Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, December 3, 2011

n a f s u . d a h . m a r i

Motif tajuk entry nafsu- nafsu bagai ni apa ke hal nya?
Lucah la.
Hhahahhahahhahha....
Saya maksudkan nafsu makan tau.
Bukan nafsu lain ya.
Kan saya dah demam dari 19 hb November aritu.
Pas abis demam, batuk pulak tak baik- baik.
Pastu bengkak gusilah.
Ni pun bengkak gusi tak baik lagi.
Malas nak snap picture gusi bengkak tu. 
Nanti korang kata gigi saya tak cantiklah, kuning lah.. hahaahahah..
Yang bengkak pulak tu gusi kat bahagian depan.
Kat tengah- tengah gigi kapak ni.
Semalam dah berlaku pendarahan.
Thought dah nak surut lah bengkak tu.
Tapi bangun tidur pagi tadi, masih ada lagi.
So, sebab macam- macam penyakit yang datang, nafsu makan saya pun hilang sedikit demi sedikit.
Makan banyak je, mesti rasa nak muntah la.
Pening lah.

Dah lah.
Tadi kan nak cerita pasal nafsu makan.
Masuk pulak cerita darah- darah lah, muntah la.
Entah apa- apa kan.

Ni dinner saya hari ni.


Ikan kerisi bakar cicah kuah kicap n kuah asam.

Memang kami selalu makan nasi, lauknya satu je.
Husband saya jenis manusia yang mudah diurus.
Makan pun tak lah susah mana nak sediakan untuk dia.
Ikan ni hasil pancingan dia petang tadi.
Banyak jugak lah dapat.
Ikan Kerisi, Kerapu, Cermin and ikan lain- lain tak tau nama.
So, minggu ni hari- hari lah siang malam makan ikan kan.

Mula- mula dalam pukul 6.30 petang tadi saya dah masak nasi.
Memang masak nasi lebih sebab dah rancang kalau tak habis, esok pagi bangun tidur boleh la saya masak nasi goreng untuk makan sorang- sorang waktu pagi.
Lepas tu nak potong ayam.
Kononnya nak masik paprik.
Masa tengah fikir cara nak potong ayam tu, husband balik dengan ikan sebaldi.
Dia kata nak makan ikan malam ni.
So, ayam tu saya masuk freezer semula la kan.
Esok- esok je lah potong.

Tanya dia nak masak apa ikan ni?
Asam pedas ke? Masak sambal ke?
Dia kata, tak payah susah- susah.
Bakar bodoh- bodoh je.
Ok.
Saya pun seronok la sebab orang suruh buat kerja senang je kan.
Husband nak makan ikan tu 2 ekor.
So, untuk saya sekor sudahlah kan.
Kata tak berapa selera nak makan.
Gusi sakit kan.

Waktu makan tu saya tetiba rasa lain macam je.
Rasa nak tambah nasi.
hahahhahahhahhah....
Lama dah kot perasaan ni hilang.
Mana pernah makan bertambah sejak dua menjak ni.
Makan tak habis adalah.

Husband pulak bagi sokongan suruh tambah nasi.
Siap nak bagi separuh ikan dia kat saya.
Last- last, nasi yang konon masak lebih tu habis licin.
Kuah kicap n asam tu konon buat banyak boleh simpan untuk esok- esok kan.
Harammmmm...x da balance pun.
Licin je semuanya.
Siap masa dah basuh pinggan tu cakap kat husband esok tengahari nak bakar ikan lagilah.
Nak makan sorang- sorang.

Husband gelak- gelak je sebab dia kata lama tak tengok saya makan banyak.
Pastu dia kata patut tadi bakar ikan 5 ekor****errkk..gila ke apa...nak makan berdua je.

So, saya rasa bermula esok rancak baliklah saya duk kat dapur.
Semangat tu, ikan banyak kan.
Haruslah ayam yang sekor tu tak bersentuh dalam freezer jawabnya.
Berlagak lah kan ada ikan.
hahahhahha....

*Petang tadi tetiba rasa nak minum cool blog. Masa kat luar aritu tak dapat minum sebab demam.
*Benci perasaan macam ni.

No comments: