(maafkan saya menggunakan kata ganti diri 'AKU' untuk entri ini)
aku tak sehebat kau. aku tau, kau memang hebat. tapi ape kena mengena dengan aku. aku mengaku memang aku bukanlah pandai sangat dalam bab masak memasak ni. tapi ape kena mengena dengan kau. ada ke aku paksa atau suruh kau makan hasil masakan aku. lagipun rumah kau bukan lah dekat dengan rumah aku. aku pun tak tau rumah kau kat mana.
sekarang ni, itu facebook aku. suka hati akulah nak letak album apa. bukan aku curi gambar dari facebook kau. album aku yang bertajuk food n dine tu, apa kena mengena dengan kau. kenapa kau nak kritik-kritik masakan aku. aku buat album tu bukan nak minta orang puji aku pandai masak ke apa. sekadar suka-suka dan menunjukkan keobsesan aku terhadap makanan. makanan itu indah.
kenapa kau mesti nak kata( ayat ni saya ambil dari my inbox di dlm yahoo mail)
"ala, masakan ko tu semua yg simple2 je. itu pun nak letak dalam fb ke. setakat masak mee tomyam atau spaghetti....cuma campak2 je dalam kuali...adik aku darjah 2 pun boleh...kalau nak berlagak sgt tunjuk diri pandai masak, letak la masakan yg grand sikit. ayam masak merah ke, rendang ke, nasi beriyani ke...boleh ke ko masak?...aku pun pandai masak jugak..tp x mcm ko, siap buat album khas lagi...hehe..silly...kalau kau hebat sgt masak la yg mencabar sikit...setakat masak benda yg mcmtu buat malu je letak dlm fb.........."
*salah satu pic aku dalam facebook bersama mee hong kong yang aku masak*
biarlah aku x hebat masak macam ko. sekurang-kurangnya aku bukan penakut macam ko. tak berani nak bagitau nama sebenar atau diri ko yang sebenarnya. kalau ko memang hebat sangat dalam bab masak memasak ni, jadilah chef or lebih glamour, jadilah celebrity chef. mana tau kot-kot aku minat dengan resipi kau boleh aku tiru. masa tu kalau ko nak marah, marahlah sebab aku ciplak resipi kau. wei, orang siam n thailand tak marah pun aku tiru resipi tomyam diaorang. apa masalah kau sebenarnya.
aku mengaku, memang aku tak hebat dalam bab membuat masakan tradisional. tapi aku tau la cara nak masak nasi beryani bagai tu. cuma aku tak minat nak makan dan memasaknya. lagipun biasanya aku cuma masak untuk diri sendiri. so, oklah setakat masak yang simple. ko fikir la. takkan aku nak masak nasi beryani+ayam masak merah+kari daging+ ntah ape lagi lauk kot untuk makan seorang diri. beb, lu fikirlah sendiri!!! lainlah kalau kau nak datang rumah aku, bukan setakat masak makanan tu, siap sediakan pencuci mulut bagai untuk kau...ko cakap je nak makan apa. akan aku cuba sediakan.
aku tak tau apa masalah sebenar kau dengan aku. bila aku balas email ko, ko tak balas. macam ni lah. aku rasa kot-kot kau bermasalah nak upload gambar masakan ko ke facebook tu. ataupun ko tak tau nak buat album baru dalam facebook. sebab tu kau dengki kat aku. aku tak tau kau ni lelaki ke perempuan, sebab alamat emeil ko buat aku confuse. apepun terima kasihlah sebab ambil berat kat aku. nampak sangat kau memang suka tengok page facebook aku. sebab tu kau siap hantar komen kat aku. tak sangka ada juga orang yang macam kau ni. ingatkan kawan-kawan dan sedara mara aku je yang tengok page aku. ke dulu kita ni kenal antara satu sama lain. maaflah, aku ni kadang-kadang terlupa.
dah takde ape aku nak kata, just berharap semoga satu hari nanti aku akan jadi terror dalam bab masak memasak supaya tak dikritik lagi.
pesanan untuk si anonymous itu; lepas ni kalau kau rasa tak suka atau nak mengkritik aku, tulis je kat ruangan comment bawah pic yang kau tak suka tu. tak payahlah hantar kritikan kau kat email yahoo aku.
peace, no war!!!
4 comments:
ha ha ha
nak gelak besar boleh tak? eton ada secret admirer la... :D
ala lantak p la orang tuh. hidup kalau nak mendengki memang tak ke mana la... pasal masak upload dalam fesbuk pon nak jadi hal ke? hahahaha kelaka kan?
akak sokong eton! bolayan je... ape kate upload banyak lagik. kalau boleh yang megi pon upload gak. jempot2 skali. bagi bakar sket... hahaha
hi im new here,,mmbe ajee,, :D
nk mnyebok sket,,hehe,,
erk,,pleknye,,
hey,,dh knape ngn hamba Allah tu,,org xkaco die nk kaco org lak,,
LOSER,,,men jauh² la klu xsuke jgn tgk,,kn,,kn,,kn,,
hahaha..same je mcm aku..ade jer anonymous yg xpuas hti kt gmbr2 wedding aku..hihihi..mental kot diorg nie..hahahaha
kak g, nini, izah; x tau lah kenapa perlu ada manusia yang berhasad dengki.kalau kita kenal dia tak apela. ni tak kenal pon.kalau berani tunjuklah identiti.
Post a Comment