Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, April 11, 2011

T I O M A N . I S L A N D III

Hai ('',) Untuk entry Tioman Island Part ni Azra nak cerita tentang Restaurant.

Hari Sabtu lepas, azra dapat peluang jejekkan kaki ke Japamala Beach Resort. Resort ni adalah satu- satunya 5 star resort di Pulau Tioman ni (sebab Berjaya Tioman Beach Resort 4 star je kot.. itu info yang saya tau) betulkan jika saya salah ya pembaca sekalian.

Kehadiran saya bukanlah sebab nak tidur kat sini.  ***amik kau harga paling murah 1 malam 500++ hingga RM2000 lebih tak mampu aku!


Saya ke sini memenuhi jemputan kawan yang bernama Belle nama sebenar aku pun  tak tahu... hehhe.. Belle kerja di resort ni. Dia nak belanja saya dan husband makan, tapi husband kerja. So, saya pun grab mana- mana member yang lalu depan mata. Maka, Ana menjadi mangsa.

Ok, Back to the story tentang Restoran ni, namanya Tamarind Terrace. Makanan yang disajikan berasaskan Thai, Indo-Chinese dan Malay cuisine. Harga makanan standard 5* la mahal gila bermula RM30 ke atas. Pada golongan yang tak bekerja macam saya, dinasihatkan kumpul duit poket selama setahun sebelum berani nak bawa kawan-kawan makan tempat macam ni.  Walaupun harganya agak tinggi, tapi memang amat menyentuh taste bud ku. Sebab saya agak jakun malu- malu, maka saya tak berani nak order makanan pelik- pelik. Takut tak dapat diterima tekak, so, just order an ordinary food. Makanan yang pernah saya makan. Kway Teow soup. Harga RM 34 kot kalau x salah. ***Ish, kenapalah saya boleh terlupa nak snap gambar menu ya lol ***

So, enjoice the picta!!! ****sorry gambar biasa- biasa je. Kamera beresolusi tinggi tiada. Tunggu byk duit ya, nnt saya beli kamera baru...


Ni 1st pic masa baru sampai. Jetty nya tak ada pagar ya. So, pada yang nak datang bawa anak-anak, dukunglah anak anda.


This is my friend. Belle. Dia bukan waiter seperti yang anda saksikan ya. Banyak lagi kerja lain yang dia buat kat sini. Tapi memandangkan I'm a VIP of the day, dia rela jadi waiter I.


Lemongrass Tea. Sungguh nyaman. Saya tambah 3 kali kot. hehehehhe


Yang ni pulak our appetizer, Spring Roll. Dalamnya ada chicken, glassnoodle and vegetables. Sedap! ***cuma agak berminyak. Saya makan 3 ketul walaupun saiznya besar. nampak sangat pelahap.



Ini Ana punya makanan. Fried Rice with Salted Fish, Beef, Vegetable and special sambal in Yam Basket. Ya, sungguh.. kami makan dengan basketnya sekali. Sedap nasi goreng ni. Harga dekat RM 40. Ambik ko!


Ni salmon.....tak ingat nama menunya. Yang penting I love it. 18 bintang aku bagi untuk makanan ni. 


Ya, saya orang kampung yang biasa- biasa sahaja. So, inilah makanan saya Kway Teow Soup with beef. Yummy!!!! banyak gila ok. Tapi tetap habis. lagipun saya peminat daging yang tegar. hehehheh....



Ni dessert saya. Sumpah saya tak order!... Tiba- tiba je sampai kat meja kami. hahahhaha.... bagi penggemar chocolate macam saya akan suka makanan di atas. Sungguh rich rasa chocolatenya. Tak manis pun. Tapi full dengan rasa chocolate. ***jangan tanya namanya apa. Sebab saya tak tahu.


Ni pula, dessert untuk Ana. Saya curi makan hampir separuh. SEDAPPPPPP!!! Cokelat, tapi ada perasa lemongrass... yeahhh!! akan makan lagi kalau berkesempatan datang sini semula.


Enough with food, ni gambar saya di tepi kolam renang. Nak amik gambar betul- betul tepi pool tu malu coz ada beberapa ekor duyung putih orang mat salleh perempuan sedang mandi- manda dengan seronoknya. Swimming Pool ni betul- betul bersebelahan restaurant tempat saya makan.



Ni pula susur gajah koridor untuk pejalan kaki (memang semua orang jalan kaki jugak kat sini) menuju ke Tamarind Terrace.


kami di ruang membaca buku! Kami tak baca pun buku- buku itu.


Saya macam suka lah suasana Resort ni. Kalau suami dapat bonus nanti nak urut- urut tengkuk dia lah, picit- picit kaki... dengan harapan dia nak  la bawak saya tidur kat sini. Jangan mimpilah Azra... hahaha


Gambar hidung kembang ni pula masa dalam bot diaorang nak balik rumah. hahhaha.... Gua sungguh seronok!!!!!!

Dah nampak keterujaan saya? ..... memang saya sungguh teruja. Dapat makan free di 5 star resort. Selain Tamarind Terrace, ada lagi satu restoran kat sini yang bernama Mandi- Mandi Restaurant yang menyajikan Italian Cuisine + BBQ at night. Lokasinya di Jeti mereka sahaja. Tapi maklumlah, saya kan tak pernah jalan- jalan kat sini, sebab tu pilih makan kat restoran thai tadi, sebab lokasinya kat sebelah dalam resort. hahaha...

Kat bawah ni pula, gambar- gambar terpilih yang saya amik di website mereka.  













Harap- harap kamu semua pun teruja macam saya juga!!! 

Any enquiries about this Resort boleh terus buka kat website mereka ya.

Jangan mengada- ngada nak booking dengan saya ya. Tempat lain insyaallah boleh tolong. Kat sini hehehhe.... tak boleh. kena booking sendiri dalam website. 











4 comments:

:: ChEQaLA :: said...

oleh kerana nama tempat ni ade ckit2 nama aku, so insyaAllah aku mesti pegi! hahaha.. menarik..!!

Nazratul Azra said...

hahahha... nnt datang bgtau aku tau.. boleh aku jadi photographer ko.. hmmm.... x yah byr gaji.. blanja mkn pon ok.. hahahha

ADNAN WANTI said...

mmg terbaik la... bilik 'murah' gile.. makan lagi 'murah' gile.. alamatnye 3bln gaji aku termenung jer sbb duit habis kat cni.. muahahhaa... nway thanks azra for d'info... huhuh

Nazratul Azra said...

x pe, kalau mampu apa salahnya kan. welcome