Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, April 24, 2011

m a a f k a n . k a m i

Hai kawan- kawan. Sebenarnya ada banyak sangat cerita nak diceritakan. Tapi saya sangat penat dan dah tak ada daya nak menaip. This week I'm totally exhausted dengan banyak sangat benda yang nak dibuat. Insyaallah after Azra attend MEDSI exam this coming 30th April, akan ada entry baru ya. 

BTW, kawan- kawan doakan saya berjaya dalam peperiksaan ya!!!!!

                          Eh, ni pic hafal lirik lagu... hehehehhe, x da la pic tengah baca buku.





till then,
XOXO :)

Monday, April 18, 2011

h a p p y . b i r t h d a y . f a r i s y a

Happy Birthday Farisya!!!!!
Mak Long doakan Farisya jadi anak yang solehah ya.

Semalam adalah merupakan ulangtahun kelahiran anak kepada Anis, iaitu Farisya. Anis tu hubby punya cousin.
So, memandangkan baru sambutan yg pertama kami buat secara kecil- kecilan je. Alhamdulillah meriah jugak. Kat sini saya letakkan beberapa pic semalam;











Saya masih kenyang sehingga hari ini. 

Thursday, April 14, 2011

b a u . b a r u

Entah apa- apa aje kan tajuk entry saya. 
Tajuk ni sebenarnya merujuk kepada minyak wangi baru. Saya beli minyak wangi baru, begitu juga untuk my Mr. Hazeri. So, mulai esok bau kami akan...... bertukar!!!!!!

**eh, kenapa perlu nak tukar parfume?...kalau dah habis beli je lah yang baru. Kenapa sampai nak beli bau yang lain?

Saje.
Mungkin akan jadi hobi pula nanti. Parfume kami sama-sama dah nak habis. So,  kena lah beli baru. Tapi husband merungut- rungut yang parfume Givenchy Irresistible dia macam tak ngam je dengan cuaca yang panas kat sini. Jadi saya pun bagi suggestion supaya dia guna semula Ralph Lauren Polo Blue tu... *** hmmm  bau tu lah buat saya jatuh hati masa dulu- dulu. Ingat senang ke nak jumpa lelaki berbadan sasa comel macam tu bau wangi!. hahahaha.... cukup lah merepek. Tapi tiba- tiba dia dapat idea nak tukar parfume. Memandangkan saya pun agak cepat bosan dengan bau wangian yang sama, maka saya pun setuju. Hehehhehe.... then, masa nak beli saya pula ajak dia beli yang size kecil. Sebab, biar cepat habis dan boleh beli bau yang lain... lol... lepas tu tiba- tiba je dia setuju.

So, after decide kami pun mengorder minyak wangi baru. Inilah dia;



Untuk saya Nina by Nina Ricci. Sumpah... memang suka design botolnya. Tak sabar nak pakai esok. Cute kan botol tu....bentuk macam epal. ***rasa macam nak gantung kat leher je botol cute tu. 

Untuk suami pula Burberry Touch. 

Both of us amik size 30ml je. Nanti bila dah habis nak beli yang lain pula. 

Any suggestion untuk perfume best yang lain?

Nanti saya cuba beli ya.

(",)





****Kalau ada sesiapa yg masih tak tahu, Azra jual minyak wangi juga ya. Insyaallah harganya murah sikit dari pasaran. Jangan risau, yang penting 100% original. Sales blog dah lama tak update. Just email or SMS ya untuk sebarang pertanyaan. 

hazeriazra_8185@yahoo.com
0139395093
Biasanya perfume ni Azra kena tunggu seminggu lepas order baru sampai. Then, barulah boleh pos kepada kamu. So, masa order kenalah bagi Azra separuh bayaran dulu. Barulah Azra boleh nak order. Sebelum pos kepada kamu, barulah jelaskan lagi half payment. Tapi mana-mana yang rasa memang percaya pada Azra dan malas nak buat 2 kali bayaran, boleh bagi full payment masa order.





Monday, April 11, 2011

T I O M A N . I S L A N D III

Hai ('',) Untuk entry Tioman Island Part ni Azra nak cerita tentang Restaurant.

Hari Sabtu lepas, azra dapat peluang jejekkan kaki ke Japamala Beach Resort. Resort ni adalah satu- satunya 5 star resort di Pulau Tioman ni (sebab Berjaya Tioman Beach Resort 4 star je kot.. itu info yang saya tau) betulkan jika saya salah ya pembaca sekalian.

Kehadiran saya bukanlah sebab nak tidur kat sini.  ***amik kau harga paling murah 1 malam 500++ hingga RM2000 lebih tak mampu aku!


Saya ke sini memenuhi jemputan kawan yang bernama Belle nama sebenar aku pun  tak tahu... hehhe.. Belle kerja di resort ni. Dia nak belanja saya dan husband makan, tapi husband kerja. So, saya pun grab mana- mana member yang lalu depan mata. Maka, Ana menjadi mangsa.

Ok, Back to the story tentang Restoran ni, namanya Tamarind Terrace. Makanan yang disajikan berasaskan Thai, Indo-Chinese dan Malay cuisine. Harga makanan standard 5* la mahal gila bermula RM30 ke atas. Pada golongan yang tak bekerja macam saya, dinasihatkan kumpul duit poket selama setahun sebelum berani nak bawa kawan-kawan makan tempat macam ni.  Walaupun harganya agak tinggi, tapi memang amat menyentuh taste bud ku. Sebab saya agak jakun malu- malu, maka saya tak berani nak order makanan pelik- pelik. Takut tak dapat diterima tekak, so, just order an ordinary food. Makanan yang pernah saya makan. Kway Teow soup. Harga RM 34 kot kalau x salah. ***Ish, kenapalah saya boleh terlupa nak snap gambar menu ya lol ***

So, enjoice the picta!!! ****sorry gambar biasa- biasa je. Kamera beresolusi tinggi tiada. Tunggu byk duit ya, nnt saya beli kamera baru...


Ni 1st pic masa baru sampai. Jetty nya tak ada pagar ya. So, pada yang nak datang bawa anak-anak, dukunglah anak anda.


This is my friend. Belle. Dia bukan waiter seperti yang anda saksikan ya. Banyak lagi kerja lain yang dia buat kat sini. Tapi memandangkan I'm a VIP of the day, dia rela jadi waiter I.


Lemongrass Tea. Sungguh nyaman. Saya tambah 3 kali kot. hehehehhe


Yang ni pulak our appetizer, Spring Roll. Dalamnya ada chicken, glassnoodle and vegetables. Sedap! ***cuma agak berminyak. Saya makan 3 ketul walaupun saiznya besar. nampak sangat pelahap.



Ini Ana punya makanan. Fried Rice with Salted Fish, Beef, Vegetable and special sambal in Yam Basket. Ya, sungguh.. kami makan dengan basketnya sekali. Sedap nasi goreng ni. Harga dekat RM 40. Ambik ko!


Ni salmon.....tak ingat nama menunya. Yang penting I love it. 18 bintang aku bagi untuk makanan ni. 


Ya, saya orang kampung yang biasa- biasa sahaja. So, inilah makanan saya Kway Teow Soup with beef. Yummy!!!! banyak gila ok. Tapi tetap habis. lagipun saya peminat daging yang tegar. hehehheh....



Ni dessert saya. Sumpah saya tak order!... Tiba- tiba je sampai kat meja kami. hahahhaha.... bagi penggemar chocolate macam saya akan suka makanan di atas. Sungguh rich rasa chocolatenya. Tak manis pun. Tapi full dengan rasa chocolate. ***jangan tanya namanya apa. Sebab saya tak tahu.


Ni pula, dessert untuk Ana. Saya curi makan hampir separuh. SEDAPPPPPP!!! Cokelat, tapi ada perasa lemongrass... yeahhh!! akan makan lagi kalau berkesempatan datang sini semula.


Enough with food, ni gambar saya di tepi kolam renang. Nak amik gambar betul- betul tepi pool tu malu coz ada beberapa ekor duyung putih orang mat salleh perempuan sedang mandi- manda dengan seronoknya. Swimming Pool ni betul- betul bersebelahan restaurant tempat saya makan.



Ni pula susur gajah koridor untuk pejalan kaki (memang semua orang jalan kaki jugak kat sini) menuju ke Tamarind Terrace.


kami di ruang membaca buku! Kami tak baca pun buku- buku itu.


Saya macam suka lah suasana Resort ni. Kalau suami dapat bonus nanti nak urut- urut tengkuk dia lah, picit- picit kaki... dengan harapan dia nak  la bawak saya tidur kat sini. Jangan mimpilah Azra... hahaha


Gambar hidung kembang ni pula masa dalam bot diaorang nak balik rumah. hahhaha.... Gua sungguh seronok!!!!!!

Dah nampak keterujaan saya? ..... memang saya sungguh teruja. Dapat makan free di 5 star resort. Selain Tamarind Terrace, ada lagi satu restoran kat sini yang bernama Mandi- Mandi Restaurant yang menyajikan Italian Cuisine + BBQ at night. Lokasinya di Jeti mereka sahaja. Tapi maklumlah, saya kan tak pernah jalan- jalan kat sini, sebab tu pilih makan kat restoran thai tadi, sebab lokasinya kat sebelah dalam resort. hahaha...

Kat bawah ni pula, gambar- gambar terpilih yang saya amik di website mereka.  













Harap- harap kamu semua pun teruja macam saya juga!!! 

Any enquiries about this Resort boleh terus buka kat website mereka ya.

Jangan mengada- ngada nak booking dengan saya ya. Tempat lain insyaallah boleh tolong. Kat sini hehehhe.... tak boleh. kena booking sendiri dalam website. 











Monday, April 4, 2011

K O N T R O V E R S I


Siang tadi main tangkap gambar guna webcam. Sikat- sikat rambut tutup pipi. Lepas tu saya pun upload la buat profile picture kat fb dengan harapan kawan - kawan akan kata;
 1)'' wah, Azra... pipi dah tak tembam la... apa rahsianya...??? cercite..cercite..''
 2)'' Azra dah kurus ea? pipi botox dah x da''
 3)''Eh, Azra... baru buat teknik rebonding ke?''

Namun, lain yang disangka. lain pula jadinya. Ni komen kawan- kawan.....
1)''seram aku tengok profile picture ko...tukar yang lain''
 2)''Macam hantu kak limah balik rumah la... hahahhah''
3)''Dah macam ape muka ko....''

 lol ....
 lain yang diharap.. lain pula jadinya... Korang ni saje tau. Tak nak puji I. Hahahhahah....

Bye.