Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, December 29, 2010

MATAHARI KEJAP ADA KEJAP TAK DE

Pagi masa bangun tidur, dia ada, pas mandi pagi, dia tak de, pas sampai kedai, dia ada, pas breakfast, dia tak de, pas lunch hour dia ada balik. Itulah matahari punya cerita untuk hari ni.
Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada la nampak juga dari semalam, terus sehari hujan n angin tak berhenti.
Eh? nape ek macamtu? kat umah saya tak pun?
kata seorang sahabat yang baru call I dari Perlis **mmmm Perlis kot. Lupalah nak tanya sekarang dia kerja mana. Dulu kat Perlis. Anggap je lah betul ya ***
Ye lah, kat Tioman sekarang ni tengah musim tengkujuh.
Bila musim tengkujuh macam ni memang lah cuaca akan begini. 

Disebabkan pagi-pagi lagi dah hujan. Tak dapatlah nak bercantik-cantik dari rumah untuk ke kedai. Disebabkan saya ni suka main mekap-mekap *masa kecik main masak-masak ok*, so kenalah cari alternatif lain untuk bermakeover. hahahah.
Bila musim hujan, saya dengan rajinnya akan bawa make-up bag/pouch ke kedai. So, bila sampai kat kedai dan muka dah kering dari air hujan, saya pun apa lagi. Tak lepaskan peluang terus touch-up. hehehhe.. kalau nak ikutkan my make-up bag memang besar. Tapi untuk bawa ke sana ke sini memang tak sesuai. So, saya bawa yang kecil dan isikan dengan barang yang basic dan kecil-kecil sahaja. Untuk travel pun, biasanya saya akan bawa sample size make-up sahaja. Yelah kan, takkan nak bawa beg besar untuk make-up je kan bila naik bus/ flight.

Inilah muka saya hari ni. Untuk waktu kerja, just apply light make-up je. Iyelah kan. *Item yang I guna untuk dapatkan wajah ini, ada kat bawah ye. I list kan satu persatu*
Memandangkan kat kedai saya ada jual barang kosmetik, takkan saya nak biarkan pelanggan datang tengok muka saya pucat dan kusam kan. Nak tak nak memang kena touch-up sikit-sikit.
(abaikan bentuk mata saya yang tak sama kiri dan kanan. Memang macam tu sejak azali ok!)


Ini pula my small make-up bag. Walaupun kecik je sizenya, banyak juga yang dapat saya isi.
This make-up pouch is from Estee Lauder Cosmetic.



Inilah dia isi kandungan bag tadi.
dari belakang kiri;
1. Pure Water Facial Mist ~ TheFACEshop
2. Parfume ~ Estee Lauder Pleasures (miniature size)
3. Lipstick ~ Estee Lauder
4. Lip gloss ~ Lancome Juicy Tube
5. Eye Liner ~ TheFACEshop
6. Nail colour ~ Givenchy
7. Mascara ~ M.A.C Studio Fix Lash
barisan depan kiri;
8. Blusher ~ Estee Lauder Trio colour blusher
9. Foundation/make-up base ~ Dior Snow (sample size)
10. Bedak Padat ~ Estee Lauder Cyber White (sample size)
11. Eye shadow ~ Maybelline

Semua barang-barang tu adalah normal stuff yang saya bawa ke mana-mana bersama make-up pouch dan boleh saya isi ke dalam my handbag. Tapi Pewarna kuku tu tak lah saya sentiasa bawa. hari ni bawa sebab pagi tadi tiba-tiba rasa nak pakai *sekarang tgh hari cuti. So bolehlah pakai sebab tak sembahyang..huhu* maknanya sebulan ada masa seminggu untuk melaram kuku warna-warni. hehehhe.
Ok. Semua stuff tu saya guna untuk mencorakkan wajah saya. Bagi pemakaian toner, lotion muka dan pelembab, saya dah siap-siap pakai kat rumah.

Btw, mesti ada yang kata "kenapa kening dia nampak hitam dan agak tebal tapi celak tak masuk pon dalam senarai dia atas". Hehe, I memang tak pandai pakai celak. Tapi I apply mascara kata kening. Sebenarnya memang ada celak yang macam mascara~~berusnya macam mascara. Tapi saya tak jumpa lagi nak beli brand apa. Any suggestion kawan-kawan?
Kalau celak pensil memang den tak pandai pakai. Mula lah bertambah hodoh muka kalau pakai.



Facial Mist ni pulak**walaupun ada perkataan 'mist' bukan bermakna nak wangikan muka ya** kegunaannya untuk segarkan kulit dan tak nak bagi kulit terlalu kering bila duduk dalam aircond atau tak nak terlalu berminyak bila makan kari banyak sangat. hehehh...Boleh apply kat muka walaupun ada make-up.

Bila-bila kita rasa kulit macam kering atau tak best, bolehlah spray je kat muka. Eh, kat leher sekali pon boleh jugak. I pakai yang jenis Jeju Flower dari The Face Shop. I tak tau Body Shop ada keluarkan tak product macam ni tapi yang pastinya kulit I tak sesuai pakai barangan Body Shop. Tapi The Face Shop memang dah banyak barangnya yang I pakai macam pencuci mekap, penanggal bintik hitam, semuanya alhamdulillah sesuai. Barang ni made in Korea ya. Harga tak mahal pun RM18.90 je.  

***Ok got to go now!!! See ya

No comments: