Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, October 17, 2012

Nak.... nak... nak...

Nak cari beg untuk kerja.
Sekarang pi kerja bawak beg ni.


Longchamp Eiffel Tower tu.
Tapi rasa tak berapa praktikal la.
Untuk kegunaan hari- hari biasa ok lah kan.
Pi ofis, balik rumah.

Tapi kalau hari kena ikut pi tempat- tempat lain macam Kg. Genting, Kg. Mukut... hmmm... kena naik speed boat bagai nak pergi semua tempat tu.
Susah la kan.
Mana nak carry bag lagi, nak sangkut kamera kat leher lagi, nak pegang tudung takut tercabut due tu angin yang sangat sepoi- sepoi tak de bahasa.

So, rasa nak beli bag yang ada cross body strap tu.
Mula- mula ingat nak let go Speedy aku tu.
nak upgrade amik Speedy Bandoulier.
Senang kan. Ada shoulder strap, crossbody pun boleh.
Tapi laki bangkang.
Bukan apa, sebab sayang kot.
Sentimental value.
Tu kan first LV.
So, tak jadi nak let go.

Sekarang ni nak cari bag yang ada ciri- ciri berikut.
1. Kaler senang nak jaga.
2. Ada crossbody strap.
3. Kalis air
4. tahan lasak.
5. Tak mahal sangat.

Antara yang masuk dalam kepala aku adalah;



Marc Jacobs Classic Q Hillier Bag
Memang dah lama suka bag ni. Kaler ada macam- macam.
Tengok dalam google ada je orang boleh silang kat badan.
Rasanya boleh kot jugak nak silang kat badan XL aku ni.
Tapi sayang dia tak dak zip kat atas.
Rasanya ada magnetic closure je kan.
Agak bahaya la untuk minah kelam kabut macam aku ni :(


Marc Jacobs Classic Q Aidan Bag
Design ni pun akurasa ok je.
kaler pun banyak choice.
Ada cerah, ada gelap.
Then ada zip.
Harga aku tak pastilah.
Nanti nak pi check kat Pavi.
*Bukan nanti tu jap lagi, tapi next month la sebab nak pi KL dan beli time tu*


Gucci Sukey Boston.
Tapi yang kalis air haruslah yang leather kan.
Gaji kalau 10k pun belum tentu aku nak buat basahan kerja leather bag ni.
Ko tak kan tak sayang bag mahal kena percikan manja air masin ni?
Kalau yang fabric memang lawa- lawa tapi sayang la jugak nanti asyik kena air laut kan.


Susahla nak fikir.
Burberry pun banyak je yang ada long strap ni.
Tapi macam banyak yang fabric jugak.
Leather memang takkan beli untuk kerja.

Oh, btw sebelum ada yang nak kata aku mengada nak bawa designer bag pi kerja.
Walaupun kerja naik motor, naik boat, naik 4X4, masuk hutan, pergi pantai, aku tetap nak bawa handbag ya.
Pada aku itu satu kepuasan.
Self esteem aku.
Boleh gitu?
Mungkin untuk orang lain, bawak kereta mewah dapat memenuhi kepuasan diaorang.
Tapi untuk aku kat sini, bawak handbag pun da cukup puas.
Even ada yang kata, wei.. macam nak jalan kat KL je pi kenduri bawak handbag.
So what?
Ada masalah ke?

Tapi ada satu perkara yang bukan aku nak bangga ke apa la kan.
Aku rasa seronok kat sini sekarang.
Disebabkan minat aku yang mendalam terhadap designer handbag, da ramai kawan- kawan yang mula berjinak- jinak mengumpul duit untuk beli designer bag juga.
Ada yang minta pendapat tentang jenis bag yang sesuai, tanya harga bag, kenal jenama.
Tak adalah diaorang tersekat atau terikat dengan jenama- jenama biasa yang diaorang boleh jumpa kat Kuantan tu macam Carlo Rino, Sembonia, Bonia, Guess, Polo.

Selain tu, ada yang dah tau perbezaan Polo Ralph Lauren dan Polo Haus tu.
Kalau dulu diaorang ingat asal baju gambar kuda tu jenama Polo.
Nampak mat saleh pakai baju gambar kuda, diaorang pun dengan bangga kata mat saleh pakai baju sama macam diaorang.
Padahal mat saleh tu pakai Ralph Lauren.
Seronok sangat bila kawan- kawan dah ada minat yang sama macam kita.


Walaupun aku tau yang aku tak mampu nak berdesigner item dari hujung rambut hingga hujung kaki, tapi aku cukup puas hati yang aku mengenali jenama.
Knowledge Is King kan kata pepatah Inggeris.
Walaupun kita tak ada barang- barang tu semua, tapi sekurang- kurangnya bila nampak sesuatu tu, kita tau.

(",)