Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, May 14, 2012

Tiga Hari Dua Malam Part II

Ambik kau.
Dah masuk mid May baru nak sambung cerita last month.
Hari kedua kat Kuantan, bangun taklah awal sangat coz nak balik ke Rompin dalam tengahari.
Nak pi interview kan petang.
Pukul 3 baru start.

Hotel yang kitaorang stay tu tak da provide breakfast.
So, as usual kalau kat Kuantan ada 2 spot breakfast yang aku suka.
Satu tempat tu makan mee kari.
kat Teluk Cempedak.
Hoi Yin kot nama kedai tu.
Tapi sebab tak terasa nak makan mee kari.
Kitaorang pi Terminal Tomyam.
Kat Terminal bus Kuantan tu.
Makan Mee Celup.
Sedap woooo.


Aku order Kway Teow Celup hari tu.
Start aku berkenalan dengan mee celup ni masa study kat UUM dulu.
Tapi nama pakcik kedai tu bagi, Mee Sup Thailand.
Kat Johor mana nak jumpa mee ni kan.
Then, masa dah selalu berulang alik Kuantan ni, dapat tau kat sini ada mee celup yang best jugak.
Apa lagi.
Memang tak lepas peluang la nak makan kalau sesekali ke Kuantan.

Lepas breakfast, ingat nak singgah Tutti Frutti lagi.
Nak makan dalam perjalanan balik.
Sekali, kedai tak buka lagi.
Hahhahahha.

Terus je shoot balik Rompin.
Sampai Rompin, siap- siap iron baju, tudung.
Eh, btw.. nak cerita.
Insyaallah kalau dapat kerja ni, memang aku akan pergi kerja pakai tudung ya.
Aku pun tak tau motif tetiba nak pakai tudung pi kerja.
Tapi aku rasa macam lebih selesa kot.
Memandangkan sekarang pun aku malas nak amik berat sangat pasal rambut.
Pakai tudung lebih kemas and better kot.
Manalah tau kan, bila dah seronok pakai tudung ke tempat kerja hati aku pun akan terus terbuka untuk bertudung sepenuh masa.
Doakan lah ya.

Then, cerita pasal interview dah bagitau kan hari tu.
Habis interview, terus balik ke Mersing. 
Check in kat bilik murah- murah je.
Ye lah tempat persinggahan satu malam je. 
Malas nak mahal- mahal.

Esoknya, balik Tioman.
Tapi best kali ni naik ferry sebab dapat duduk dekat dengan kapten kat tingkat 2.
Lepas tu pi sibuk- sibuk ambik gambar kat atas tu.


Ni dia pose bajet hot tu :)
Picture ni antara picture terawal kitaorang snap pakai ipong4es laki ya.
Dia je mampu beli.
Aku insan yang serba kekurangan.
Mana mampu.
:(

Eh, aku suka tau picture ni.
Siap buat profile picture kat pesbuk.
Bukan sebab aku rasa cantik ke apa kan.
Tapi sebab nampak Pulau Tioman kat belakang tu.

Ok. 
Habis dah cerita ni.
Lambat kan nak habiskan.
Bukan sebab apa.
Aku sekarang kurang tumpuan la kat lappy.
Duk melayan cerita Korea kat Astro393.
Semua cerita pun best.
pfffffttttt.


Till then, XOXO



Post a Comment