Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, September 27, 2010

SAYA MINTA MAAF YA!!!

minta maaf bukan semestinya pada hari raya je kan.
saya minta maaf sebab belum sempat update blog ni. sebabnya, sekarang sibuk sikit dengan persediaan membuka blog perniagaan saya. dah masuk 6 bulan saya berniaga, rasanya dah tiba masanya saya nak berniaga secara online pulak. hope kawan-kawan akan terus menyokong saya. perniagaan online saya akan dimulakan pada 01 October 2010, tapi bermula esok saya akan mula upload serba sedikit gambar bagi memudahkan anda nak buat pilihan...hehehe.

antara barang yang ada ialah barang kosmetik, penjagaan wajah, wangian, pakaian kanak-kanak, pakaian dewasa (new and pre-loved), barang-barang lain seperti bag, selendang, dan macam-macam lagi lah.
setiap bulan juga saya akan adakan cabutan bertuah untuk followers. so, sebagai permulaan, saya ada 5 hadiah untuk anda. hadiah tersebut adalah untuk 4 pembeli pertama dan seorang followers bertuah.
so, tunggu apa lagi!
jadilah follower saya di

ENJOY YOUR ONLINE SHOPPING !!!

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI

salam aidilfitri. dikesempatan ini, saya memohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki seandainya pernah berbuat kesalahan kepada anda semua(chewah, macam artis lah pulak) maafkan di atas keterlanjuran kata, kesilapan berbicara, segala perbuatan yang menyakitkan hati.
harapnya, tiada lagi benci di hari yang mulia ini.


PEACE NO WAR!!!
(",)

Thursday, September 9, 2010

QUICK-UPDATE YOU ALL!!!


sorry for my extra gediks sanggup mengupdate blog malam malam buta begini sewaktu husband tengah sibuk nak bersahur sebelum tidur.

well, sebenarnya saya sangat teruja dengan perkembangan bunga bakawali ini tonight. tiba-tiba malam ni bunga dia kembang. sebelum ni (dah berkurun pokok ni ada kat rumah) tak pernah pun kembang. kebiasaannya bila tengah berkuntum je terus layu. really excited coz tonight bunga ni kembang dengan cantik sekali. bukan satu tapi dua kuntum.


bunga bakawali ni memang cantik dan harum wangi sekali. sekali pandang macam bunga plastik coz tekstur dia agak keras n tebal. saya macam terpukau je tengok bunag ni sampai terasa macam nak tidur sebelah pasu bunga pulak malam ni.


ni last picture, kata my father in law....muka awak lagi kembang dari bunga tu..hehehe..sabar je lah.
ok. that's all. good night you all


by the way, betul ke ada orang kata bunga bakawali ni bawa rezeki?

Wednesday, September 8, 2010

RAYA DAH DEKAT OI!!!

i've prepare nothing except my baju raya for this coming raya.
ayat macam agak sedih kan. tapi memang betul, selain baju raya, x ada perkara lain yang saya sediakan untuk hari raya ni. this is my first year beraya dengan family in law. tapi diaorang tak beraya sakan macam yang selalu saya lalui di Johor. disebabkan pulau tioman ni kawasan pelancongan, hari raya pertama pun orang still kerja.

my FIL n my MIL kerja pada hari raya pertama dan seterusnya. saya nak bersalam n bertangisan dengan siapa nanti?
suamiku yang tercinta juga kerja pada hari raya pertama hingga keenam.

jadi, pada hari raya nanti hanya saya dan adik ipar (boboy) yang akan ada kat rumah. nampak gayanya kami berdua akan duduk depan TV sambil menghabiskan kuih raya dan kerepek-kerepek yang ada sambil menonton rancangan yang ada kaitan dengan raya.

hari ni dan hari-hari sebelum saya masih di kedai seperti biasa. esok baru saya akan tutup kedai, sebab nak kemas rumah. tapi tak de lah beria nak kemas sampai tukar langsir bagai. mungkin cuma mop lantai, cuci tingkap, bersihkan laman rumah. hari raya nanti kebiasaannya tak ada orang beraya di rumah kami. sebab kalau ikut cerita dari diaorang ni, keluarga kami, makcik yah n pak su akan beraya bersama di rumah tok. so, saya cuma perlu bawa kuih-kuih raya n duit raya ke rumah tok. hari raya pertama, tak ada orang beraya di kawasan kampung kami. semua akan ke kampung tekek untuk beraya. masuk raya kedua pula baru orang datang beraya ke tempat kami. kalau ikut rancangan tahun ni kami akan menyajikan mee rebus jawa kepada tetamu.

tapi, memang lain macam lah raya kat sini. sepanjang bulan Ramadhan ni, tak nampak satu rumah pun pasang lampu pelita. yang buatkan saya rasa raya dah dekat cuma bunyi-bunyi mercun je. saya pun tak ada terbau orang bakar kuih raya. so, untuk membuatkan saya rasa dekat dengan raya, malam tadi saya pun buat kuih raya...heheh...buat cornflakes madu je. kuih raya yang paling senang. itupun mak mertua kata, tak payah lah buat banyak-banyak sebab takut tak terhabis.

after berbuka semalam, saya pun memulakan operasi buat cornflakes madu. mula-mula buat sorang je. lepas boboy balik dari surau dia pun mula tolong isi cornflakes ke dalam cup (dan ke dalam mulutnya juga).

ni rupa cornflakes yang dah di gaul dalam kuali dengan bahan-bahan lain.



ni pula, saya bersama cornflakes madu dan baju kelawar



lepas siap susun atas tudung periuk (rumah saya x da banyak loyang, so guna jelah tudung periuk ni) masukkan ke dalam oven sekejap untuk dibakar.

gambar after siap tak sempat pulak nak snap coz ramai pula orang datang rumah bersembang( tukang rasa masakan saya, aideen dan aqeef yang datang)  hehehhee...sebenarnya, cornflakes madu ni di buat pun sebab boboy yang mengidam nak sangat makan. sebagai kakak ipar yang baik dan bertanggungjawab*chewah* saya pun menunaikan hasratnya.

ok. cukuplah cerita pasal kuih ni. just an additional for my preparation for hari raya ni, i 've got a new parfume from my father in law. disebabkan rezeki dia yang murah bulan lepas so dia belanja semua anak-anak termasuk saya. mula-mula dia nak belikan saya baju. tapi sebab takut saya tak berkenan dan tak nak pakai he ask me for other things. disebabkan minyak wangi saya (estee lauder sensuous) dah hampir kekeringan saya pun minta lah dia belikan a new parfume for me...chewah..bagai orang ngantuk di sorongkan bantal kan. minyak wangi nak abis..ada pulak orang baik hati nak belanja. so, budget untuk minyak wangi tu boleh lah saya top up untuk beli a new wallet.


inilah minyak wangi baru saya, CKin2U

uiks..mesti ada yang peik kenapa saya tukar minyak wangi. sebenarnya saya sangat suka bau estee lauder sensuous saya yang dah habis tu. * ni picture masa saya baru beli.



baunya memang best!!! tapi my cousin pun dah beli macam ni, my MIL pun dah beli lotion sensuous ni. so, takkanlah kami satu family nak pakai parfume yang sama kan? sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan kecelaruan emosi, saya pun bertukar ke bau yang lain. tetiba rasa menyesal pulak. patutnya bila ada orang nak belanja saya mintak lah yang agak mahal kan macam miss dior cherrie ke, gucci flora ke ataupun annick goutal (ish, mana ada kat kuantan jenama annick goutal ni). btw, tak kisah lah yang penting a thousand thanks for you abah for belanja me.

ooppss. one more thing yang saya top up untuk raya ni adalah
.
.
.
.
.
.
..
.
.

..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe
.
.
.


my SK II cleanser.

(",)

"SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA NAZRATUL AZRA"

anda pula bagaimana? apa persiapan raya yang dah dibuat?


 


Friday, September 3, 2010

ALHAMDULILLAH

Mula-mula saya terkejut.
kenapa diaorg buat pemeriksaan fizikal bulan puasa ni.
bukan ke nanti ada kena lari-lari dan berkawad.
tapi dalam hati tengah riang gembira sebab terpilih.

eh..eh..
apa ni. maaf lah x story dari awal.sebenarnya beberapa bulan yang lepas saya ada menduduki peperiksaan yang SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam) buat di cherating untuk jawatan penguasa imigresen dan pegawai pembangunan masyarakat.
alhamdulillah, saya lulus dan terpilih untuk menjalani pemeriksaan fizikal. so, 25 ogos hari tu, saya ke jabatan imigresen, kuantan untuk tujuan itu. ada 30 orang candidate semuanya. hanya 6 orang yang lulus dan layak menduduki psychological test * sayalah antara 6 orang yang bernasib baik tu...hehe..

just nak share dengan kawan-kawan bahawa diaorang memang agak strict. masa pemeriksaan mata, kalau salah lebih dua kali out! masa timbang badan, kalau kurang 500gram pun out! masa ukur tinggi, kalau kurang 1cm pun out! tapi saya bernasib baik semuanya saya lulus. cuma BMI saya agak mengerikan. maximum is 26 and mine is 25....hampir-hampir obesiti gitu!!!

lepas je pemeriksa kata
' awak tunggu kat luar ya, pukul 12 nanti kita akan teruskan dengan ujian psikologi'
wah!!! itu menandakan saya lulus. hati berbunga riang waktu tu. saya pun keluar dari bilik pemeriksaan dengan muka tenang je. tak de pun orang tanya saya lulus atau x*maklumlah, bukan kenal pon...x kan diaorg nak tanya....hehhehe
5 minit lepas diaorang tengok saya duduk rileks je, seorang gadis punn tanya...'awak lulus ke?
saya pun dengan malu-malu+bangga sikit menjawab..'a'ah, lulus'
hheheh..mengada kan saya.

habis je dengan test psikologi tu saya pun call hubby. oopppss...i thought he is going to service our car..rupanya dia tidur dalam kereta sementara tunggu saya kat dalam tadi. after bagitau yang saya lulus, segar terus dia dan kami pun mula berangan macam-macam. berangan nak beli rumah, berangan nak tukar kereta, berangan nak....byk la yang kami angankan. (",)

tapi sebelum berangan banyak lagi saya perlu lakukan sesuatu ke atas diri saya. saya perlu menurunkan berat badan saya sedikit. kata pegawai pemeriksa tadi, badan saya dah o.k...cuma berat perlu diturunkan 2,3 kilo sebelum temuduga. hmm... apa lagi yang patut saya buat untuk kurus sikit. makan dah kawal*sejak minum RX-Lite dah x berapa mengada nak makan itu ini... ,hari-hari saya trekking masa nak pergi kerja..percaya x? setiap hari untuk ke kedai saya, saya perlu trekking di anak bukit yang bernama bukit Mensoh. nak bagitau jarak x tau lah. tapi anggaran perjalanan dalam 10 minit la.


ni gambar pagi tadi. sambil berjalan kat bukit sambil bergambar...hehe..mengada kan!!! mula-mula naik bukit boleh senyum n relax je.



bila dah separuh jalan, mula hidung kembang kempis bernafas macam orang semput. bukan apa, bahaya tau jalan kat sini sorang-sorang sebab kadang-kadang ada banyak monyet yang jahat.



inilah sebahagian laluan. kawasan ni banyak batu yang besar-besar. so, kalau after hujan takut sikit nak jalan sini sebab kadang-kadang si tedung....eeeee...ya ALLAH jauhkan lah aku dari terserempak dengan haiwan tu. dahlah aku ni penakut.



selepas merentasi anak bukit tadi, sampailah saya ke kawasan taman laut. kat sinilah tiap-tiap pagi saya tunggu husband ambil saya. dia masuk kerja pukul 8.00 pagi, saya pula buka kedai jam 10.00 pagi...hehe..sesuka hati kan nak buka kedai pukul berapa. tapi kalau time rajin 9.30 dah buka kedai.

berbalik kepada cerita nak kurus tadi. alhamdulillah, bulan ramadhan tahun ni taklah mengada sangat nak makan macam-macam. makan ikut keperluan bukan nya nafsu. tapi masa keluar dari pulau last week......
ehem...ehem...



berbuka kat secret recipe bagai. makan bukan 1 order, tapi 2, 3 jenis makanan...sekali tu je lah. masa kat kampuung (simpang renggam) pulak, encik suami sesuka hati mengorder makanan masakan emak saya. nasi jagung, paceri nenas, ayam masak merah, nasi lemak, macam-macam lagilah. emak pulak, layankan je menentu dia yang mengada-ngada tu. hehe...saya pun ape kurangnya, bubur jagung, laksa penang....hehe.

terlanjur dah balik simpang renggam, suami tak lepaskanlah peluang bershopping sakan kat pasar ramadhan. tiap-tiap hari dia wajib beli murtabak rahim, roti john, kerang goreng kicap dan air tebu...manakala menu ayam percik dan ayam golek selang sehari mesti ada. aku pulak, sibuk cari air katira...tapi agak hampa sebab tak de yang sedap sangat.

*kenapalah Malaysia ni ada banyak sangat makanan yang sedap?*

okey, enough about makan. saya berharap kawan-kawan doakan saya terpilih ya untuk dipanggil temuduga nanti. mungkin awal bulan oktober kot. harap-harap lepas temuduga nanti saya diterima bekerja.

~ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum temuduga. sangat berharap dapat turunkan berat badan~

(",)