Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, June 28, 2011

s e m b e y y

Sembeyy je.....
(maksudnya, macam buat muka poyo or sesuatu yang berkaitan)

Ko dah kenapa pagi- pagi nak buat muka macam tu?

Sebenarnya nak keluar dari pulau, dah siap- siap nak ke jetty,
rupa- rupanya ferry dah lepas lorr....

Y_Y
tu yang muka sembeyyy je pagi-pagi.
Balik rumah semula, buka laptop, nah................. tulis kat blog.

Dah la bangun pukul 6 pagi konon- konon nak siap awal.
Sebab mati- mati ingatkan schedule ferry sama je macam semalam jam 7.30.
Rupanya hari ni pukul 7 pagi.
Hmmmm...

Sekarang ni tengah tunggu husband beli breakfast.
Ferry seterusnya kalau ikut schedule jam 9.30 pagi.
Tapi rasanya, jam 8.45 ni saya dah kena pergi jetty semula.
Mana tau tetiba je ferry tukar jadual semula.

Btw, bye semua.....
Saya nak ke Kuantan ni, teman suami saya menjalani latihan dan ujian menembak.
Selepas tu, hari Jumaat nanti terus balik Kluang, nak attend majlis kahwin kawan saya.
Then, akan diteruskan dengan short vacation with Farhana.
Tempat nak dilawati tak siap decide lagi, maybe KL or Melaka or.... tak tahu lagi lah.

Insyaallah,
kalau ada kesempatan saya akan update about hotel tempat saya menginap.

Till then,

mmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!!!!!

Monday, June 20, 2011

h a p p y . b i r t h d a y . k i m i

Korang rasa menyampah tak?
3 update berturut- turut tentang birthday.
Sorry, tak dapat dielakkan. 
hehhehheh.....

Hari ni 

20 June 2011

Happy Birthday yang ke 3 tahun to my youngest brother

Muhammad Farish Hakimi

Angah luv u... mmmuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaahhhhhhhhh....


Saya call adik saya petang tadi, nak wish birthday dia....
Ini perbualan kami;

saya: Hello Mi, happy birthday....
Kimi: (dia cakap dalam keadaan pelat ya tapi saya tukar ke bahasa yang mudah difahami)
        hmmmmm........
saya: Mi, angah cakap happy birthday! Ayah dah belikan kek belum?
Kimi; Bukan la....hari birthday Mi semalam la....
saya: Kenapa pulak, birthday Mi kan hari ni....20 hari bulan...
Kimi: Bukan la.... semalam abang daus dah belikan Mi kek...semalam hari jadi Mi, bukan hari ni...

Saya pun mintak dia pass phone kat mak, mak kata...memang adik saya, Firdaus ajak celebrate semalam, sebab semalam kan hari Ahad, diaorang cuti...so, bolehlah sambut semalam. kalau nak buat hari ni, tak ada orang kat rumah. 

Tapi si Kimi ni mak saya dah bagitau, dia tak faham- faham.
dia tetap kata birthday dia adalah semalam.
Terima ajelah.
Baru 3 tahun kan.
Nasib baik tadi saya call dia tak mintak hadiah...
hehhehe....
Dia memahami kot yang kakaknya ni penganggur.

Kat bawah ni ada sikit gambar buah hati saya, Farish Hakimi.








I LOVE YOU KIMI!!!!!

Saturday, June 18, 2011

h a p p y . b i r t h d a y . e z a l

Ambik ko.. dua entry tentang hari jadi hari ni ya.

Happy birthday to my brother in law

Mohd. Hizal bin Hamzah

May ALLAH bless u.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Success dalam kerjaya.

Bila umur bertambah maknanya kematangan fikiran dan tingkahlaku juga haruslah bertambah ya.

Akak hantar kek kat sini je la ye.


Ni pulak picture my brother in law.

Bujang lagi, tapi dah berpunya...hehhehe





h a p p y . b i r t h d a y . a i d e e n , a j m a l , m a & m a k c u

Happy Belated Birthday to all of them

1. Mohd. Aideen Ajwad bin Azizan
2. Mohd. Ajmal Nauffal bin Azizan
3. Puan Zainoon binti Hamad
4. Puan Fatimah binti Pardi

May ALLAH bless all of u.

Ni ada sedikit gambar masa sambutan hari ulangtahun kelahiran kamu semua. 
I love all of u.
mmmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuaaahhhhhhhh












Majlis buat kecil- kecilan je. Lokasinya di ofis paksu, Tioman House Bungalow.
Makanan banyak yang sedap- sedap. Laksa Lemak, bihun goreng, nasi goreng, tioman salad, kuih muih, puding...huhu.. yang paling best ada BBQ sotong, ikan chicken wings n sosej.

Lepas ni celebrate birthday siapa pulak ya.... hmmmm.

h o t e l . t a k . b e s t

Hai semua.
Maaflah sudah tersangat lama tak update blog ni kan. Lepas habis interview haritu, terus tak sempat nak update.  Too much things to do. Sorry kalau ada yang tertunggu-tunggu ****kalau ada lah.. heheh.
Entry ni, Azra nak story tentang hotel yang tak best. 
Ala- ala macam hotel review la kan.

Hotel ni namanya Shahzan Inn.
Location kat Kuantan.
Memang dulu agak popular la hotel ni, tapi sekarang.....hmmmmm
As for me yang penjimat***perkataan 'penjimat ni boleh guna ke? saya rasa tak berbaloi duduk kat hotel ni.
Harga bilik yang saya bayar adalah RM140. Jadi dengan harga tu, saya beranggapan pastinya hotel ni lagi baik dari hotel-hotel lain di Kuantan yang biasa kami duduk yang harganya antara RM90-130.

Masa nak check-in, husband da tanya kat kaunter sama ada dalam bilik ada chanel Astro sports x. ESPN kot yang husband tanya tu. Kata reception tu ada. So, kami pun check-in la. Sebab malam tu husband berhasrat nak tgk Liverpool main jam 2 pagi. 

Masuk je bilik, saya pun cakap kat husband..uikss.. keciknya bilik Shahzan ni. TV pun macam TV lama. Tak ada remote pulak tu. Husband kata, tak apa, asalkan dpt tgk bola ok dah. 

Tapi alangkah kecewanya kami bila buka TV siaran terganggu je. Astro yang dapat cuma 1 chanel, HBO kot. Itupun kejap ok kejap kabur. Chanel Astro yang lain memang tak nampak gambarnya, just dengar suara sikit-sikit je.

So, kami pun call reception suruh hantar orang tolong setting TV ni. After menunggu about 15 minit baru ada orang datang. Habis budak tu godeh-godeh tetap tak betul. So, diaorang suruh kami tukar bilik lain.

Pindahlah kami ni ke bilik lain sebab niat utama nak tengok bola. 
Buka TV, elok sikit lah dari yang tadi. Tapi alangkah sakitnya hati, bukan ESPN yang ada utk siaran sukan, tapi siaran yang satu lagi.. ape ek namanya? Astro Super Sport ke? ntahlah.. aku tak tengok sangat pun  rancangan sukan-sukan ni. hehhehe... dengan kecewanya husband pun cakap, ingatkan duduk hotel mahal sikit, dapat tengok TV dengan lebih selesa... tapi... hmmmmmmmm kecewa. Tak dapatlah dia nak tengok bola malam tu. Nak ke kedai mamak malam- malam buta memang malaslah kan.

Ni ada sedikit gambar untuk kamu buat penilaian dan perbandingan untuk bilik berharga RM140 di bandar Kuantan, bukan London ya. For me, it's better to stay at Megaview Hotel, Cityview Hotel, Classic Hotel or Season View Hotel yang mana lebih murah dan berbaloi.




Katil, tilam, selimut yang biasa- biasa je. Bantal tu lembik sangat kot untuk saya.


TV yang tak canggih langsung.





Tandas buruk ya!!!! agak kotor kat mozek. Housekeeping pun tak boleh nak bersihkan kot, sebab macam dah buruk sangat. Kena renovate.


Sinki pun...hmmmmmmmmmmmm T_T


Ni je yang macam teruja sikit, Keychain tajaan Chilli's. hehehhe..


Then, pagi esoknya kami pun pergi breakfast. Choice of foods pun tak banyak. So, saya just makan 
porridge dan minum fresh orange. Porridge is my all time favourite kalau breakfast kat hotel.
Makanan lain yang ada, mee goreng, nasi lemak then ada roti, and buah.




So, overall saya rasa kamu yang tak pernah tidur hotel Shahzan Inn ni tak payahlah pasang niat nak stay sini if kamu jalan- jalan di Kuantan kecuali kamu dapat bilik free or ada orang belanja kamu tidur sini.