Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Lama dah tak share resepi kan.
Semalam, sempena Maulidur Rasul aku ambil kesempatan masak memasak kat rumah.
Lagipun semalam belum ada sambutan kat sini.
Sambutan akan dibuat pada 25 Januari nanti.
Jadi, dari duk tenguk TV sepanjang hari aku pun masak la.
4 jenis lauk masak semalam.
Tapi share 1 je la ya.

Ni resepi yang buat aku menang tempat kedua pertandingan memasak anjuran KPDNKK tahun lepas.

Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Bahan kisar;
-Bawang Merah
-Bawang Putih
-Halia
-Lengkuas
-Cili Kampung
-Cili Thai (kaler merah kilat- kilat tu)
-Lada kering (3 - 4 tangkai je untuk cantikkan colour)
-kunyit
-Belacan
-Asam keping(sekeping dua- jangan tanya kenapa, sebab aku memang buat macam ni)

Bahan lain;
-Udang
-Serai (ketuk)
-Daun Selasih
-Daun Kunyit
-Nenas
-Santan

Cara memasak;
  1. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk.
  2. Tumis sampai naik bau dan agak kering (kalau nak tambah lagi sekeping asam keping pun boleh).
  3. Masukkan udang (aku guna udang harimau), daun selasih, daun kunyit dan nenas.
  4. Masukkan santan cair. Agak mendidih sikit masukkan santan pekat pula.
  5. Masukkan perasa (garam dan gula). Kacau sampai siap.
Senang kan?
Santan tu aku memang suka buat 2. Pekat dan cair. Sebab dari zaman aku mula belajar masak, iaitu zaman melihat nenek dan mak masak, diaorang memang bahagi santan pekat dan cair.
Tapi if rasa susah dan nak jimat masa, guna je santan kotak, sedap juga.








Aku memang suka kuah yang pekat. Ya ALLAH terasa- rasa sedapnya sampai sekarang.
Wah, matilah puji masakan sendiri kan.

Ok lah.
Selamat mencuba ya :)