Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, May 26, 2011

a l h a m d u l i l l a h X 2

Kau da kenapa Azra.... Dah alhamdulillah siap nak darab dua lagi???

Heheheh.... alhamdulillah yang pertama kerana saya baru je selamat berbuka puasa. Puasa ganti+ puasa berniat.
Ni gambar masa Azra buka tadi. Sorang je kat rumah. Husband kerja part- time malam. MIL pun keja gak. Pak mertua pi surau. Adik ipar.... ada kot kat bilik dia tadi.

Memang dari tengahari tekak dah terasa- rasa nak minum bandung laici. Tapi apakan daya sebab kelemahan diri, sampai tersalah beli da.... nak beli laici, terbeli longan. Maka, jadilah bandung longan untuk berbuka. 

Oooopppsss, tadi dah tersebut kelemahan ek? ok, ada sedikit pengakuan kat sini. bagi yang belum kenal sangat dengan Azra.... Azra ada masalah berpuasa. Bukan lah tak boleh puasa, tapi bila puasa memang mengada sangat. Lepas pukul 2 petang biasanya gaya dah macam 30 hari tak makan...ehehheh....

Malas cakap banyak, ni dia gambarnya.


Maaf, gambar tak clear. Tiada kamera beresolusi tinggi di rumah ini sekarang.
Ni lah bandung Longan saya. Disebabkan saya tak suka manis- manis sangat, saya guna fresh milk je. Lagipun kan longan tu dah manis- manis sikit kan.


Ni pula, nasi putih+ daging goreng kunyit+ paprik udang. lauk- lauk ni tak sedap la hari ni. Ke memang makanan panas kat kedai kalau bungkus balik rumah jadi tak sedap? 

Tu nampak ada sebijik kuih burger Malaysia tu? ***korang panggil ape ek?
Kuih tu MIL buatkan petang tadi. Yelah, tanda sokongan kot kat menantu dia yang berpuasa ni. hehehhe....


Azra dan baju kelawarnya. :) Pic ni memang saya edit latar belakangnya, malu nak tunjuk dapur buruk... tapi muka wa langsung tak edit. Dan baru kini ku perasan, muka macam dah cerah semula kot. Sumpah tak edit muka tu!!!! then, ni muka pas mandi. Tak ada pakai apa- apa pun. Maknanya, berkesanlah produk yang Azra baru guna tu. Nanti I reveal ya. I dah tak guna SK-II. 


Ni pula, daging goreng kunyit yang extra masin... grrrrrr...boleh darah tinggi den!


See, tak habis pun makan. lauk-pauk tu habislah. tapi nasi memang tak boleh nak telan sangat. Azra tak cerita lagi kan pasal nak diet. Sebenarnya hari ni hari ke 18 tanpa nasi untuk Azra. Tapi sebab puasa, husband kata kena lah makan nasi untuk berbuka ni. Huh, terkantoi sudah diet hari tanpa nasi. Ingat nak cukupkan sebulan.


Ni last pic. Muka dah sedikit glowing- glowing la. Tak sia- sia kot tukar produk penjagaan kulit. hehehhehe...


Ok.
Finish with my berbuka puasa story. 

Alhamdulillah yang kedua Azra ucapkan tanda syukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi peluang untuk Azra menghadiri temuduga.
Temuduga apa????

Last month kan Azra ada menduduki peperiksaan Medsi.
Yes, Azra lulus dan terpilih untuk temuduga.
Nervous wajiblah kan.
Tapi Azra akan cuba sebaik mungkin.
Wish me luck ya para pembaca sekalian.

Jika Azra lulus temuduga ni, akan bermulalah kembali era pembelajaran di Universiti. Sebenarnya memang merindui saat- saat jadi student U. Tapi rasanya akan ada sedikit perbezaan lah. Sebab dulu di UUM buat ijazah pelancongan. So, banyak enjoy. 
Kali ni diploma pendidikan di UPSI. 
Azra harap suasana pembelajaran di UPSI tak banyak beza dengan UUM. Sangat berharap agar impian Azra tercapai.
Just doakan yang terbaik untuk saya ya. Kita hanya merancang, ALLAH yang akan menentukan segalanya.


***kamu ada tips tak untuk temuduga? Silalah kongsikan dengan saya ya!!! 


Saturday, May 14, 2011

t a h n i a h ! ! !

olla!!!!

Saya dah ada pemenang untuk my #1 giveaway contest.
Thanks kepada yang sudi email Azra.
Walaupun hadiah tak seberapa, ada jugak yang sudi nak join.

Inilah pemenangnya.....
TAHNIAH!!!!!!

1. liszamenida
2. ChEQalA

Hadiah akan di pos menggunakan pos express ya kawan- kawan.

Thursday, May 12, 2011

#1 G I V E A W A Y

Hi!!!!!


Sebenarnya azra memang dah berniat nak buat giveaway untuk followers bila dah mencecah 25 orang. Tak perasan pula dah ada 26 follower rupanya.

Untuk giveaway yang pertama, Azra ambil PINK sebagai tema.
Agak terserlah kelembutan gitu...hehehheh.

Tapi, biasalah kan...tak kan nak bagi free je. Azra dah cipta 1 contest yang mudah gila sangat!!!
Sesiapa yang nak join contest ni, just jawab 3 soalan mudah berkaitan diri Azra. So, inilah hadiahnya yang tak semenggah itu;


Pemenang pertama akan memenangi set pencuci muka dan face lotion/ toner dari Estee Lauder.
***** Saiz 30 ml ya kawan-kawan. Nak bagi yang actual size 120ml tak mampu.... hehhehe..




Hadiah kedua pula, Clinique make-up pouch.
 Cantik!!!!! 

So, kepada sesiapa yang rasa ianya worth it, bolehla join... saya tak paksa ok.
Tapi hanya dikhaskan untuk follower sahaja. Sesiapa yang tak follow lagi, sila- silalah follow ye.
 Insyaallah, giveaway seterusnya akan menyusul dalam masa terdekat.
Just doakan saya murah rezeki, so dapatlah saya bagi hadiah untuk kamu lagi.

Ok. Inilah soalan- soalan yang Azra dah sediakan untuk kamu;

1. Bilakah tarikh lahir Azra? (tak tahu tahun pon tak pe, kalau tau...lagi bagus)
2. Di manakah Azra honeymoon after kahwin?
3. Semasa belajar di UUM, Azra mengambil ijazah dalam bidang apa?

**Semua jawapan boleh diperoleh dari blog ini dan facebook Azra.

Jawapan boleh dihantar di ruangan comment, ataupun email kat Azra 
hazeriazra_8185@yahoo.com


Selamat mencuba nasib ya kawan- kawan!!!!!!

Wish u luck (",)





Thursday, May 5, 2011

p e n t a s

Hehehehe....
Ni bukan entry pasal pentas yang orang berlakon teater muzikal tu ya.
Bukan juga pentas untuk konsert AF atau Mentor tu.
Ni pasal alat kosmetik berjenama

STAGE

Kalau kita terjemahkan dalam Bahasa Melayu jadilah pentas kan kawan- kawan.
Baru- baru ni saya jalan- jalan di East Coast Mall, Kuantan tanpa apa- apa niat tersembunyi untuk bershopping.
Niat cuma temankan cousin beli beg sekolah, tapi akhirnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

niat hanya tinggal niat..... hehehheh 


Nampak tu.... 4 eyeshadow, 2 lipstick dan 1 foundation.

Saya bukanlah suka sangat nak membeli, tapi masalahnya......godaan terlampau hebat!!!

Cuba anda bayangkan, barang harga RM90 boleh dapat dengan hanya RM12. Siapa tak nak kan. Tapi kebanyakan barang yang ada, akan expired Dec. 2012. Sebab tu diaorang buat sale yang gila macam tak masuk akal ni.

Kalau nak ikutkan tanpa sale, jumlah yang perlu saya bayar adalah;

Lipstick RM 48 X 2 = RM 96
Foundation RM90 X 1= RM 90
Eyeshadow RM 45 X 4 = RM 180
So, total = RM 366

Tapi saya beli masa ni, total semuanya adalah RM 84 sahaja. Jimat sangat kan!!!!

So, kawan- kawan.... marilah kita jadi pengguna yang bijak!!!!!