Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, January 23, 2012

S u a t u . K e t i k a (part 2)

Ok, sambung cerita zaman kanak- kanak ya.
Masa tahun 1995 aku pindah ke Simpang Renggam , Kluang, Johor.
Reason pindah?
Family buat rumah kat sana.
Sebab arwah atuk yang suruh buat rumah.
Masa tu arwah atuk dah tua dan start sakit- sakit.
So, dia mengharap ada anak perempuan yang duduk dekat dengan dia.
Sebab mak aku je yang belum ada rumah sendiri, atuk pun suruh la buat rumah kat tanah mak which is belakang rumah atuk je.
Sebenarnya buat rumah tu dari tahun sebelumnya, tapi sebab buat sendiri so bila mana ayah sempat balik sana baru dapat buat and ditolong oleh pakcik- pakcik aku sebelah mak.

Bila pindah Simpang Renggam ni, aku sekolah la kat tempat baru.
Tapi akak aku tak pindah sekali.
Dia nak habiskan PMR kat Pontian.
So, dia tinggal kat rumah atuk sana untuk habiskan tahun tu.

Bila aku pindah sekolah baru, aku rasa lain lah.
Biasalah, budak baru kan.
Mesti ada kawan sekelas ngorat.
Hahahhaha...
Tapi serius aku benci la nak kawan- kawan macam tu dengan budak lelaki.
Hantar surat lah.
Bagi hadiah la.
Ada aku kisah?
Aku agak boyish la masa sekolah rendah.
Rambut pendek sentiasa sebab tiru Sofea Jane masa cerita yang dengan Aman Graseka tu.
Cinta Kita kan tajuknya.
Tapi nak letak gambar zaman tu tak bolehlah.
Sebab album zaman tu ada kat kampung.
Cuma ada 1 picture ni aku curi kat fb kawan.
Sorry Has, aku curi.
Halal kan ye.

Kawan yang aku tak ingat nama minta maaf ya. Melayu mudah lupa kata DR. M. Aku malaslah nak state nama korang satu- satu. Tapi sometimes ada yang aku jumpa kat mana- mana tu aku terlupa nama, so, tak jadi nak tegur. Boleh gitu?

Seriously, korang tak akan nampak muka aku..
Tu aku yang duduk terkangkang kanan sekali.
Gaya duduk pun orang tau agak kelelakian perangai aku kan.
Ni picture darjah 5.
Guru kelas aku Cikgu Fauzi.
Dia selalu sound gaya aku jalan suka seret- seret kasut.
Dia kata aku ni orang malas sebab tengok gaya jalan pun dah tau.

Tak baik tau cikgu cakap saya macam tu.
BM saya dua- dua paper dapat A tau masa UPSR dulu.
*Cikgu Fauzi ni ajar BM

Banyak tau kenangan aku kat sekolah ni.
Sekolah Kebangsaan Seri Kencana.
Aku pergi sekolah selalu jalan kaki tau.
Sebab masa aku dah duduk Simpang Renggam ni, ayah aku kerja kat PLUS.
Dia jadi mandor (apa ek frasa yang betul bagi pekerjaan ni).
Macam Supervisor kan.
Dia pantau kerja orang yang sapu- sapu kat R&R tu n pastikan landskap sepanjang kawasan jajahan dia tu cantik je dan menepati piawaian PLUS.
Masa ni, memang ayah aku kerja sibuk sangat.
Kadang- kadang balik rumah untuk makan, pastu pergi kerja semula.

Masa duduk Pontian dulu, kerja kebun. 
Pagi sampai petang.
Malam memang kat rumah.
Dia balik dari masjid malam- malam mesti paksa aku duduk dan belajar depan mata dia.
Tapi bila dah kerja macam ni, aku belajar sorang- sorang.
Biasalah kan.
Makin nak cari harta, makin kurang masa.
Aku dengan adik aku memang jalan kaki pergi dan balik sekolah.
Kadang- kadang je tumpang pakcik aku.
Jalan tu tak adalah jauh mana.
Lagipun masa kecik kan suka jalan.
Lagi pulak ada je kawan- kawan dari kampung sebelah yang jalan kaki juga.
So, tak adalah sunyi sangat.

Korang cer try bayangkan penat ke tak.
Pagi pergi sekolah rendah.
Balik pukul satu tengahari.
Pukul 3 pergi sekolah agama pulak.
Balik pukul 6.30 petang.
Jalan kaki tau.
Jarak jalan macam dari Puduraya pergi Pavilion tu.
Bawak beg sekolah berat- berat.
Aku pun tak pasti kenapa masa tu aku tak nak naik basikal ye?

Tapi zaman aku tu, belum ada banyak kes culik ke, rogol ke... so, kami tak takut pun jalan kaki.
Kalau sekarang memang adik- adik aku tak pernah jalan ke sekolah.
Kau gilo?
Bahaya tau zaman sekarang!

Kawan- kawan aku dari sekolah ni, kebanyakannya masih contact- contact lagi.
Say thanks to FB lah kan.
Sebab kebanyakannya contact kat fb je. 
Pertemuan semula pun dalam fb.
Macam Mala, masih selalu jumpa.
Lagi pun memang aku rapat dengan dia.
Eh, dia ni kawin dengan member sama- sama sekolah rendah tau.
Panjang sungguh jodoh mereka.
Dari cinta monyet kepada cinta abadi.
Masa sekolah menengah kitaorang duk satu asrama.
Tu cerita lain kali la ye pasal duk hostel.
Geng lain- lain macam Umilia (last year dia ada datang tempat aku), Lynda (satu uni. dengan aku, haruslah selalu jumpa jugak dulu), Hamzi (doktor kau sekarang), semua dah berjaya jugak dalam hidup masing- masing. Tapi bilanya korang nak kawen? Korang ingat korang muda lagi? sama umur kan dengan aku!
Aku dah kawin 3 tahun ok!!!

Kat SK Seri Kencana ni, aku macam belajar jadi malas sikit.
Kerja sekolah kadang ada yang tak siap, macam math. 
Sebab aku tak suka math. 
Dari kecik sampai ke tua.
Pengakuan di sini, aku tak lulus Add Math masa SPM.
T_T
*Gila malu bagitau korang*
Tapi paper math biasa aku cemerlang la jugak.
Cuma add math ni macam aku tak suka la cikgu tu. So, selalu kutuk- kutuk sebab tu tak lulus kot. 
Tak berkat ilmu tu kata mak aku.
Kira- kira memang aku selalu out.
Lain bebenor dengan adik aku.
Dia bijak bab kira- kira ni n paper sains macam fizik, kimia, bio.
Tapi bab Sejarah, BM, Geografi..hancussssss.

Account pun aku tak suka.
Masa form 4 aku drop acc. then amik Lukisan Kejuruteraan.
Kat universiti 2 kali amik paper acc gagal ok!!!
Kali ketiga baru lulus.
Itu pun dapat C+ agaknya.
Tapi kira duit harus sentiasa betul ya.
$$$$$$$$$$

Aku tak lah salahkan ayah aku sebab tak pantau pelajaran aku dan adik- adik.
Dia bekerja cari duit untuk kami sekeluarga.
Ada kakak pulak, duduk dengan nenek kat kampung.
Mak pun kerja jugak masa ni.
Mak aku jenis orang yang tak reti duduk- duduk goyang kaki.
Sampai sekarang pun ada je kerja dia buat.
Sekarang selalu amik order buat kuih untuk kenduri, mesyuarat, jamuan- jamuan korporat... chewah.. Promote pulak kan.
Ye lah, mak aku nak menjahit, mata dah rabun sangat.
Susah.
Buat kuih dan kek je lah yang senang untuk dia cari duit dan mengisi masa lapang.

Tapi dalam pada aku malas- malas, aku tak adalah sampai dapat nombor lebih dari 5 kat dalam kelas.
Tak caya boleh tanya kawan- kawan sekolah aku ya.
hehehhehehe....
UPSR aku dapat 4A 1B.
*bangga kejap*
hahahahahhahhaha

Sekolah agama aku kat kampung sampai tahap 5.
Lepas tu sambung masa dah duk hostel.
Sekolah Agama Bandar Kluang.
Tapi tu cerita nanti,.
Banyak kot kontroversi masa aku sekolah kat sana.

Sepanjang sekolah rendah sekali je kot aku ikut rombongan sekolah.
Rombongan sekolah agama, pergi KL dan Melaka.
Sampai sekarang pun memang adik- adik aku yang pergi rombongan kat KL n Melaka jugak.
Cuma tempat lawatan upgrade la sikit kan, macam pergi Petrosains semua tu.
Zaman aku, harus Muzium Negara, Tugu Negara, Zoo Negara je.
Benci lah kalau ingat pasal rombongan ni.
Masa hari balik, perjalanan malam.
So, sampai kat kampung tengah malam.
Guru Besar dan kawan- kawan kejut aku tak bangun- bangun.
End up, Guru Besar angkat aku tidur kat rumah dia.
korang bayang, dari dalam bas sampai masuk rumah.
nasib baik dulu badan aku slim river je.
Kalau macam sekarang???
laki aku nak angkat pun tak kuat wei.
Bukan aku sorang la.
Ada 5,6 orang kawan yang tidur rumah dia jugak.
Guru Besar tu sedara aku jugak.
Yang aku ni, bangun pagi macam terpinga- pinga kenapa boleh tidur kat rumah dia.
Kenapa kawan- kawan tak nak gerak aku.
Diaorang kata puas satu bas gerak aku.
Tapi aku tidur lena sangat.
lol
Malu seyyyy...
Sampai sekarang kalau aku jumpa Guru Besar tu, mesti teringat insiden ni.

Rombongan lain macam camping- camping aku tak suka.
Sebab aku fikir mesti susah nak mandi ke apa semua.
Gila gedik kan.
lagipun aku bukan aktif persatuan ni semua.
Malas layan.
Masa kat universiti je baru rajin nak aktiviti semua.
Outdoor n extreme ya.
Lemah lembut punya aktiviti aku tak layan.

Sukan- sukan pun tak minat.
Sebab aku dari kecik memang selalu sakit kepala.
Dah sekolah menengah baru tau orang kata migrain.
Dulu siap nangis bila baca majalah ada orang selalu sakit kepala rupanya ada barah otak.
Lepas tu 6 bulan kemudian mati sebab lambat rawat.
Siap paksa mak ayah bawa check kot- kot ada barah tu.
Gilo kan.
Kalau ada, harus aku dah kat alam kubur sekarang.

Selain tu, aku antara murid yang rajin ke arah aktiviti ilmiah.
Macam pertandingan bercerita, berzanzi, Tilawah Al-Quran semua tu aku masuk ok.
Pertandingan bercerita kisah nabi ya.
Aku ingat lagi.
Masuk bertanding kat sekolah lain.
Kalau kisah nabi ni, kita kena ada baca petikan ayat Quran.
Tapi masa bertanding tu aku macam tetiba lost.
Bercerita je, yang ayat tu lupa nak baca.
Kalah la.
Dapat hadiah saguhati.

Masuk pertandingan tulisan khat menang dapat no 2 kot.
Lawan kat sekolah lain jugak.
hadiah adalah duit RM10 dengan pasu hiasan isi bunga tu.
Pasu tu pulak sama macam mak aku punya.
Nampak sangat kan beli kat Air Hitam.

Tapi start sekolah tahap 2  memang every year aku masuk pertandingan bacaan berzanzi.
Sampai darjah 6 still aktif ok.

Lepas tu, kalau hari guru kat sekolah selalu aku dan team buat persembahan.
Biasalah persembahan lakonan tu semua kan.
Kalau berlakon untuk hari guru, mesti ada babak murid nakal.
Aku adalah pembawa watak tu yang tegar.
Tak pernah jadi baik.
Jahat sangat ke muka aku....sob...sob...

Apa lagi ek kenangan aku kat SKSK ni?
Cinta monyet?
Dah darjah 6 tu adalah.
Siap ada sorang budak ni macam obses kat aku.
Hahhahahhahah.
Gila perasan.
Nama tak akan direveal ya.
Selalu tulis surat kat aku.
Siap hujung minggu nak ajak aku pi Taman Rekreasi Tropical Village kat Air Hitam tu.
Matilah kecik- kecik pandai ajak dating kan.
Aku tak layan pun.
Gilalah, jangan dia baca blog ni sudah.
Tak pe bro, kau bukan tak hensem, cuma aku tak bersedia lagi nak ada pakwe masa tu.
Baru 12 tahun kot.

Nanti next part aku cerita zaman duduk hostel ya.
Aku sekolah menengah kat 3 buah sekolah tau.
Kau ada?
(",)

to be continue.....
* bajet macam drama telenovela kan. Ni, baru kisah awal belajar hidup, tak banyak plot yang best* 
Post a Comment