Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, June 5, 2012

Balik Kampung+ Putrajaya+ KL+ JPO (Part 1)

Ni cerita last 2 week sebenarnya. 
Aku balik kampung.
Balik sorang je. 
Ingat nak tenangkan fikiran sebelum start kerja. 
Tapi hampeh je kan, keje tak jadi start 1 June.
Tak pasti bila, Sama ada 15 June atau 1st July nanti.

:(

Btw, terpaksa balik kampung sorang- sorang sebab hari Sabtu tu, cousin aku dan cousin laki kawen.
Kitaorang amik keputusan, dia p majlis kawen cousin dia, aku pula balik kampung untuk majlis cousin aku.
Adil dan saksama ya.

As usual, kalau aku balik kampung sorang, mesti naik bas ekspress dari Mersing ke Kluang. Bas berenti- henti tekan loceng tu ada je, tapi sila percaya bahawa tambangnya adalah lebih mahal ya.
Sebab bas ekspress lalu jalan lain, lebih dekat.
Bas loceng tu lalu jalan Jemaluang yang sunyi sepi dan jauh. 
Sebab tu tambangnya lebih mahal.
Sampai Kluang amik teksi ke Simpang Renggam. RM30. Senang. Sebab terus sampai rumah.

Dalam perancangan, hari Jumaat nak pergi KL balik hari dengan gf ( Hana). Tapi tetiba Khamis tu dia call ajak pergi petang tu, coz nak g Putrajaya jap.

After Zuhur (nak masuk Asar dah waktu tu kot) dia sampai kat rumah aku. 
Sembang- sembang dengan mak jap, then kitaorang terus gerak.
Alhamdulillah percutian kali ni aku sihat je.

Sampai Putrajaya, cari makan dulu. 
Hana puasa.
Makan dekat tepi tasik, sebelah Pullman tu.
Apa nama kedai tu?
Aku lupa :(
Tapi makanan just nice lah. Sedap, portion ok, yang penting tak mahal.

Ni picture lepas makan.

Gf buka puasa makan kambing ya. Tak habis sangat pun. Aku ler yang berperut saiz guni beras 15kg ni yang duk habiskan. Tapi sedap. Tak habis bukan tak sedap, tapi sebab memang banyak.
Aku makan Kway Teow Goreng je. Malas letak picture sebab gambar gegar. 


Dessert, Apple Crumble.

Aku rasa biasa- biasa je. Tak de lah sedap sangat Apple Crumble ni.
Meh nak cerita sikit pasal dessert.
Actually aku order 2 dessert, Apple Crumble dengan Brownies Ice Cream kot.
Masa kitaorang dah siap makan, lama gila dah, about 15 minutes kitaorang duk bersembang sampai waiter dah angkat pinggan mangkuk.
Pastu kitaorang dah nak balik sebab nak singgah Himpunan Jutaan Belia tu kan.
Panggil waiter mintak bil.
Tetiba waiter datang semula tanya, tadi ada order dessert kan.
Kitaorang pun baru teringat memang ada order.
Tapi sebab dah lama sangat siap makan, lupa ada order.
Waiter tu pun cakap sorry tadi tak perasan yang kitaorang da siap makan.
Erkkk.... padahal dia adalah orang yang sama amik order, hantar order, angkat pinggan.

Then tunggu about 5 minutes, sampailah Apple Crumble ni. Dah siap makan, Brownies tak sampai- sampai jugak. Panggil semula waiter mintak bil. Then cakap kat dia, Brownies tu nape tak dapat.
Dia pun baru teringat. Aku kata tak payah lah kalau tak buat lagi.
Padahal dalam hati memang berharap tak buat lagi sebab dah kenyang tunggu nak tertidur je kat situ.
hahahahhahhaha... :p

Lepas tu kitaorang terus jalan- jalan tanpa arah tujuan kat Himpunan Jutaan Belia tu. 
Gila banyak booth yang ada.
Tapi tak ada amik gambar pun sebab letih n ngantuk n tak bawa camera best!

Dalam 10 lebih, balik KL.
As usual tidur Bukit Bintang.
Sebenarnya susah jugak nak decide nak tidur BB ke, Renaissance atau Midvalley.
Sebab aku tak decide nak shopping kat mana.
Ikut hati dan perasaan nak stay Cititel Midvalley sebab teringat breakfast yang sedap- sedap dan banyak pilihan tu. Then shopping kat Gardens n Mid je senang.
Tapi risau kalau tak jumpa barang yang betul- betul nak, jenuh plak nak drive p BB siang- siang hari kan.

Pastu konon nak tidur Renaissance sbb berangan jalan KLCC je sbb Suria tu kecik sikit then tak serabut ramai orang sangat. Lagipun gf rindu kat katil and bantal Renai tu.
Tapi KLCC memang last choice sebab akan shopping situ kalau aku tak berapa sihat. Kan aku selalu demam or migrain kan kalau serabut- serabut ni.

Tapi memandangkan perasaan kami nak pergi Starhill membuak- buak, kami pun stay BB lah. Stay Hotel Nova, RM162 je include breakfast.
Ok lah.
Murah je. Boleh duit lebih kat shopping kan.
Nanti aku buat review ya pasal hotel ni.

Yang pasti malam tu tidur dengan selenanya sebab nak kumpul tenaga untuk shopping esoknya.
Cerita shopping seharian kat Pavi tu, next entry ya.

(",)



Post a Comment