Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, December 3, 2011

b e n g a n g . k e . b a n g a n g

Kan baru ni saya ada cakap husband belikan jam n jeans kan untuk anniversary kami yg ke 3 tahun. So, yang saya nak cerita pasal jam tu.
Saya beli pun jam kat DKNY tu sebab ada sale. Sale pun 10% je. Tak lah memberangsangkan sangat. Harga tak mahak sangat la macam jam yang ada chronograph bagai tu. Mula- mula memang nak yang macam tu, tapi harga adalah dari RM900 hingga ribu- ribu.
Tak nak lah mahal sangat kan sebab nanti tak dapat benda lain pulak. So amik yang murah- murah sudah. RM598 pastu dah less jadi tinggal RM539 ke macam tu lah kan. Ok, puas hati la konon- kononnya dah dapat jam baru padahal jam Esprit lama tu bukan rosak ke hape, cuma kena ganti bateri je. Tapi sebab gedik nak jam baru sanggup setahun tak pakai jam kan.

Alkisahnya tetiba hari ni rasa bengang je sebab masa tengah blogwalking, ternampak jam ni kat satu blogshop jual sama sebijik dengan jam baru saya dah siap include postage cuma RM340 macam tu la.
Bengang gila kot perasaan saya. Jauh tu beza... Dalam RM200. Boleh dapat blouse Zara lagi 1 dengan duit tu kan. Pastu siap ada balance lagi kan. Sentap je perasaan sebab dah terbeli kat butik.
Tapi sentap kejap je kot. Sebab saya kan gedik. Suka macam kumpul- kumpul paperbag bagai. So, x kisahlah kot beli mahal skit kat butik tapi dapat paperbag (mesti ada yang nak kata saya bangang kan sekarang ni).


Sama juga macam SKII facial treatment essence tu. Dah sah- sah saya kan jual barang ni secara online kan. Confirm la harga supplier saya murah dari beli kat Parkson. Tapi still nak beli kat Parkson sebab nak dapatkan mata Bonuslink. Macam hampeh je kan perangai saya.

Tapi saya pasti, ada juga orang lain yang macam saya ni.... Heehehhehe...

2 comments:

DaZzlingLilLy said...

Biasa lah tu azra,kdg2 rasa puas bila beli kat butik kan..skali skala ok jer..

Nazratul Azra said...

Kan kak... tapi sebenarnya tak adalah menyesal sangat ke apa. Cuma kan macam kalau beli kat butik, boleh nak test2 semua kan.
Beli online kan nanti macam kena redha je if tak sesuai kat tangan sebab dah terbeli.