Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, May 21, 2010

ragam pelanggan

sepatutnya entri ni ditulis malam tadi. tapi disebabkan keletihan yang tidak tertanggung, tak dapatlah jari jemari saya menaip. 'ragam pelanggan' bukan ape, just wanna share with you gelagat dua orang pelanggan di kedai saya semalam;

pelanggan 1, pagi lagi saya dah sms si dia ni untuk bagitau yang baju sejuk Disney anaknya yang ditempah dah sampai, petang tu dia datang bersama kawan-kawannya (konon nak suruh kawan-kawannya beli la juga baju untuk anak diaorang). si pelanggan ni pun try  la baju yang ditempah. huh, memang padan dan cantik untuk anaknya. si anak macam dah suka sangat nak dapat baju baru. tapi tiba2 si ibu kata tak dapat ambil baju hari ni sebab duit tak ambil lagi di bank. lagipun masa tu dah jam 5.30, bank pun dah tutup. saya pun kata ok je la. tiba-tiba lepas maghrib si pelanggan hantar mesej kepada saya yang berbunyi,
'kak, sorry la ** tak jadi ambil baju tu sebab suami kata tak payah beli lagi. lagipun baju tu besar sikit kat anak, lain kali je la'


baju ni la yang kontroversi tu

Hello!!!! awak dah tempah, dan anak awak cam suka je nak pakai baju tu, tiba-tiba tak jadi nak beli. kalau tau awak tak bersungguh-sungguh tak payah la saya order dari supplier lagi. orang suruh beli barang yang ready stock je tak nak. kalau nak yang saiz betul-betul muat untuk anak awak pakai hari ni pastu bulan depan dah tak boleh pakai amik lah yang dah ada kat kedai tu je. ni dah minta saiz besar sikit dari yang ada, bila barang dah sampai kata tak nak pula...hmmm...nak marah pun tak guna. customer always right  kan. *siapalah yang buat pepatah ni yerk..ish

pelanggan 2, si dia ni pula adalah rakan kepada si pelanggan 1 tadi. saya namakan dia sebagai N;

N: ish,mahalnya baju tido ni. kat dalam internet RM 28.00 je.

saya: kak, kat dalam internet tu RM 28.00 sehelai awak kena tambah RM 6 hingga RM 8 untuk kos penghantaran. kan dah jadi RM 34.00. kat kedai saya ni RM 35.00 saya ada bagi diskaun 10%. jadi tinggal RM 31.00 je. kalau akak beli dengan barang-barang lain saya boleh bagi RM30.00 je.untuk pyjama  ni.

N: tapi kat dalam internet tu lagi banyak corak yang cantik-cantik. banyak sikit pilihan.

saya: kak, terpulang pada akak, kalau akak rasa beli dalam internet lebih berbaloi akak beli la yang dalam internet tu. pada saya, kalau kita beli terus kat kedai ni, kita boleh kasi  anak-anak cuba dulu. kalau tak padan boleh cuba yang lain.

N: memang la.....tapi awak kena la tambah banyak-banyak lagi macam yang dalam internet tu.

saya: niat hati memang nak tambah banyak lagi barang. tapi kedai saya ni kecil je. tak pe lah, kalau saya dapat sewa kedai sebesar pasaraya GIANT  tu, insyaallah kereta kebal pun saya jual.


pyjama GAP inilah yang si N tu sibuk debatkan

si N ni pun diam je lepas tu. tapi tiba-tiba saya terdengar dia duk bersoseh-soseh kat kawan-kawannya mengatakan nanti dia akan tunjukkan blog dalam internet tu supaya kawan-kawan dia boleh tengok baju yang lawa-lawa lagi. sebelum mereka keluar dari kedai, saya pun mengucapkan terima kasih dan
'.........saya ni jual barang untuk orang yang tak de line internet kat rumah. sebab orang yang ada internet semua beli secara online'.


orang selalu kata 'pelanggan sentiasa betul'. tapi kalau dah menyakitkan hati....ada aku kisah. biar lah, kalau lepas ni dia tak nak datang lagi pun tak apa. datang pun buat kecang dalam kedai aku..pot..pet..pot..pet sana sini pastu tak beli pun. Insyaallah rezeki saya ada pada pelanggan saya yang lain.

3 comments:

Anonymous said...

mmg slalu org ckp "cust always rite"
tp robert kiyosaki ckp "cust can be educate"....so kt kene buang mentaliti yg cust always rite....
kalo nk mendalami lebey lg pasal biz...cr buku "rich dad poor dad" by robert kiyosaki.....

Nazratul Azra said...

thanks for your advice ya...

Nazratul Azra said...

thanks for your advice ya...