Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 5, 2014

Car Boot Sale, Pantai Hiburan, Rompin (edisi kecewa)

Minggu lepas berkesempatan balik rumah mak mertua kat Rompin. So weekend tu berjimba la sekejap dengan cousin. Konon nak pi car boot sale. Tapi petang tu hujan lebat tak berhenti. Dalam pukul 6.30 petang baru dapat keluar. Dah sampai Pantai Hiburan, kecewa lah pulak. Sebab hujan tu, ramai orang tak berniaga.

Kalau ikut mak sedara cakap, ada dalam 40 peniaga sepatutnya. Tapi hari aku pergi tu, belasan peniaga je yang ada. Tak pelah, next time kita try pi semula. Aku memang tak de beli apa- apa. Mak sedara beli butang baju melayu, cousin beli cake. Then kitaorang berselfie... hahah

Kiri tu cousin, Eka.. yang tengah tu aku panggil Mak Anjang/ Kak Watie anak 3 tapi body? nangis kak Ton yang belum ada anak ni


Sekejap sangat dapat sembang dengan mu. Nanti kita cari masa gossiping lagi ya cuzzzy

Yang tengah tu kak Cik.. Tinggi melampai dah sekarang. cantik pulak tu. Dulu masa dia sekolah rendah aku dengan Eka memang kuat buli dia.. hahah


Fefeling Datin E ke kau Kak Ton? Posing mendongak tu.. leher tak jinjang maka kena bagi ilusi panjang sikit

Thursday, December 4, 2014

Melawat Sahabat Di HUSM, Kubang Kerian

Last Monday aku dan 3 orang officemate + 1 driver dihantar ke Kota Bharu baru sebagai wakil pejabat melawat seorang rakan sekerja yang baru selesai menjalani operation di HUSM, Kubang Kerian bagi membuang ketumbuhan di bawah kepala lutut. Lama dah beliau menghidap ketumbuhan tu, dari awal tahun rasanya. Alhamdulillah ketumbuhan berjaya dibuang dan tulang kaki beliau terpaksa diganti dengan besi. Selepas ni beliau akan kena operate lagi untuk tampalan kulit pula. Aku ni memang minah hati mudah gegar, airmata gugur. Sedih tengok kawan jadi macam ni.

Dengarnya ia sejenis kanser juga, kanser tulang. Even operation dah berjaya, still kena chemotheraphy lagi kerana sel juga telah berada kat paru- paru beliau.Aku memang seriau dengar pasal kanser tulang sebab seorang rakan sama umur dengan aku dah pergi meninggalkan aku akibat kanser tulang. Nor Fadzlin Abdul Halim. Terlalu cepat kau pergi. Rasanya start habis SPM baru kitaorang betul- betul rapat. Miss you.





Aku doakan semoga officemate aku, Akhirruddin Bin Ali ni cepat- cepat sembuh. Nasib baik isteri berada disisi menemani. Tabah sungguh Kak Mas menjaga suami. Harapnya jika ALLAH turunkan ujian sebegini.. aku pon mampu tabah seperti Kak Mas.