Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, June 18, 2012

KITA DAH KERJA

Alhamdulillah, aku dah start kerja Jumaat lepas bersamaan 15 June 2012 bersamaan 25 Rejab 1433h.


Tu dia Puan Azra kita on her very 1st day.
Aku telah diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir (Pengurus Pembangunan Masyarakat) Gred41 di Lembaga Pembangunan Tioman.

Hambik kau, kalau boleh nak tulis sekali job description kat sini.
Walaupun jawatan aku ni hanya kontrak buat masa ni, tapi aku still sangat teruja.
Hahhahahhah.

Serius aku teruja nak kerja.
Lagipun selama ni aku mana pernah bekerja kat bahagian pentadbiran kan.
Masa kat travel agent banyak buat kerja luar.
Kalau duk dalam opis pun paling kuat buat filing je.
Pastu kerja cikgu kontrak tu kerja macam cikgu biasalah.
Then, kerja- kerja lain pun sama je, banyak buat outdoor kan.
*kecuali masa rajin buat banana cake n aiskrim malaysia, tu je yang duk dapur*

Inilah 1st time aku dapat office sendiri.
So, harus gedik- gedik nak ubah itu ini.
Lagipun berhabuk habis ofis ni, dah berbulan- bulan kosong.
1st day hari tu aku just vacuum carpet then susun- susun fail.
Hari ni aku minta tolong beberapa pekerja lelaki untuk ubah susunan perabot dalam opis aku ni.

Kalau ikut hati aku, Sabtu lepas nak keluar ke Mersing.
Konon nak beli bunga lah, frame lah.
Laki kata tak payah.
Sebab kalau aku keluar sorang, harus balik nanti entah apa- apa je benda mengarut yang aku beli.
So, dia kata nanti je beli.
Tunggu nak keluar buat medical check-up semua tu, baru beli.
Harus aku nak pi SSF kan.
Sebab kat Kuantan bukan banyak sangat pilihan kedai nak beli.



Ni pulak picture hari ni.
Kiss untuk korang semua yang telah doakan aku masa pi interview hari tu.
Laki pagi- pagi tegur merahnya makngah.
Aku kata semangat.
Kan hari Isnin semua orang macam lemau je kan.

Bawah ni pulak pose gedik ala- ala ayu sangat kononnya.


K. Dah, dah..... nak buat kerja.







4 comments:

DaZzlingLilLy said...

bagus betul semangat keja hari isnin ni yer..kita masih cuti lg..israk mikraj kan..

Nazratul Azra said...

Pahang x cuti kak Isra' Mikraj. Tu yg kerja dgn penuh semangat tu. hehehe

ImanZulaikha said...

salam...sy br je dpt exm tuk jwtn yg sm dgn akak. hope so saya pun akan jadi macam akak...br nk pi exm tapi dh teruja, klu dh dpt keje mcm akak xtau la..hehe. blh bg sdkit pengalaman akak tuk exm n intvwe jwtn ni x? itupun kalau sudi share,,,tq. http://imanzulaikha.blogspot.com

Nazratul Azra said...

Wsalam ImanZulaikha.
Untuk kerja ni akak x da exam dik. Jawatan ni bukan under SPA. Ada iklan jawatan kosong, then akak terus apply. Alhamdulillah rezeki, dapat dipanggil interview dan dapat kerja ni :)