Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, June 13, 2012

Balik Kampung+ Putrajaya+ KL+ JPO (part 2)

Tidur kat Hotel Nova ni agak selesalah.
Sebab aku tak ade asyik terjaga ke apa kan.
Bangun pagi, mandi, then pergi breakfast.
Breakfast simple je.
Padanlah dengan harga RM162 tu kan. Kat tengah bandar pulak tu. Jangan lah korang nak bayangkan breakfast macam stay Marriott.

Lepas breakfast.
Lepak bilik kejap.
Check- out, lepas tu pi Sungei Wang untuk park kereta. 
Tak kan nak park kat Pavi kan. Macam mahal kot.
Sebab nak shopping seharian katanya.
hehehheheheh.

Lepas park kereta tu, kitaorang terus cari jalan keluar. 
Terus ke  Fahrenheit88.
Memang dah niat nak pi sana masuk Uniqlo untuk cari comfort pants for kerja.
Nasiblah kat sana ada banyak pilihan seluar untuk aku yang cutting badan tak sekata.
Rembat satu je kat situ.

Haisshhhh...
Susah la cerita macam ni.
Tukar la. Cerita bergambar senang sikit kot aku nak recall.
Banyak makan semut.
Lupa flow ceritanya. hehehehhe


Kan dah salah cerita. 
Sebenarnya, mula- mula beli kasut dulu lah kat ALDO ni. 
Memang niat cari flat shoe yang selesa. 
Kasut sini tak lah mahal mana.
Sebab masih in budget, so beli je lah mana yang berkenan.
Malas nak pusing banyak- banyak tempat sebab masa untuk shopping pun tak panjang kan.
Petang dah nak balik Simpang Renggam semula.
Lepas beli kasut baru naik Uniqlo beli seluar.

Lepas tu terus jalan Pavi.
Pusing- pusing masuk macam- macam kedai.
Dapat jugaklah beli blouse kat Dressing Paula.
Nak beli macam- macam lagi.
Tapi hati kami tak tenteram *kami tu refer kepada aku n gf, Hana*.

Sebenarnya kami berniat.
Lama dah pasang niat.
Nak beli designer handbag untuk trip dating kali ni.
Tapi tak dapat decide nak beli apa.
Fikir punya fikir, keluar dari Pavi masuk Starhill.
We go for LV.

Ingatkan nak beli Neverfull.
Tapi habis duk berbincang dalam tu, aku pun dah ada adik beradik Longchamp yang bentuk sama je macam Neverfull kan. Tote bag kan.
MBMJ yang ada pun sama je bentuk cam ni.
Gf pulak, dia tak kisah.
18 designer handbag pun dia boleh beli dalam setahun...hehehhehe.
Duk pegang letak antara Speedy dengan Neverfull.
SA kat situ, yang layan kitaorang nama dia Mavis.
Dia tanya aku, nak pakai untuk harian ke jarang- jarang pakai.
Aku kata lah jarang pakai kot. Sebab ada dah beg lain untuk kegunaan harian.
Then, aku bukanlah banyak sangat duit kan nak pakai LV untuk kegunaan harian.
Haruslah sayang..hik..hik..

So, Mavis cadangkan kitaorang ambik Speedy.
Gf kata ok je.
Lagipun aku n dia pun belum ada handcarry bag kan.
Boleh feeling datin's sikit.
*btw, kitaorang ingatkan dulu Speedy ni mahal dari Neverfull. Rupanya murah sikit la*



Dah ambik keputusan nak Speedy size 30.
Payah pulak nak decide sama ada amik monogram or damier.
Bagi yang tak tahu, Monogram tu yang corak ada tulis LV..LV.. ada bentuk macam bunga tu semua.
Damier pulak corak kotak- kotak macam dam tu. Macam yang aku pegang kat atas tu.

Yang tak add fb aku, next entry baru akan tau mana satu yang aku beli.
Sebab aku pakai masa pi JPO aritu.
Malas nak cerita kat sini.


Ni picture masa gf nak bayar.


Ni pulak perempuan seronok. Hajat tercapai.
Dah alang- alang dalam Starhill tu, kitaorang saje masuk Dior.
Nak pengsan okeh dalam Dior.
SA semua baik- baik. Siap offer nak bagi minum semua sebab nampak kitaorang macam penat shopping.
Next time pulak ya beli Dior.
Tapi Gf macam tak boleh tahan nak tunggu lama- lama.
Harus dia dah dapat terkam Dior tu 2,3 ketul baru aku dapat.



Settle jalan- jalan ambik angin kat Starhill tu kami masuk semula ke Pavi.
Beli baju, baju, baju, seluar, seluar....then aku beli bedak n lipstick kat Chanel.
Dah lama tak beli bedak mahal, asyik pakai bedak Maybelline je sejak duk pulau.
Bukan sebab apa, sebab aku kan macam pasrah muka hitam dan banyak masalah sejak duk sini.
Tu malas nak cara sangat hal muka.
Ni baru dapat hidayah semula nak bercantik- cantik.
Mula beli macam- macam dah ni.

Masuk Gucci, gf nak cari wallet hantaran untuk majlis dia nanti.
Dapat.
Cantik.
Aku beli apa kat Gucci? ssssssssshhhhhhh. Rahsia.

Jalan punya jalan, shopping punya shopping tetiba rasa letih.
Baca betul ya, letih...bukan lapar.
Azra tak rasa lapar?
Iyelah, mana nak lapar.
Puas hati shopping kali ni.
Tapi memandangkan masa tu dah 4 lebih, kitaorang makan je lah. 
Late lunch katanya.

Tak tau nak makan mana.
Sebab nak rehat kan.
So, naik tingkat 6.
Masuk Ben's.


Picture tak ikut turutan pulak.
Ni dessert kitaorang, Berry Pavlova Sandwich.
Serius, duarius, tigarius aku kata sedap.
Aku suka. Silalah cuba nanti kalau berkesempatan makan kat Ben's.


Ni mushroom soup. Sedap je, sebab guna fresh mushroom kan. Tapi Garlic Bread tu tak sedap. Dah sejuk dia bagi aku. Liat ler. 


Aku nak makan Salmon.
Ini je kot yang ada dalam menu.
Sebenarnya Salmon Teriyaki.
Tapi sos teriyaki ada alkohol.
So, dia suggest aku tukar kepada blackpepper sauce.
Aku ok je, yang penting salmon kan.

Gf makan Spaghetti. Tapi tak sedap.


Aku kan suka Lemongrass Tea.
Tapi air serai kat sini pahit la.
Dia blend serai tu, then amik patinya.
Selalu tak pernah aku minum yang macam ni.
Air lemongrass ni paling sedap kat Japamala Beach Resort aku pernah minum.
Gf punya air sedap sikit dari aku.


Kesimpulannya, makan kat sini tak lah sedap mana.
Tapi we love the ambiance la.
Ada pokok- pokok kan.
Very cosy.
But we will come back for their Berry Pavlova Sandwich itu!!!

Siap makan, tawaf lagi sikit.
Lepas maghrib, balik Kluang.
Alhamdulillah.
Puas hati sangat trip kali ni.
Gf puas. Aku apatah lagi kan.
Gf dah dapat beli barang untuk hantaran.
Tinggal nak cari kasut je nanti.
Tapi sorry, gf saya low profile.
Dia malu nak tunjuk hasil tangkapan dia. Sebab dia kata ni bukan blog dia.
Tak payah tunjuk lah hasil dia katanya.


Hasil tangkapan tak yah reveal lah ye.
Penat nak amik picture satu- satu.
Lagipun ada yang dah tinggal kat kampung.


Next entry baru bagitau Speedy in monogram or damier ya.
Next entry jugak aku review pengalaman shopping kat JPO.

Btw, Thanks to gf, Hana. Next trip kita dah ada impian kan.
Hope tercapai hajat kita :)

Post a Comment