Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, December 6, 2011

M a c a m . T i p u . K a n !

Korang semua nampak sunset tu? Nampak kan!
Itu adalah sunset depan rumah saya petang tadi. Kan petang tadi saya baru publish entry pasal hujan ribut bagai, musim tengkujuh la apa kan. Tapi tetiba petang tadi, langit cerah. Then after two weeks this is my 1st time dapat tengok sunset. Sebab selalunya kalau tak hujan, mendung je kan. So mana nampak sunsetnya.
Alhamdulillah petang tadi cerah. Hope dapatlah cerah 3, 4 hari. Bolehlah saya nak basuh cadar, selimut n baju yang tebal- tebal. Kata husband esok akan cerah coz setelah hujan je beberapa hari, maghrib tadi ada binatang tu yang selalu hurung kat lampu tu. Kamu panggil apa ek? Saya panggil kelkatu. Mak saya panggil Laron (bahasa jawa kot). Dulu masa saya kecik, selalu confuse nama serangga ni. Kadang- kadang saya panggil kunang- kunang (kelip-kelip). Padahal kan jauh beza dari kunang- kunang. Hahahahah...
Bila dah sekolah, ada dengar cerita dari kawan yang mak dia kata kalau ada nampak kunang- kunang dalam masa seminggu akan ada orang yang kita kenali meninggal dunia. Sungguh saya tak percaya. Siap pernah tangkap kunang- kunang lagi. Pastu tunggu dalam beberapa hari tu nak dengar ada tak orang mati. Tak ada pun.
Mengarut je saya ni kan. Lepas tu, masa kerja kat travel agent, siap ikut trip bawa pelancong g tengok ''kelip- kelip di Kuala Selangor''. Pastu masa dah sampai konon tak nak naik bot tu n tak nak tengok kelip- kelip tu. Konon takut nanti nak dengar berita kematian. Habis- habisan saya kena gelak ngan tour guide masa tu. Dia kata sepanjang hidup dia bawa pelancong, tak pernah dengar orang tak nak tengok kelip- kelip tu dengan alasan macam saya. Selalunya orang tak jadi nak tengok bagi alasan takut nak naik bot tu or takut ada buaya or takut kena gigit nyamuk je. Tiba kat saya dapat pulak alasan macam tu.

Oklah. Tadi sebenarnya nak cerita pasal sunset je. Tetiba masuk bab kunang- kunang ni pulak. Bye.

No comments: