Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, October 28, 2012

Serba Sederhana

Raya Haji ni, aku dah kata tak buat open house. Tapi still masak sikit untuk aku n husband. Ok tipu, banyak juga masak. Sebab ajak kawan terdekat datang makan. Masak simple je sebab tak larat (period pain) *perlu ke bagitau?*. Balik kerja Khamis tu, pi pasar beli barang. Hasilnya, Ketupat Nona+ Sambal Kacang+ Rendang Daging dan Kuah Lodeh. Gambar- gambar lain esok- esok aku upload ya.

***Update sikit je sebab pakai bb.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 25, 2012

Tak Ada Open House Untuk Aidil Adha

Salam Aidil Adha
atau
Hari Raya Qurban
atau 
Hari Raya Haji.

Ikut sedap koranglah.
Yang penting esok aku pi raya je.
Tak buka rumah untuk tetamu.
Sebab utamanya adalah, mak and family tak jadi raya kat sini.
Then, aku pon tak cuti lagi.
Masih kerja lagi hari ni
Ni pun tulis blog pakai komputer opis.
Kantoikan diri sendiri kan.
T_T
Tapi rasanya takde opismate baca blog aku ni.

So, mana ada masa nak prepare juadah kan.
Kalau masak pun, masak sikit untuk aku makan dengan laki.
Laki pun esok keje.
Eh, memang laki aku suka sangat kerja time orang lain cuti.
Workaholic kononnya.


Hari Raya haji kat sini meriah.
Macam Aidil Fitri jugak.
banyak rumah open untuk tetamu.
Sangat berbeza dengan aku beraya kat Johor.
Nanti dah abis raya aku upload picture ya.

Bye.

Sunday, October 21, 2012

Short Update

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kertas cadangan ni. Bos aku kat sini terima dengan baiknya. Harap begitu juga dengan Dato' Pengurus Besar. Tak sabar nak start dengan this project :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 17, 2012

Nak.... nak... nak...

Nak cari beg untuk kerja.
Sekarang pi kerja bawak beg ni.


Longchamp Eiffel Tower tu.
Tapi rasa tak berapa praktikal la.
Untuk kegunaan hari- hari biasa ok lah kan.
Pi ofis, balik rumah.

Tapi kalau hari kena ikut pi tempat- tempat lain macam Kg. Genting, Kg. Mukut... hmmm... kena naik speed boat bagai nak pergi semua tempat tu.
Susah la kan.
Mana nak carry bag lagi, nak sangkut kamera kat leher lagi, nak pegang tudung takut tercabut due tu angin yang sangat sepoi- sepoi tak de bahasa.

So, rasa nak beli bag yang ada cross body strap tu.
Mula- mula ingat nak let go Speedy aku tu.
nak upgrade amik Speedy Bandoulier.
Senang kan. Ada shoulder strap, crossbody pun boleh.
Tapi laki bangkang.
Bukan apa, sebab sayang kot.
Sentimental value.
Tu kan first LV.
So, tak jadi nak let go.

Sekarang ni nak cari bag yang ada ciri- ciri berikut.
1. Kaler senang nak jaga.
2. Ada crossbody strap.
3. Kalis air
4. tahan lasak.
5. Tak mahal sangat.

Antara yang masuk dalam kepala aku adalah;



Marc Jacobs Classic Q Hillier Bag
Memang dah lama suka bag ni. Kaler ada macam- macam.
Tengok dalam google ada je orang boleh silang kat badan.
Rasanya boleh kot jugak nak silang kat badan XL aku ni.
Tapi sayang dia tak dak zip kat atas.
Rasanya ada magnetic closure je kan.
Agak bahaya la untuk minah kelam kabut macam aku ni :(


Marc Jacobs Classic Q Aidan Bag
Design ni pun akurasa ok je.
kaler pun banyak choice.
Ada cerah, ada gelap.
Then ada zip.
Harga aku tak pastilah.
Nanti nak pi check kat Pavi.
*Bukan nanti tu jap lagi, tapi next month la sebab nak pi KL dan beli time tu*


Gucci Sukey Boston.
Tapi yang kalis air haruslah yang leather kan.
Gaji kalau 10k pun belum tentu aku nak buat basahan kerja leather bag ni.
Ko tak kan tak sayang bag mahal kena percikan manja air masin ni?
Kalau yang fabric memang lawa- lawa tapi sayang la jugak nanti asyik kena air laut kan.


Susahla nak fikir.
Burberry pun banyak je yang ada long strap ni.
Tapi macam banyak yang fabric jugak.
Leather memang takkan beli untuk kerja.

Oh, btw sebelum ada yang nak kata aku mengada nak bawa designer bag pi kerja.
Walaupun kerja naik motor, naik boat, naik 4X4, masuk hutan, pergi pantai, aku tetap nak bawa handbag ya.
Pada aku itu satu kepuasan.
Self esteem aku.
Boleh gitu?
Mungkin untuk orang lain, bawak kereta mewah dapat memenuhi kepuasan diaorang.
Tapi untuk aku kat sini, bawak handbag pun da cukup puas.
Even ada yang kata, wei.. macam nak jalan kat KL je pi kenduri bawak handbag.
So what?
Ada masalah ke?

Tapi ada satu perkara yang bukan aku nak bangga ke apa la kan.
Aku rasa seronok kat sini sekarang.
Disebabkan minat aku yang mendalam terhadap designer handbag, da ramai kawan- kawan yang mula berjinak- jinak mengumpul duit untuk beli designer bag juga.
Ada yang minta pendapat tentang jenis bag yang sesuai, tanya harga bag, kenal jenama.
Tak adalah diaorang tersekat atau terikat dengan jenama- jenama biasa yang diaorang boleh jumpa kat Kuantan tu macam Carlo Rino, Sembonia, Bonia, Guess, Polo.

Selain tu, ada yang dah tau perbezaan Polo Ralph Lauren dan Polo Haus tu.
Kalau dulu diaorang ingat asal baju gambar kuda tu jenama Polo.
Nampak mat saleh pakai baju gambar kuda, diaorang pun dengan bangga kata mat saleh pakai baju sama macam diaorang.
Padahal mat saleh tu pakai Ralph Lauren.
Seronok sangat bila kawan- kawan dah ada minat yang sama macam kita.


Walaupun aku tau yang aku tak mampu nak berdesigner item dari hujung rambut hingga hujung kaki, tapi aku cukup puas hati yang aku mengenali jenama.
Knowledge Is King kan kata pepatah Inggeris.
Walaupun kita tak ada barang- barang tu semua, tapi sekurang- kurangnya bila nampak sesuatu tu, kita tau.

(",)


Thursday, October 11, 2012

Balik Kampung + Putrajaya + KL + JPO (Part 3)

Rasa bersalah menghantui jiwa ya.
Lama gila tak update.
Then ni patutnya entry Jun kot.
Part terakhir.
Blame the lazy Azra...pffffffffttttt

Part ni nak cerita pasal first time jalan kat JPO.
Tapi kalau ikut tarikh hari ni, dah tiga kali aku g sana.

Delay lama sangat.
Aku tak nak salahkan kerja yang bertambun tu tapi salahkan diri sendiri yang tak pandai bahagi masa.

Pengalaman aku jalan kat JPO, pada aku ok je lah.
Ada yang menguntungkan, ada yang biasa- biasa saje.

Ni kompilasi picture aku masa kat sana.

Ni masa dah nak balik kot. 1st time pakai Speedy g jenjalan. hik..hik..

Makan kat Absolute Thai. Sedap la makan kat sini. Nak lagi.. nak lagi!!!

Ni lah Leeya my classmate masa form 6. Dia Senior Sales Exec kat Burberry JPO.
Yeayyyy, banyak % woo dia boleh bagi.
Next time beli ek!
Tak cukup modal masa ni.

Kat tangan tu semua paper bag barang laki.
Aku tak beli pape pun.
Sebab kat KL dah banyak damage :(

Ni aku copy paste dari web JPO. 
Pastu kat tepi dia aku letak komen tentang butik/ kedai tu ya.


SuiteStore
902Adidas - Harga tak banyak beza dengan butik 
436Armani Exchange- Pilihan kureng best dari butik.
338Armani Outlet- Lupa ada masuk ke tak
220Brooks Brothers Factory Store- Aku tak masuk 
700Burberry- Kata my Singaporean friends, berbaloi.
328Canali- Tak masuk
434CK Calvin Klein- Tak banyak shirt
510Cotton On- Berbaloi bagi aku
432DKNY- Pon ok jugak even barang sikit
606Ermenegildo Zegna Outlet Store- Tak masuk
424Esprit- Banyak stok. Ok kot!
516Flow- Bolehlah
416G2000 Outlet- so..so..
528Gap Outlet- Harga seluar ok kot
532Guess- Ok. Banyak accessories
430Lacoste Outlet- Harga sangat ok dari butik.
426La Senza Lingerie- Macam harga sale kat butik
526Levi's Outlet Store- Berbaloi. tapi x banyak choice
232Michael Kors- Up to 40% banyak. 60% ada juga
1000Nike Factory Store- Macam tak murah sangat pun
100Padini Outlet Store- Biasa- biasa je
212Pink Jambu- (last pi hari tu macam da tutup)
604Polo Ralph Lauren- Beli banyak lagi untung.
418Poney Outlet- Ok lah.
406Puma- Best jugak
518Quiksilver- Beli banyak lagi banyak %
222Raoul- Ok jugak.
414Rip Curl- Berbaloi jugak
520Roxy- Sama macam Quiksilver
332Salvatore Ferragamo Company Store- Kureng
234Shanghai Tang- Tak masuk
420Timberland- Tak masuk
218Tommy Hilfiger- Agak mahal untuk outlet
308Universal Traveller- Tak masuk
224Versace- Tak masuk

SuiteStore
514Charles & Keith Reductions- Sangat berbaloi
400Clarks- Tak masuk
316Geox- Tak masuk
304Pedro Outlet- Berbaloi jugak kot
402Skechers- Tak masuk
300Vincci- Biasa- biasa je

SuiteStore
412City Chain- Tak la murah sangat
214Evita Peroni- Tak masuk
326Swiss Watch Gallery- Tak masuk
306Tomei- Tak masuk
320Wear &When- Tak masuk


SuiteStore
312Bonia- Tak masuk
208Braun Buffel- Orang kata boleh tahan ler
408Carlo Rino- Tak masuk
230Coach- Better buy kat butik time sale
226Coach Men's- Sama dengan jawapan kat atas
428Fossil- Berbaloi
314Oroton Factory- Tak masuk
310Samsonite Factory Outlet- Tak masuk
322Tumi- Ok jugak.


SuiteStore
302Cosmetics&Designer Fragrances- Tak byk brand
206Fidani Chocolate- Tak masuk
602Maybank- Kau nak aku komen apa?
318Royal Selangor- Tak masuk (eh, ada ek?)
522The Body Shop Outlet- Tak masuk
210The Cosmetics Company Store- Brand terhad

Maybe lain orang lain pandangan kan. Tapi untuk aku, ok- ok je kot if nak p JPO ni :)