Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, November 14, 2011

h o t e l . t a k . b e s t II

Hai, berjumpa lagi kita dalam siri 'hotel tak best'

Kali ni mangsanya adalah hotel Radius International, Kuala Lumpur (area Bukit Bintang).

Actually sepatutnya hotel ni masuk dalam kategori 'hotel best' bagi yang selalu nak menginap ala-ala budget sikit. Tapi it turns tak best after my last stayed on June with dearest friend, Hana.
Both of us dulu memang dah selalu stay kat hotel ni.
As for me, dah 2 tahun lebih kot tak pernah check in kat sini.

Sekarang ni harga bilik dah naik melambung- lambung. Lepas tu, harga yang di bayar dah asing dengan breakfast. Means, u kena add untuk breakfast.

Kalau dulu, saya bayar harga RM135 dah include breakfast for 2 pax dan bilik boleh tahan best siap ada tingkap lagi. Biasanya kalau menginap mana- mana pun saya prefer bilik yang ada tingkap sebab bilik yang tak ada tingkap rasa macam dalam gua pulak.

Sekarang ni, bilik yang tak ada tingkap harganya if tak silap adalah RM185. So, kami sama- sama setuju nak bilik ada tingkap. Bayarlah RM210 without breakfast. Kalau nak breakfast kena bayar RM 16 plus plus kot untuk seorang.

After check in, kitaorang pergi ke lif laju- laju sebab tak sabar dah nak baring. Tapi penyudahnya, upset dengan apa yang kami dapat. Bilik kecik gila (pada saya memang tak padan dengan harga, sebab saya memang berkira sikit bab bayar bilik hotel ni) then, mosaics dinding macam corak dalam bilik air je. Bilik tu pula lokasinya macam kat penjuru apa agaknya. Bentuknya jadi macam menyerong dan sempit.

Lepas tu, try call reception tanya kot ada bilik lain yang bentuknya macam biasa (macam bilik biasa la, 4 segi bukan 3 segi). Diaorang kata, tak ada. Untuk deluxe room, itulah yang terakhir... uuuuuuuuuuuuuggghhh. Rasa menyesal pulak. Korang nak tengok biliknya? nah tengok.






 Gambar pun sikit, sebab hilang mood. Betulkan saya kata corak dinding tu macam bilik air? Gambar- gambar lain bilik ni dah tak ada la, sorry sebab saya banyak snap guna bb pastu tak transfer ke laptop.

Walaupun bilik dah tak best, yang best pasal hotel ni adalah berada di Jalan Changkat Bukit Bintang. So, senang la nak jalan- jalan. Lepas tu Hotel ni antara hotel yang ada parking facilities pastu harga bilik yang murah la nak banding hotel area sini macam Grand Millenium semua tu. Memang tak mampu la nak bayar bilik diaorang kan. Kalau kami tak naik kereta, memang sah- sah la kami just menginap kat Cardogan Hotel. Harga RM110 je. Insyaallah lepas ni kalau nak tidur kat Bukit Bintang, memang tak tidur la kat Radius International lagi.

4 comments:

DaZzlingLilLy said...

kalo tambah skit lg dah blh stay concorde rasanya..rugi kan kalo bayar mahal tapi tak puas hati..

Nazratul Azra said...

memang kak. After this mmg x kot nak stay sana. next week nak g Kl lagi pon x decide lagi nak stay mana. Tapi mmg saya suka stay area BB coz senang nak jln sana. jalan kaki je..

DaZzlingLilLy said...

Next week cuti skolah harga mesti melambung..baik booking awal..

Nazratul Azra said...

tp x decide lagi nak pi sana bawa keta tak. kalau x bawa keta, mmg kami x kisah tidur mana2.. kalau bawak keta ni mesti nak cari hotel yg parkingnya mmg confirm selamat.