Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, December 21, 2011

c o u s i n . k a w e n

Akhirnya.
Dah lebih sebulan pun semua majlis ni berlangsung.
Saya pun dah lama janji nak cerita pasal cousin- cousin yang kawen ni.
Majlis berlangsung pada minggu yang sama.
Dua tempat yang berbeza.
Tiga perkahwinan.

Ok.
Start dari majlis kahwin cousin kat Kemaman 18 November.
Kitaorang sampai pun dah malam.
Then, campur sesat kat bandar Kemaman tu nak cari hotel kan.
Kitaorang sampai rumah pakcik saya, dah nak siap majlis nikah anaknya yang sorang tu. 
Malam tu majlis nikah anak kedua cik Yon. Nasiha Sakina.

Then esok paginya,
anak pertama cik Yon, Nurul Fatihah pula bernikah.
Majlis sanding pulak, lebih kurang sama- sama je lah.
Lepas tu makan beradap semua.
Potong- potong kek.
Belum habis majlis my family and I dah gerak nak balik pulak sebab malam tu cousin kat Rompin pulak nak nikah.
Waktu majlis- majlis ni semua berlangsung, kondisi saya tak stabil. Diri adalah di bawah pengaruh dadah ubat- ubatan.
Saya demam teruk, Selsema, batuk...grrrrrr... tuhan je yang tau.

***Untuk Cik Yon, Cik Ani, Teha n Kina. Angah mintak maaf sebab tak dapat nak bagi komitmen kat majlis kamu semua. Badan pun tak sihat. Lepas tu terkejar- kejar nak balik ke Rompin majlis kahwin cousin 
Abg . Epeq pulak. Sorry sangat- sangat. But, satu benda nak cakap... makanan adalah sangat super sedap!!!!!! 

Cakap banyak pun tak guna kan. Majlis pun dah habis. Entah- entah cousin- cousin aku ni dah pregnant agaknya. hahahhahah...
Enjoice their picture!!!
Ni picture dari official photographer diaorang yang saya curi kat fb.
Jangan marah rrrrrrr
 Outdoor photoshoot. Kalau saya belum balik, confirm ada terselit jugak kat belakang tu

L-R; Azlan, Kina, Teha n Pian. Congrats!!!!

Cantik kan photographer diaorang amik gambar. 

('',)

Gadis- gadis gedik yang lain tu adalah cousin- cousinku yang gilo macam aku jugak. Lepas ni giliran siapa pulak?

Love this pic so.....so...so... much.

Congrats again. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ok. 
Now proceed to majlis kahwin cousin kat Rompin. Actually, ni husband punya cousin. After saya kahwin memang kami tak berapa rapat. 
Tapi bila dah mula mengenali sikap gilo masing- masing, kitaorang jadi teramat rapat.
Nama dia Ika.
Mula- mula dulu saya macam tak berapa bagi dia nak kahwin awal. Coz saya kata dia muda sangat.
Tapi lama- lama I realize yang suka hati dialah kan nak kawen.
Jodoh dia dah sampai.
hahahhaha...
Tapi sebenarnya, saya takut lepas kahwin nanti kitaorang tak boleh nak hang out sama- sama.
Oh, rupanya tak. Kitaorang masih boleh jalan sama- sama sebab husband dia kerja kat my hometown.
Simpang Renggam, Johor. 
Then, bila husband dia outstation dia akan balik duk umah family kat Rompin. 
So, tak akan ada masalah.

Majlis nikah Ika 19 November.
Tapi malam tu memang saya flat gila.
Mula- mula macam tak larat je kan nak pergi rumah dia.
Demam memang dah kronik.
Saya pergi jugak tapi akhirnya hanya tidur je kat dalam bilik pengantin. lol.
Tak dapat tengok pun majlisnya.
Tapi masa resepsi esoknya, saya telah cuba yang terbaik untuk menjadi gagah.
Dapat jugaklah tolong buat kerja.
Jaga bahagian goodies bag je pun.
Tapi serius penat sebab ramai gila tetamu.
Then, petang tu ikut pengantin buat outdoor photoshoot. 

Picture- picture Ika ni, semua saya edit sendiri.
Tak adalah cantik mana.
Bukan profesional kan.
hahahhahah...
Enjoice!!!!
Yang ni, curi dari dalam fb. Hujung belah kanan tu pengapit.

Saya memang suka edit gaya picture lama kot.

Yang ni from my lense jugak tapi tak edit.

HDR effect.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ika di malam nikahnya. Pic ni curi dari fb dia, then saya edit.

ambooiiii.. seronok nampak!!!

Sama cantik, sama padan.

Congrats to all cousin yang dah selamat bernikah this year.
Next year ada lagi.
Tapi tak tau berapa orang yang akan kawen.
Semua pun dah kawen, nak kawen..maknanya?
Kita dah semakin tua....!!!!
Oh....can't believe it.
Rasa masih baru je kita main panjat pokok sama- sama, mandi sungai sama- sama, main kawen- kawen...tetiba dah kawen betul- betul.

Eh, chopppp!!!!
Ada satu lagi tertinggal.
Majlis kawen jugak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Selamat pengantin baru!!!!!
hahahahahha...
Matilah kuat perasan kan!!!!
Pengantin dah lapuk kot.
Happy 3rd anniversary for us!!!




Post a Comment