Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, June 9, 2010

DILEMMA

it was like very hard to think about it *eh..nape mula entri je dah guna bahasa penjajah..hmmm..maaf*
saya dalam dilema la. last 2 week pakcik saya suruh isi borang kerja sementara sebagai penyelia pembanci kawasan Tioman 2010. kerja tu tak lama. cuma 11 minggu sahaja.

yang menjadi masalah untuk saya adalah HOW ABOUT MY SHOP? mana nak cari pekerja untuk bekerja selama 11 minggu je. saya dalam dilema untuk menerima kerja sebagai penyelia tersebut.

encik suami pula kata, 'tak pe sayang..ikut awak la..if awak rasa berbaloi kerja tu, awak buat la' wahai encik suami yang amat saya cintai, memang berbaloi rasanya menerima kerja itu. hal ini kerana saya memerlukan wang tambahan untuk membeli beg tangan baru bagi menyambut hari raya aidilfitri nanti.

walaupun kenyataan saya umpama orang yang tamak dan buat kerja tak ikhlas *cuma nak gaji je* sebenarnya saya memang mahukan kerja ini. ish..tak baik menipu kan. sebenarnya saya rasa amat bersalah jika tak terima kerja ini. sebab pakcik saya yang beria-ia hantar borang saya walaupun tarikh hantar dah tamat. jadi, if saya menolak kerja ni seperti saya ni orang yang tak tahu menghargai jasa baik orang lain...hmmm.

saya betul-betul mahukan pekerja yang jujur untuk menjaga kedai saya. memang ada yang nak bekerja, tapi bila saya kata hanya untuk sementara, terus tak nak. OMG! takkan lah saya kena tutup kedai selama 11 minggu. oh, tidak. GOD help me.


http://www.emocutez.com

No comments: