Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, August 24, 2012

Cerita Raya Kita. Raya I

Holla!!!
Terbatuk- batuk nak menaip ni.
Maklumlah, lama tinggal.
Semak samun tinggi sampai ke bumbung kan.

Sorry sangat kalau ada yang menunggu update dari kittew..... -_-

Aku agak sibuk la sejak dah kerja ni.
Lagipun sejak hujung July dah start sibuk nak pindah rumah semua kan.
Tu yang hidup agak kelam kabut.
Sampai p kerja pun tak sempat pakai mekap.
Eh, ada kena mengena ke?

Raya tahun ni, merasa lah aku beraya kat rumah baru.
Ok.
Tak lah baru.
Baru duduk sini je.
Sebenarnya rumah kuarters.
Rumah papan je.
Tapi alhamdulillah, cita- cita nak duduk rumah sendiri tercapai jugak kan setelah hampir empat tahun tinggal bersama dengan family mertua.

Sebenarnya, raya pertama hari tu adalah hari ke 5 aku tinggal kat rumah tu.
Tapi still, aku nak beraya kat situ.
Raya kat Tioman ni lain sikit.
Kita kalau kat Johor tu, kita raya sebulan.
Kat sini, 2 hari je.
Raya pertama orang kampung sebelah datang beraya kat kampung kami.
Then raya ke dua, vice versa
Lepas tu, raya sini tak payah susah- susah ko nak merebus ketupat, masak rendang bagai.
Biasanya ketupat- ketupat ni korang jumpa kat rumah yang ada warga emas je.
Rumah orang muda ni makanan agak urban.
Aku kalau ikut hati aritu nak hidang Baked Macaroni, dengan spaghetti je.
Tapi laki kan tak minat.
So, aku masak benda yang simple je.

Bihun Soto, Nasi Impit + Kuah Kacang dan Roti Jala.
Aku budget, sebab aku baru duduk rumah ni baru 5 hari.. so tak ramai kot yang datang.
Sebab orang mesti tak sangka aku akan buat open house jugak kan.
Tapi sangkaan aku meleset.
Tetamu start lepas sembahyang raya sampai pukul 6 prtang tak putus. 
Nasib baik masak banyak.
Ala, tapi tetamu pun tak makan banyak mana.
Sebab banyak rumah kan.
Sekampung buat open house. 
Tu belum campur kat kuarters Berjaya Hotel lagi beratus rumah.

Malas nak cerita banyak lagi kan.
Ni antara gambar raya pertama aku kat rumah sendiri.

Antara group kanak- kanak yang makan banyak

Ni group rakan sekerja. Eh, Yang tudung hijau tu je rakan sekerja. Tudung oren isteri rakan sekerja.

Kuih ni adalah kuih raya 1st yang habis kat rumah aku. 1st day raya dah habis. Laku sangat.

kawan- kawan kerja laki.

Sabotaj ni pic aku n laki kabur- kabur

kekasih gelap aku, Manja n ibunya. Amboi Mak Anjang bersungguh makan ya.


Nur Qaseh Myazarra

Group anak- anak dara.

Bff, Kak Adik Ana. Boleh gitu?

Muka kusut. Dah pukul 6 petang kot masa ni. Saje pakai tudung tetiba sebab nak bergambar.

Raya ni jugak saya dapat kawan- kawan baru :)

Ok.

Cerita raya kedua sambung bulan September plak ye.
Sebab esok nak keluar dari pulau.
Isnin ada meeting kat Shah Alam.
Then terus sambung cuti kat kampung.
huhuhuhu.

Till then, XOXO

Post a Comment