau bilik semua penuh.
Lain- lain aku tak ada nak complain.

Last picture, 
Bos nak bayar bilik.
Relax bro ni, jalan mana- mana selipar jepun je kan.
Tu dia baca paper plak kat kaunter.

*Korang mana yang ada nak bercuti kat Kuantan ke, ada kena kerja luar daerah kat sini ke, kalau tak ada idea nak duduk mana aku suggestkan duk sini lah. Jimat. Yang tak nak jimat sila duduk MS Garden, Grand Continental dan Hyatt ke. Aku memang jimat bab bilik sebab duit banyak nak guna buat makan wooooooo.


1 comment:

Sharinginfoz said...

interesting juga, tengah cadang nak pi kuantan