Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 2, 2011

c u t i - c u t i . t a k . b e r a p a . m e r i a h

Seperti yang semua orang dah tau, kan saya pergi holiday.
Konon ala- ala nak sambut anniversary la kan.
Tapi rancangan tak beerapa menjadi la sebab demam.
Demam dari masa kat majlis kahwin cousin kat Kemaman lagi.
Ok, pasal cousin- cousin yang kahwin tu lain entry la kan sebab ramai tu yang kahwin.
Cousin je 3 orang yang kahwin, then last sebelum balik ke pulau semula kawan sekolah kahwin. 
Total 4 majlis kahwin semuanya.
pffffffffffffffff.

Walaupun 22 November tu saya still tak sihat, tapi sebab memang dah rancang nak p KL we all proceed je la kan dengan plan tu.
Kali ni first time sebenarnya saya dan husband p KL bawa kereta. Selalu kami pergi naik bas je.
Saje nak try. 
Mula- mula memang la takut sesat.
Tapi kami macam redha je la.
Tak cuba tak tau kan.
Bertolak dari Simpang Renggam dah tengahari jugaklah.
Kitaorang berhenti rest kat R&R Seremban.
Mula- mula malas nak berhenti- henti ni.
Tapi sebab perut saya mengada nak mintak jumpa mr. Tan, so berhenti je lah kan.
Alang- alang dah berhenti tu, makan la kat situ.
Saya kan demam, tak selera nak makan so just beli kway teow sup je.
Hampeh, tak sedap***ke tekak saya memang tengah tak sedap sebab demam.
Husband pulak beria makan lauk kari bagai.
Lantaklah. Kalau sakit perut jangan sibuk nak singgah tandas pulak.
Masa makan tu sembang- sembang nanti da sampai tol Sungai Besi nak ikut jalan biasa ke nak masuk SMART. 
Tapi macam tak capai keputusan.
Lepas siap makan, saya call la Hanes (my friend) tanya dia.
Dia kata tak payahlah nak masuk SMART, ikut je jalan biasa ikut signboard pusat bandaraya.
Tapi saya macam degil, konon nak ikut gak SMART sebab macam kejap je dah sampai Bukit Bintang tu.
Call pulak Hana.
Pastu dia pun tak confirm nanti nak kuar amik mana, Jalan Tun Razak or Sultan Ismail.
Padahal baru bulan June aritu kitaorang lalu SMART tu.
Hampeh kan kitaorang.

So, last- last decide ikut jalan biasa la.
Ikut je signboard Pusat Bandaraya.
Pastu masa kat jalan Pudu tu, boleh jammed pulak kan.
Padahal bukan lunch hour ke apa.
Redha je lah. 
Sampai tetiba hotel call tanya jadi tak nak menginap sebab masa tu dah pukul 4.
Kitaorang kata masa booking tu sampai dalam pukul 3 petang.
Husband kata jadi, cuma sekarang tersekat kat jam.
Oooppsss. Lupa nak bagitau, kitaorang menginap kat Replica Inn.
Nak bilik murah RM 108 dah penuh. 
RM 118 pun dah penuh.
Terpaksa amik yang harga RM138.
Ok lah jugak kan. Walaupun bilik macam buruk sikit, tapi ada parking dan senang nak g jalan- jalan.
Tapi parking sehari  charge RM5.
Tak kisahlah, janji ada parking kan.
Lokasi Replica Inn ni kat Jalan Changkat Bukit Bintang.
Korang google sendiri ya webnya.
Hotel ni berdepan dengan Radius International.

Lepas check in, rest dalam sejam macam tu.
Lepas tu kuar jalan- jalan kejap.
Masuk Lot 10.
Ingat nak masuk Debenhams cari blouse ke apa.
Memandangkan mood shopaholics tak berapa nak ada, saya kuburkan je la niat tu.
Pastu masuk Ed Hardy.
Konon nak beli cap untuk saya.
Try- try tak ada yang berkenan.
Ada satu yang saya suka, husband kata tak lawa. Macam budak- budak sangat designnya.

Pergi Fahrenheit 88.
Masuk Charles&Keith nak cari kasut.
Tapi tak de yang betul- betul berkenan,
Lagipun kan demam katanya.
Spoil mood betul lah.


End up, amik gambar je kat situ. Jalan pakai baju buruk je kan. Lama tak ada beli baju baru.
Azra's HTT:
Baju; Soda Exchange
Seluar; Forever 21
Flat Shoe; Guess
Handbag; Marc Jacobs
Accessories; ShopWithAzra 


Lepas tu, paksa- paksa husband amik gambar jugak. Dia pun layankan je.
Rileks je kan Encik Hazeri kita.
Pakai shirt, seluar pendek n selipar jepun je.

Lepas tu pergi Pavilion. 
Jalan- jalan kejap.
Saya masuk Parkson beli SKII Facial Treatment Essence je.


Ni pic kat depan Pavi. sebelum masuk dalam.

Malam tu tak jadi celebrate anniversary sebab batuk saya makin menjadi- jadi.
Husband keluar g makan sorang- sorang.
Dia bungkuskan saya Nasi Ayam kegemaran kat BB tu.
Tu pun makan tak habis.

Sambung next entry lah ye.
Nak mandi jap la.
Nanti ada suami balik main bola, isterinya tak mandi lagi... mula la nak berebut bilik air.
Bye (",)

No comments: