Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, May 26, 2011

a l h a m d u l i l l a h X 2

Kau da kenapa Azra.... Dah alhamdulillah siap nak darab dua lagi???

Heheheh.... alhamdulillah yang pertama kerana saya baru je selamat berbuka puasa. Puasa ganti+ puasa berniat.
Ni gambar masa Azra buka tadi. Sorang je kat rumah. Husband kerja part- time malam. MIL pun keja gak. Pak mertua pi surau. Adik ipar.... ada kot kat bilik dia tadi.

Memang dari tengahari tekak dah terasa- rasa nak minum bandung laici. Tapi apakan daya sebab kelemahan diri, sampai tersalah beli da.... nak beli laici, terbeli longan. Maka, jadilah bandung longan untuk berbuka. 

Oooopppsss, tadi dah tersebut kelemahan ek? ok, ada sedikit pengakuan kat sini. bagi yang belum kenal sangat dengan Azra.... Azra ada masalah berpuasa. Bukan lah tak boleh puasa, tapi bila puasa memang mengada sangat. Lepas pukul 2 petang biasanya gaya dah macam 30 hari tak makan...ehehheh....

Malas cakap banyak, ni dia gambarnya.


Maaf, gambar tak clear. Tiada kamera beresolusi tinggi di rumah ini sekarang.
Ni lah bandung Longan saya. Disebabkan saya tak suka manis- manis sangat, saya guna fresh milk je. Lagipun kan longan tu dah manis- manis sikit kan.


Ni pula, nasi putih+ daging goreng kunyit+ paprik udang. lauk- lauk ni tak sedap la hari ni. Ke memang makanan panas kat kedai kalau bungkus balik rumah jadi tak sedap? 

Tu nampak ada sebijik kuih burger Malaysia tu? ***korang panggil ape ek?
Kuih tu MIL buatkan petang tadi. Yelah, tanda sokongan kot kat menantu dia yang berpuasa ni. hehehhe....


Azra dan baju kelawarnya. :) Pic ni memang saya edit latar belakangnya, malu nak tunjuk dapur buruk... tapi muka wa langsung tak edit. Dan baru kini ku perasan, muka macam dah cerah semula kot. Sumpah tak edit muka tu!!!! then, ni muka pas mandi. Tak ada pakai apa- apa pun. Maknanya, berkesanlah produk yang Azra baru guna tu. Nanti I reveal ya. I dah tak guna SK-II. 


Ni pula, daging goreng kunyit yang extra masin... grrrrrr...boleh darah tinggi den!


See, tak habis pun makan. lauk-pauk tu habislah. tapi nasi memang tak boleh nak telan sangat. Azra tak cerita lagi kan pasal nak diet. Sebenarnya hari ni hari ke 18 tanpa nasi untuk Azra. Tapi sebab puasa, husband kata kena lah makan nasi untuk berbuka ni. Huh, terkantoi sudah diet hari tanpa nasi. Ingat nak cukupkan sebulan.


Ni last pic. Muka dah sedikit glowing- glowing la. Tak sia- sia kot tukar produk penjagaan kulit. hehehhehe...


Ok.
Finish with my berbuka puasa story. 

Alhamdulillah yang kedua Azra ucapkan tanda syukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi peluang untuk Azra menghadiri temuduga.
Temuduga apa????

Last month kan Azra ada menduduki peperiksaan Medsi.
Yes, Azra lulus dan terpilih untuk temuduga.
Nervous wajiblah kan.
Tapi Azra akan cuba sebaik mungkin.
Wish me luck ya para pembaca sekalian.

Jika Azra lulus temuduga ni, akan bermulalah kembali era pembelajaran di Universiti. Sebenarnya memang merindui saat- saat jadi student U. Tapi rasanya akan ada sedikit perbezaan lah. Sebab dulu di UUM buat ijazah pelancongan. So, banyak enjoy. 
Kali ni diploma pendidikan di UPSI. 
Azra harap suasana pembelajaran di UPSI tak banyak beza dengan UUM. Sangat berharap agar impian Azra tercapai.
Just doakan yang terbaik untuk saya ya. Kita hanya merancang, ALLAH yang akan menentukan segalanya.


***kamu ada tips tak untuk temuduga? Silalah kongsikan dengan saya ya!!! 


4 comments:

Mun said...

gudluck :) nt reveal lah azra pakai product ape..

Nazratul Azra said...

Thanks Munirah...
oopppss... pasal produk tu nanti2 lah ye.. after settle with my interview, insyaallah akn di reveal.. hehehe

DaZzlingLilLy said...

wah bakal guru lah pasni yer azra..insyaallah janji usaha lebih skit..i tak ganti puasa pun lagi..huhu

Nazratul Azra said...

hahaha... nervous ni kak.. ntah lepas ke x ya interview nnt...
doakn azra ya.

Nanti kita ganti puasa sama2.. Azra pun byk hari lg x ganti.. heheh