Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, June 18, 2011

h o t e l . t a k . b e s t

Hai semua.
Maaflah sudah tersangat lama tak update blog ni kan. Lepas habis interview haritu, terus tak sempat nak update.  Too much things to do. Sorry kalau ada yang tertunggu-tunggu ****kalau ada lah.. heheh.
Entry ni, Azra nak story tentang hotel yang tak best. 
Ala- ala macam hotel review la kan.

Hotel ni namanya Shahzan Inn.
Location kat Kuantan.
Memang dulu agak popular la hotel ni, tapi sekarang.....hmmmmm
As for me yang penjimat***perkataan 'penjimat ni boleh guna ke? saya rasa tak berbaloi duduk kat hotel ni.
Harga bilik yang saya bayar adalah RM140. Jadi dengan harga tu, saya beranggapan pastinya hotel ni lagi baik dari hotel-hotel lain di Kuantan yang biasa kami duduk yang harganya antara RM90-130.

Masa nak check-in, husband da tanya kat kaunter sama ada dalam bilik ada chanel Astro sports x. ESPN kot yang husband tanya tu. Kata reception tu ada. So, kami pun check-in la. Sebab malam tu husband berhasrat nak tgk Liverpool main jam 2 pagi. 

Masuk je bilik, saya pun cakap kat husband..uikss.. keciknya bilik Shahzan ni. TV pun macam TV lama. Tak ada remote pulak tu. Husband kata, tak apa, asalkan dpt tgk bola ok dah. 

Tapi alangkah kecewanya kami bila buka TV siaran terganggu je. Astro yang dapat cuma 1 chanel, HBO kot. Itupun kejap ok kejap kabur. Chanel Astro yang lain memang tak nampak gambarnya, just dengar suara sikit-sikit je.

So, kami pun call reception suruh hantar orang tolong setting TV ni. After menunggu about 15 minit baru ada orang datang. Habis budak tu godeh-godeh tetap tak betul. So, diaorang suruh kami tukar bilik lain.

Pindahlah kami ni ke bilik lain sebab niat utama nak tengok bola. 
Buka TV, elok sikit lah dari yang tadi. Tapi alangkah sakitnya hati, bukan ESPN yang ada utk siaran sukan, tapi siaran yang satu lagi.. ape ek namanya? Astro Super Sport ke? ntahlah.. aku tak tengok sangat pun  rancangan sukan-sukan ni. hehhehe... dengan kecewanya husband pun cakap, ingatkan duduk hotel mahal sikit, dapat tengok TV dengan lebih selesa... tapi... hmmmmmmmm kecewa. Tak dapatlah dia nak tengok bola malam tu. Nak ke kedai mamak malam- malam buta memang malaslah kan.

Ni ada sedikit gambar untuk kamu buat penilaian dan perbandingan untuk bilik berharga RM140 di bandar Kuantan, bukan London ya. For me, it's better to stay at Megaview Hotel, Cityview Hotel, Classic Hotel or Season View Hotel yang mana lebih murah dan berbaloi.




Katil, tilam, selimut yang biasa- biasa je. Bantal tu lembik sangat kot untuk saya.


TV yang tak canggih langsung.





Tandas buruk ya!!!! agak kotor kat mozek. Housekeeping pun tak boleh nak bersihkan kot, sebab macam dah buruk sangat. Kena renovate.


Sinki pun...hmmmmmmmmmmmm T_T


Ni je yang macam teruja sikit, Keychain tajaan Chilli's. hehehhe..


Then, pagi esoknya kami pun pergi breakfast. Choice of foods pun tak banyak. So, saya just makan 
porridge dan minum fresh orange. Porridge is my all time favourite kalau breakfast kat hotel.
Makanan lain yang ada, mee goreng, nasi lemak then ada roti, and buah.




So, overall saya rasa kamu yang tak pernah tidur hotel Shahzan Inn ni tak payahlah pasang niat nak stay sini if kamu jalan- jalan di Kuantan kecuali kamu dapat bilik free or ada orang belanja kamu tidur sini.



3 comments:

misha.w said...

kalau tak silap, hotel ni mmg org tak suke. kalau dulu, budak2 offshore mesti ban dr tido hotel ni sbb diorg ckp x best.

Nazratul Azra said...

mmg x best... yg menggedik nak tdo sini husband saya la***smpai hari ni still salahkan dia.

Sebab dia kata dulu masa zaman dia main bola(10 tahun lepas dah kot) mmg budak2 bola duk sini...

pada saya, baik duk hotel megaview yg kami boleh dpt harga 90 ringgit tu (sbb kawan keja situ)dpd rm140 utk hotel ni...

Anonymous said...

mmg xbest sgt hotel nie....