Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, May 19, 2010

10 sebab kenapa saya x nak hubby ke langkawi untuk bersukan

ramai kawan-kawan tertanya-tanya kenapa saya tidak membenarkan suami kesayangan saya ke langkawi. walhal, saya memang sedia maklum bahawa bersukan itu menyihatkan badan. tapi i have 10 reason to not let him go; and i think 10 alasan ni memang munasabah

1. wanita adalah insan yang lemah, jadi wanita perlukan teman. oleh itu, suami perlu sentiasa ada di sisi menemani isteri supaya isteri tidak terdedah kepada ancaman yang merbahaya. sebagai contoh, diculik, dir****, ditakutkan oleh hantu ketika tidur malam dan macam-macam lagi ancaman *munasabah kan!!!

2. saya tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada suami saya ketika dia bersukan. contohnya, dipanah petir ketika main bola sepak, terjatuh ketika menjaringkan gol semasa futsal diperingkat separuh akhir, tergelincir semasa main bowling, benjol di kepala ketika menanduk bola takraw...* alasan ni pon munasabah kan!!!

3. ditertawakan oleh rakan-rakannya. suami saya ada satu tabiat iaitu bila penat dia akan berdengkur semasa tidur. so, saya x nak lah dengkurannya didengari kawan-kawannya dan menjadi bahan ejekan (saya sayang suami saya) *relevan juga kan alasan ni.

4. saya tak nak suami saya bertukar warna. semua orang tahu cuaca panas di utara semenanjung tak sama dengan tempat lain. bahangnya boleh buat kulit saya hangus dan menggelupas ( i have an experience ya. saya tinggal di kedah selama 3 tahun). so, saya taknak lah suami saya pulang dengan muka yang dah sama warna dengan pingat gangsa yang dimenanginya. * i think it's also relevant!!!

5. elakkan pembaziran. suami saya memang seorang yang pemurah dengan kawan-kawannya. dan ada kawan-kawan yang akan mengambil kesempatan dengan sifat baik seseorang. biasanya dia dengan baik hatinya akan membayar bil makanan jika keluar makan ramai-ramai. so, saya tak nak lah duit tabungan untuk masa depan anak-anak kami terjejas gara-gara dia belanja orang di langkawi selama 11 hari!!! (saya seorang yang sangat pentingkan keluarga saya) * ini pun saya rasa sangat munasabah!!!!!!

6. saya risaukan keselamatannya. suami akan ke kuala perlis bersama rakan-rakan setugasnya menaiki bas. bas akan bergerak dari kuantan ke kuala terengganu ke kota bharu dan seterusnya ke kedah. hello!!! itu sangat jauh dan mengambil masa yang lama. macam-macam boleh terjadi dalam masa tu (even think positive is good...i think it's not work for me at this moment)

7. envy. memang patut ada kepada setiap isteri. *alasan ni sangat munasabah kerana dia akan bertemu ramai perempuan lain!!!!!!

8. saya takut handphone saya dan dia akan rosak. hal ini ditakuti terjadi kerana saya pastinya akan menelefon dia hampir seratus kali dalam sehari. dan akan banyaklah mesej yang akan ditaip jika dia tak menjawab panggilan saya (tapi if handphone rosak...ada harapan nak beli blackberry). selain itu. bil telefon pastinya akan menjadi lebih tinggi dari puncak banjaran titiwangsa yang akan suami lalui dalam perjalanan dari kelantan ke kedah nanti.

9. saya kemungkinan akan jatuh sakit. hal ini akan berlaku kerana setiap hari kami akan lunch bersama. bila si dia tiada saya tak akan makan sendirian. sebab nasi tak mungkin boleh dikunyah tanpanya disisiku. sepatutnya dia perlu ada disisi untuk memastikan kesihatan saya terjamin. if dia tak ada selama 2,3 hari mungkin saya akan selamat lagi. tapii kalau sampai 11 hari saya tak makan...cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada saya!!!!! (saya tak nak mati awal sebab belum dapat melahirkan zuriat untuk awak lagi encik hazeri).

10. alasan kesepuluh juga ada kaitan dengan kesihatan. pastinya kawan-kawan terdekat dan saudara mara tahu bahawa air mata saya sangat mudah untuk gugur. jadi, bayangkan lah berapa banyak airmata saya yang akan dialirkan selama 11 hari ketiadaannya disisi. kemungkinan untuk jatuh sakit sangat tinggi antaranya:

 a) rabun/ buta- kerana airmata terlalu banyak dikeluarkan jadi memberi efek kepada kornea
 b) kekurangan air dalam badan- disebabkan terlalu banyak airmata yang mengalir, jumlah air dalam badan akan berkurangan. kita kan dah belajar sains, peratusan air dalam badan perlu tinggi ok (saya tak ingat berapa %...70 ke?)


saya rasa semua alasan yang saya berikan amatlah munasabah. kalau masuk mahkamah pun, insyaallah boleh menang kes ni. siapa-siapa yang rasa tak berpuas hati boleh tinggalkan komen anda ya.

***untuk sang suami. kenapalah anda tak nak memahami jiwa isteri anda yang amat menyayangi rumahtangganya. persefahaman amatlah penting dalam menjayakan rumah tangga. (by the way, ape susah sangat. awak bawa je la saya ni. saya dah check flight ticket dari subang ke langkawi. hanya RM 204.95 sahaja including tax. saya janji, jika awak bawak saya, saya akan memberikan sokongan yang padu ketika awak bersukan. saya juga akan tolong menjaga beg duit awak agar tidak diragut supaya kita boleh sama-sama dinner b.b.q tiap-tiap malam) lagipun, jika awak bawa saya, bolehlah kita mengimbas kenangan masa honeymoon dulu. *ayat ini ditulis dengan penuh harapan
Post a Comment