Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, February 20, 2011

B E R A N G A N

Hai semua!
Selamat berhujung minggu (",)
Hari ni saya tak pergi buka kedai. Hmmmm...sebenarnya masuk hari ni dah 3 hari tak buka kedai. Bukan sebab malas atau perasan dah kaya..heheh..tapi sebab saya kena period pain hari jumaat lepas. So, hubby suruh berehat je kat rumah. Insyaallah esok buka lah kedai macam biasa.

So, untuk mengelakkan kebosanan sampai ke tahap yang amat serius saya pun buatlah aiskrim Malaysia.
Ye, aiskrim Malaysia yang dalam plastik tu! yang 20 sen sebatang (tapi kat Tioman ni sebatang 30 sen ya). Hari ni saya buat perisa jagung+susu dan Milo. Untuk tambahan malam ni mungkin akan buat perasa Mango!!!

Huhu... sambil tunggu semua aiskrim saya keras dalam peti tu. Tiba-tiba je datang niat nak berangan.
(",)

Ni bukan berangan saje-saje ye kawan-kawan.
Ni berangan untuk memotivasikan diri supaya menabung dengan lebih berhemah.
Saya rasa tak salahkan kalau kita ada angan-angan.
Tapi yang saya pelik, angan-angan saya ni semua perlukan duit. Tak ada pulak berangan nak kan sesuatu yang free. hehhehe...
So, inilah my wishlist for 2011. Harap-harap tercapai sebelum 31 December ni.
Kalau tak semua pun, dapat 50% dari yang diangankan pun jadilah.

1. Jam tangan baru. Kalau boleh nak dapatkan yg cap Gucci ni.
Tapi entah berapa pulak harganya...hehehe..takut tak termampu den. So, kecilkan sikit niat maybe nak yang cap Marc Jacobs ni;
ataupun Guess kat bawah ni ok jugak kot


Eh...eh....kenapa semua jam mesti warna EMAS....ko dah berusia warga emas ke Azra????
hehehe...sebenarnya, dah bosan kot pakai jam warna silver. Lagipun macam nampak kaya sesuai dengan usia je kan jam warna gold ni . Senang je nak match kan denagn aksesori lain kot. Dan sebagai tambahan (tamaknya ko ni) dan ada rezeki lebih nak Toywatch warna putih ni;



Semua deretan jam pilihan agak maskulin kan patentnya kecuali Gucci tu. Tak tahulah kenapa this year terasa minat jam berbentuk macam ni dan bentuk pilihan adalah bulat. Saya wajib beli jam tahun ni sebab dah setahun tak pakai jam. Jam lama dah rosak bateri habis. so, tak pergi beli bateri baru sebab memang teringin nak beli jam baru.

2. Laptop baru. Pergh, patutnya laptop baru ni dikedudukan nombor 1. Tapi tak apalah sebab memang agak lama kot nak kumpul duit untuk dapatkan ni. So, sebagai pilihan pertama, semestinya Macbook Air;

Tapi kalau tak ada rezeki Sony Vaio pun saya rasa ok kot. Kalau suami nak hadiahkan, saya tak kisah pun jenama apa. Yang penting, ada. Sebab laptop saya sekarang dah sama usia dengan budak tadika. Sekarang ni entah ada lagi tak orang pakai laptop yang seusia laptop saya ni.
~~~abang, kalau abang baca entry ni, tolonglah segerakan proses pembelian ya. Kesian saya...yang murah-murah pun saya terima. Nanti saya dah kerja saya beli sendiri yang canggih-canggih. lagipun, cuma laptop je saya harapkan duit abang, wishlist mengarut-ngarut yang lain saya penuhi sendiri....please...please...

3. Kamera digital yang baru. Kamera Olympus saya ni sekarang berusia hampir 5 tahun. So, kecanggihannya dah tak setaraf kot dengan dunia yang serba moden ini. Impian saya adalah Panasonic Lumix GF-2;


Saya nak kaler merah...saya nak kaler merah!!!! hehheh...walaupun rupanya tidak secantik saya mana. Tetapi kecanggihannya menambat hati saya (",)

4. Beg duit baru. Kali ni nak beg duit yang pakai zip. Sebab boleh simpan banyak duit kad-kad membeli belah dan resit-resit credit card. Beg duit ni saya tak memilih sangat. Yang murah-murah sudah la. lagipun dia duk dalam handbag kan. Heheheh.... I exactly nak beg duit warna merah ya kali ni. So, maybe yang macam ni;

Yang ni cap DKNY. Dah buat survey, yang ni paling murah nak dibandingkan dengan Kate Spade, Coach dan Marc Jacobs. This one sangat menepati citarasa. (",)
5. Handbag baru. Untuk pengetahuan kamu..kamu..dan kamu...saya akan kumpulkan duit dari awal tahun hingga akhir tahun untuk dapatkan satu designer handbag tak kiralah yang baru mahupun yang secondhand. Sebab kalau ada yang berkenan tapi harga yang baru amatlah tak mungkin saya dapatkan, maka tak salah rasanya beli yang secondhand. Oh, kepada yang tak tahu mana nak dapatkan handbag second yang masih baik boleh lah klik http://www.glampotboutique.com/ ataupun like page fb diaorang.

Last year dah purchase Coach. A year before, Marc Jacobs so, this year punya target adalah;

Gucci Sukey. saya nak yang leather dan my MIL nak yang biasa. heheheh.....mengada kan kami. Kalau boleh untuk handbag tambahan nak tambah koleksi Longchamp. Tapi tak nak yang Le Pliage lagi, nak yang Planetes.

Perghhh.......banyak ok berangan hari ni.
Wishlist will be a never ending story. hehehhe...
maybe akan ada lagi next wishlist bulan depan or mungkin jugak minggu depan.
Tapi apa yang sangat saya idamkan dan belum jadi kenyataan adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

..
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
..
.
.
.
.

Kawan-kawan, doakan saya ye semoga ALLAH permudahkan saya memperolehi rezeki ini.
Kalau sesiapa ada petua atau nasihat bolehlah tinggalkan di comment section. Saya sangat berharap semoga impian saya dan suami untuk mendapatkan cahaya mata dapat dipenuhi tahun ini. Amin.



Luv ya (",)


3 comments:

Anonymous said...

dlm byk2 berangan.. akak suka angan azra yg paling last tu.. akak doakan azra cepat dpt baby.. usaha lg.. cayokkk..

Nazratul Azra said...

Thanks kak.
Terima kasih sudi doakan untuk saya

Saya Noury said...

Yup..anak adalah rezeki seterusya...aku doakan ko dpt kak...keep it up, and keep it excersize ya?hehehe