saya tahu...
memang dah lama saya mendambakan kamu.
sering saya termimpi-mimpi untuk memiliki kamu.
it almost 2 years i've been knowing you.
memang pada saat ini, saya agak memerlukan kamu kerana mereka yang lain telah terlalu lama bersama saya.
tapi kamu...kenapa kamu terlalu ego.
apabila perasaan saya benar-benar memberontak inginkan kamu, kamu jual mahal. langsung tak mahu mengalah. ego kamu tinggi melangit.
siang malam saya terbayangkan dia.
sampai kadang-kadang apabila suami bercakap pun saya tak terlayan kerana asyik memikirkan dia.
cinta sayang saya pada dia memang terlalu agung.
biar datang sepuluh yang lain.
dia tetap menjadi pujaan saya.
dia begitu mengujakan.
setiap kali menatap dia, gelora dijiwa semakin kuat.
adakah ini cinta pandang pertama.
ia, saya mengaku, sejak pertama kali terserampak dengannya terus terdetik di hati kecil saya bahawa suatu hari nanti saya akan memiliki dia. tapi seperti yang saya katakan tadi, sebelum ini kamu terlalu ego. bak kata orang tua, kamu jual mahal sangat.
tapi kini, apabila saya tidak terlalu mendambakan kamu, kamu datang kembali.
mengusik-usik jiwa dan nafsuku.
kenapa kamu begini. kasihanilah diriku ini.
waktu saya sudah tidak mahukan kamu, kamu mula merendah diri. dah tak jual mahal lagi. kamu seperti merayu-rayu agar saya mahukan kamu semula.
aaarrrgggghhhh....
persetankan semua ini.
ini semua dugaan.
namun, jauh di sudut hati ini.....betapa saya jua masih inginkan kamu.
tapi...
maafkan saya kerana kali ini,
aku tak bisa memilihmu
maafkan aku wahai
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MIU MIU
inilah MIU MIU COFFER idaman saya.
harga dia almost 7k.
hehehehe...yg membuatkan saya termimpi-mimpi setiap malam. memang agak payah nak dapat harga yang murah. tapi saya dah terjumpa dalam satu on9 shop...harga cuma RM3500. separuh harga tu. tapi iyalah, it's pre-loved item. tapi saya dah tgk semua picture nya. mmg still in very good condition. ownernya seorang perempuan yang sangat chumel. dia nak jual her MIU MIU pun bukan sebab rosak or tercalar or ternoda oleh apa-apa kotoran. cuma sebab dia already buy a new handbag. YSL muse, and yang paling best yang menyebabkan si pemilik nak jual this bag adalah, she's buying another Coffer but in light brown kot. for me, i memang adore this ivory colour.
memang rasa rugi yang teramat kalau tak beli. siap boleh installment dua kali lagi.
tapi bak kata suami, baik guna duit yang ada untuk tambah modal perniagaan. buat apa beli handbag lagi kalau duit tu boleh mendatangkan faedah yang lagi banyak jika digunakan ke jalan yang betul. nanti bila betul-betul dah banyak duit belilah handbag yang harga RM11 000 tu (dia nak kata Chanel kot tapi tak terlintas difikiran). beli handbag mahal-mahal pun dalam RM1000 dah la. ni sampai 3k baik beli motor.
ada benarnya kata encik suami. buat apa saya nak ikut nafsu sangat dalam membeli.
jadi, duit yang ada, akan saya laburkan dalam bisnes...and i'm still thinking about opening another shop. berniaga memang seronok. lagi-lagi bila encik suami pun memberi sokongan.
wahai si MIU MIU;
maafkan saya kerana masih tidak bisa memiliki kamu. mungkin jodoh kita belum sampai lagi. tapi insyaallah, kalau ada jodoh tak ke mana.
(",)
2 comments:
Hi dear,
U tgk miu miu coffer dlm blog hanis haizi ke. She's selling for rm3k, tp, da ada org grab. Apa pn..hafta agree with u..mmg smart okei! All time fav!
dah pernah tgk dlm blog hanis tu.. before this, azra pernah beli handbag hanis.. Marc Jocobs.. separuh harga je hanis jual.. hehehhe
Post a Comment