Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, October 3, 2010

tajuk entri hari ini: LUAHAN HATI

cepat masa berlalu. saya teruskan kehidupan saya macam biasa. sibuk menguruskan badan...ooopppss..menguruskan kedai, sales blog, uruskan rumah tangga. hmm...siapa kata saya duduk senang lenang kat sini.

ada orang yang tak faham, bila tengok saya berniaga diaorang kata "senanglah eton tu, laki dia banyak duit. senang-senang nak bagi modal." siapa kata suami saya banyak duit. gaji dia sebagai polis bantuan tak sampai pun RM2k. bayar kereta sebulan RM720, simpan tabung haji RM250, ASB ntah berapa ratus..yang penting lebih RM500 sebulan, bil telefon, bil elektrik, dan macam-macam lagi. rokok dia pun sebulan dah dekat RM300.

tapi alhamdulillah, saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang rajin dan pandai menambah pendapatan keluarga. dia uruskan perkhidmatan bot yang untungnya dibahagi dua dengan tuan bot. tapi biasalah, manusia memang payah nak duduk senang tengok kesenangan orang lain. baru beberapa bulan bot beroperasi, dah macam-macam orang kata. katanya, bot tu disponsor oleh 'kaum lain' so, orang tu kata kenapa nak bantu kaum lain, bantulah kaum sendiri. kami berdua terfikir kenapa orang tu kata macam tu. oh, rupanya dia rasa terancam sebab bot dia tak dapat penumpang. perlu ke sabotaj periuk nasi orang sebab periuk nasi awak rosak? suami kata, tak apalah mungkin bukan rezeki kami. tapi insyaallah tahun depan bot kami sendiri akan beroperasi. di beli dengan duit simpanan suami. harap-harap tak adalah orang dengki lagi.

berbalik kepada cerita saya tadi yang orang kata saya senang nak berniaga, suami bagi modal. ya, memang suami bagi modal sebab kami malas nak berurusan dengan bank. tapi bukanlah senang-senang suami bagi saya modal. setiap bulan saya bayar balik sikit-sikit. duit simpanan saya, saya gunakan untuk tambah modal buka kedai. alhamdulillah, berkat usaha saya dan doa dari suami kedai kami berjaya. tapi....kenapa sekarang ada pula orang yang kacau daun. selama ni kenapa tak ada orang berniaga seperti perniagaan yang saya jalankan. tapi, lepas dua tiga bulan saya berniaga, ada pula orang jual benda yang sama. perlu ke? mungkin akan ada pembaca yang kata, "biasalah saingan dalam berniaga". tapi bagi saya mereka saja nak mengada. kenapa selama ni tak rebut peluang yang ada.

orang kata tak elok banyak merungut kan. tapi, rungutan saya sekadar nak lepaskan apa yang terpendam. harap-harap tenanglah jiwa lepas menulis (menaiplah).

satu lagi perkara yang saya tak faham tentang orang sekeliling adalah tentang kerja. sekarang saya berniaga. walaupun kedai saya kecil, tapi saya dah cukup gembira sebab dengan hasil kedai kecil inilah saya dapat menampung hidup saya tanpa terlalu bergantung kepada suami. tapi kenapa ada orang yang masih mengata tentang saya. beliau tu kata, saya tak lulus masa buat degree dulu. sebab tu saya tak ada kerja. minta maaf cakap ya pakcik, saya ada dapat kerja tapi kerja tu memerlukan saya berkorban tinggal jauh dengan suami. lagipun saya lebih selesa bekerja sendiri. sebab tu saya tolak. dan saya rasa, saya tak pernah minta tolong pada pakcik walau sebesar habuk sekalipun. saya tau, saya tak macam anak pakcik yang pakcik kata dapat 1st class masa degree dulu...eh, bukan sekarang anak pakcik baru amik degree ke? kenapa aritu pakcik kata anak pakcik dah dapat degree 1st class? oh, mungkin anak pakcik suka sangat buat degree so dia amik degree 2 kali kot. hmmm..whatever...

kenapalah ada lagi orang yang macam tu ya? tolonglah jangan menipu untuk nampak yang keluarga awak tu semua bagus-bagus belaka. bukan saya tak tau perangai pakcik tu dan ianya membuatkan saya menyampah. cuma saya tak naklah jadi bangsa yang kurang ajar, tak menghormati orang tua. jadi sekarang ni bila pakcik senyum kat saya, saya tetap akan senyum balik kat pakcik.  

kadang-kadang perkara macam ni membuatkan kita rasa menyampah, geram, marah tapi alhamdulillah saya  masih mampu menghadapinya.

*terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca luahan hati saya*

oppsss...kepada sesiapa yang belum menjenguk my sales blog bolehlah melawatnya, mana tau ada yang berkenan di hati.

3 comments:

|| a - j . E . E || said...

ala ton.. ko jangan layan orang camtuh.. kalau dilayan, ke laut la jadiknye nanti... teruskan je hidup macam biasa. bukan diorang bagi kite makan kan... mengadu pada Tuhan k.. eh mengadu kat sini gak.. hehehe

Nazratul Azra said...

haha...mmg pon...lagi 1 pasal pakcik tu, nasib baik dia dah pangkat pakcik..kalau lbh kurang umur saya..lama dah kena smash balik ngn saya...ni saja nak mengadu kat blog..harapkan org2 yg baca faham...x macam org lain yg x faham2

arnie said...

akak baca pun geram.. berbalik pd satu perkataan.. 'sabar'.. coz tiap2 satu perkara, x kire baik or buruk, pasti dpt balasan.. chayo ton!