Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, November 14, 2011

t a k . b o l e h . f i k i r

Our 3rd wedding anniversary is around the corner. 
Minggu depan. 
Next week.
It's on 22nd of November.
(sebelum tu 20 November birthday saya.. yeayyy.. i'm getting older..pffff)

Tahun ni our planning is celebrate it at KL.
Akulah yang kena plan semuanya!!!!

Tapi sampai sekarang tak dapat fikir nak sambut kat mana. Nak makan apa. nak beli hadiah apa. kenapa susah sangat ya. Husband saya memang tak akan lah nak ajak dia pergi makan- makan kat hotel ke, fine dining lah. Memang tak! sebab dia kata malu. Dia kan selalu jalan- jalan pakai seluar pendek je.  ( Boleh je nak pakai seluar panjang, tapi kena paksa- paksa la). Lepas tu, dia kata kalau kat tempat fine dining ni, malu kalau sudu terjatuh or sebagainya. Then, alasan yang paling saya tak boleh terima adalah saya ni ketawa and cakap selalu volume maksimum. Nanti memalukan diri sendiri pulak..pfffffffff.

Cadangan tempat makan yang mungkin akan beliau terima adalah, Thai Restaurant ataupun Western. Oh, sebelum tu lupa nak bagitau, venue nak makan mungkin kat Pavilion lah kot. Sebab kitaorang akan stay kat kawasan sana. Lagipun senang nak gift hunting (oh, gift pun tak dapat difikirkan lagi). Kalau ikutkan dia, makan steak kat TGIF atau Tony Roma's pun dah ok. Saya pun tak kisah jugak. Korang rasa? sesuai ke nak sambut anniversary? ya lah kitaorang pun just nak makan- makan je pon. Bukan ada nak bagi- bagi bunga bagai (laki aku x romantik la... bagi bunga pun sekali je masa bercinta dulu).
Selain tu, ingat nak makan Thai Food kat Celadon Royal Thai Cuisine. Tapi restaurant tu dah tergolong categori fine dining. Urrgghhhh... payah jugak nak memikir tempat makan. Susah- susah makan kat Food Republic tu je nanti.

Then, lepas makan- makan tu nak buat apa ye? Kalau celebrate kat KLCC boleh gak tengok air pancut tu kan. Tapi kat Pavi nak buat apa lepas tu? tengok wayang ke? Karaoke ke? Ishhh.. tak reti lah. Sebab tak pernah sambut anniversary sebenarnya. Dah dua tahun berlalu, kitaorang just wish each other je. Pastu makan kat rumah. Saya yang masak :| 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
so,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
 korang boleh tolong suggest kan tak nak makan kat mana dalam Pavilion tu? Makanan Jepun ke, Taiwan- taiwan, memang tak ler... husband saya tak makan semua tu. 


Seterusnya, bab hadiah pula. Tak tau apa yang sesuai nak bagi kat dia. Untuk saya, mesti senang dia nak pilih sebab ada je wishlist saya setiap hari yang saya sebut kat dia, hahahhahaha.....
Hadiah tak la yang mahal- mahal kan. Saya tak bekerja, so tak termampu nak beli Gucci, LV bagai ke dia. Ingat nak beli T-shirt je or set pencuci muka. Tapi macam common sangat kan? Habis tu nak beli apa agaknya ya?

Wallet? memang wallet dia macam dah veteran sikit. Sebab wallet tu hantaran tunang tahun 2008. Tapi aritu dah survey kat tempat- tempat yang saya mampu beli time sale, tapi design tak berapa lawa. Tempat yang tak mampu beli, memang gila lawa- lawa. hampeh je kan.

Selain tu, apa agaknya barang best nak bagi kat dia. Bagi kasih sayang je boleh tak? hahahahahahha
Post a Comment