Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 2, 2011

c u t i - c u t i . t a k . b e r a p a . m e r i a h . p a r t II

Sambung cerita.
Hari kedua saya masih tak sihat.
Husband pagi- pagi pergi beli breakfast.
Dia belikan saya roti bakar n air teh panas.
Lepas makan baru noticed yang bb yang saya charge dari subuh tak hidup.
Try cabut bateri bagai.
Still tak on jugak.
Masa tu dah rasa tak sedap hati.
Mesti ada something wrong dengan bb saya ni kan.
Konon nak hantar kedai, tapi fikir- fikir balik biarlah dulu.
Tunggu balik nanti baru hantar.
So kitaorang decide g jalan tu saya bawa phone hubby, n dia call saya guna public phone.
Thank GOD masih ada public phone lagi di zaman yang serba moden ni.

Tengahari tu, kitaorang jalan- jalan KLCC.
Saya memang suka jalan kat KLCC sebab dia tak berapa besar.
Macam Pavilion bagi saya terlalu besar, so penat sangat kalau nak jalan habis.
KLCC, The Gardens dan Lot 10 macam agak ok lah untuk saya.
Pavi, Midvalley dan Sungai Wang boleh buat saya menangis sebenarnya sebab macam besar gila pastu macam bila sesat susah nak jumpa...hehehhehheh

Kat KLCC saya jalan- jalan asing dengan suami.
Sebab saya nak masuk Isetan n Parkson.
Ada nak cari baju- baju sepupu yang makcik saya kirim.
Then makan tengahari kat Signature Foodcourt je.
Saya makan nasi campur.
Menu saya sama macam yang saya suka masa praktikal dulu.
Sayur Kailan, Cendawan Shitake dan Ayam Sweet n Sour.
Husband pulak makan Nasi Kandar.
Kalaulah saya sihat, harus dah order Teppanyaki ataupun Sizzling.
Lepas lunch tu barulah kitaorang jalan sama- sama.
Masa husband pergi smoke, saya masuk Harrods.



Beli apa tu?
Next entry pulak cerita ya.
Then, jalan- jalan lagi.
Dapatlah beli beberapa barang.


Tu, apa tu dalam paperbag DKNY?
Next entry jugak saya cerita.
After puas jalan kat KLCC, kami balik bilik around 3.30 petang.
Husband siap- siap nak ke Pertama Kompleks.
Nak beli but bola katanya.
Dia kan star kat Tioman ni.
Hik..hik...hik...
Main Liga Tioman pun kena beli but baru.

Saya pulak, recharge energy dulu dalam sejam dua sebelum keluar semula nak jumpa kawan.
Dalam pukul 5 baru saya keluar dari bilik.
Jalan- jalan kat Lot 10 lagi sorang- sorang.
Pukul 6 gerak ke Pavilion sebab dah janji nak dating dengan Lis.
Betul- betul saya sampai kat fountain depan Pavi tu, Lis pun sampai.
Dia dah pregnant 5 bulan tapi, gila kecik perut dia. hehehehhe...
Kitaorang g minum- minum kat J.co.
Mula- mula nak makan Teppanyaki, tapi full gila kat situ.


Saya dan dia minum Hot Chocolate. Ada free donut. Saya tak makan pun.
Lepas tu kami jalan- jalan.
Masuk banyak jugak kedai, tapi malas nak kegilaan sangat kan,
Demam kan.
Then, Lis pun baru balik kerja dan dia pregnant tu.
Takkanlah nak beria sangat berjalan kan.
Saya memang sebenarnya ada tanam niat nak beli wrislet Coach.
Memang dah lama mengidam.
Lagi pulak ni kan tengah sale so dapatlah harga dalam RM200 lebih.
Kalau bernasib baik ada jugak yang harga tu cuma RM 180.
Masa ke KL bulan 6 haritu rasa menyesal pulak kan tak beli.
So, ingat nak beli hari ni.
Tapi tak dapat masuk la pulak.
Coach ada buat private event.
hmmmmmmmmmmmm.....


Gila ramai orang beratur.
Sampai kat depan butik Burberry tu.
Jauh.
Ramai gila kan.
Semua orang yang masuk ni beli ke?
Sian saya kan.
Tak dapat nak beli.
Y_Y
Bukan senang saya nak buat keputusan beli benda yang bukan- bukan.
Time nak beli, tak dapat pulak.
Ada jugak usha- usha wrislet kat Guess.
Tapi design macam tak lawa.
Harga dalam RM149 macam tu lah.
Bagi yang gemar brand Guess bolehlah beli.


Ni lah kawan saya, Mazlisa ataupun Lis.
Kami ada banyak persamaan tau.
Saya dengan dia satu Universiti.
Sama course.
Sama kolej kediaman.
Tarikh lahir sama. (exactly the same, tarikhnya, bulannya dan tahunnya)
Nombor rumah pun sama.
Dua- dua pun orang Johor.
Nama mak dia dengan nama mak mertua saya sama.
Kitaorang duduk sama- sama satu rumah kat KL masa praktikal.
Kan, banyak kan persamaan.
Ada lagi kot yang saya lupa.

Jumpa dia pun tak lama sangat, dalam lepas maghrib kitaorang pisah.
Husband dia amik.
Saya pulak nak pi dating dengan husband saya.
Maybe lepas ni jumpa dia masa dia dah bersalin pulak kot.
Sorry Lis tak dapat nak belanja ko makan teppanyaki.

Ok, cerita pasal dating dengan husband pula ya.
Mula- mula memang nak makan kat Tony Roma's seperti yang diangankan.
Tapi petang tu masa pergi sana konon nak minum dengan Lis diaorang kata machine untuk air panas rosak.
Saya kan demam, takkanlah nak minum ais- ais bagai kan.
So, saya bagitau husband tak nak lah makan kat sana sebab tak ada air panas.
 Kami pun decide makan kat The Ship je.
Makan Rib.
Dua- dua pun menu sama je.
Air je lain- lain.


Bagi yang masih tak kenal, ni lah dia pujaan hati saya.


Salad ni memang dah sekali dapat kalau order main course.


 Husband saya order Apple Juice.
Saya order Chinese Tea je.
Tak ada ambil gambar lah pulak.


Ni lah Rib Steak kami.
Sedap lah daging tu.
Juicy n lembut.
Baked potato pun sedap. 
Cuma jagung tu macam kurang lemak kot.
Kurang garam kot masa masak.


Ni saya saja- saja order.
Virgin Mary.
Order sebab nak cuba kan.
Cocktail yang tak ada alkohol cuma ada 3, 4 jenis je kat sini.
Ni salah satu daripadanya.
Saya tak tau lah diaorang buat air ni guna apa.
Rasa macam pedas.
Korang yang dah biasa minum air macam ni boleh bagitau tak ingredient nya?
(Ok, nanti saya google sendiri)
Rasa macam ada Tomato, Sos Tobasco tu n entahlah tak dapat nak describe dah.


Baiklah, itu muka orang demam yang makan steak sampai habis.
Mood anniversary kan.
Kena lah nafsu makan tu ada.


Ini, muka kami yang dah kenyang.
Dah kenyang makan kami balik bilik.
Then, tidur.
ha?
Tak percaya terus tidur?
Betullah.
Saya bendera jepun masa ni.
So, tak adalah nak special special night ke hape malam tu.
hahahahhahha...

Hari ketiga sebelum balik, sempat lagi jalan- jalan kat Sungai Wang tu.
Breakfast boleh pulak jumpa geng dari Tioman.


Beria sungguh dia bersembang.
Nama kawan tu Amy.
Dia instructor diving kat sini.
Relaks je dia jalan sorang- sorang g bercuti kat KL tu.

Tengahari, kitaorang lunch as usual kat kedai Nasi Ayam.
Lepas tu bertolaklah balik kami ke Simpang Renggam.
Ada juga buat rancangan nak singgah Melaka nanti.
Tapi tengok cuaca macam tak elok sangat kan.
Malaslah pulak.
Nak jalan macamana kalau hujan kan.
Kami sempat singgah kat restoran Jejantas Ayer Keroh.
Saje je.
Masuk kat Al- Ikhsan dapat gak grab baju sehelai.
Lepas tu minum kat Kedai Kopie Satu.


Air lupa la nama dia.
Yang penting ada caramel kan.
Tapi serious manis gila air ni.
Lepas minum macam pening- pening rasa.



Ni kira picture last kami sebelum habis holiday lah.
hahahahahha....
Sebelum naik kereta untuk teruskan perjalanan balik.
Amik dulu gambar kenangan kan.

Kata shopping kan.
Kitaorang beli apa ye?
Itu cerita nanti lah ye.
Panjang sangat dah kot entry ni.
Nanti muntah pulak awak semua baca.

No comments: