Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, November 12, 2011

t r a g e d i . o k t o b e r

Bulan 10 baru ni, macam- macam dugaan menimpa saya. 
Ala- ala tragedi Oktober gitu.

1st, resort pakcik saya terbakar after beberapa hari saya pergi berkelah dengan riang gembiranya kat sana. Even not 100% kawasan yang terlibat tapi kesannya amat mendalam. Saya rasa kawasan yang terlibat about 15%- 20% la. Masa kejadian saya nampak dari jauh macam keseluruhan kawasan dah terbakar. Memang la bimbang sangat coz kedai souvenir saya ada kat sana. Tapi nasib baik masa kejadian tu dalam 6 buah chalet je kot yang terlibat. Then, masa tu tak semua chalet ada penghuni. Kejadian bermula akibat litar pintas kot dari Diving Center kat situ. Insyaallah hujung tahun ni, diaorang akan start dirikan chalet- chalet baru semula. 
(sorry tiada gambar atas sebab- sebab tertentu)

2nd, mak mertua saya masuk hospital. Sepanjang hidup dia selama 50 tahun ni, tak pernah lagi dia kena tahan kat wad. Kejadian adalah about one week after chalet terbakar tadi. Masa tu dalam pukul 4 pagi bapak mertua saya kejutkan kami untuk bawa ma pergi klinik. Ma mengadu semput. Saya pun pelik coz selama ni, tak pernah nampak ma semput pun. Sebab ma macam dah sangat kritikal kami pergi ke klinik naik speed boat. Terus hilang ngantuk saya. Sampai klinik doctor dah check bagai baru saya teringat tadi lupa nak kejutkan Boboy ( adik ipar)...hahahhaha.. macamana boleh tertinggal. Lepas settle check itu ini, doktor kata kena bawa pergi hospital. Dalam pukul 6.30 pagi, kami pun bertolak ke Hospital Mersing menaiki ambulans
 bot klinik. Yang kelakarnya, saya pun dah macam orang sakit jugak sebab mabuk dalam bot. Mak mertua tidur dalam wad selama 5 malam. Saya pulak cuma dapat temankan dia tidur 1 malam sahaja? why? nampak macam menantu yang tak bertanggungjawab ke? jap lagi saya ceritakan sebabnya.

3rd, saya terjatuh. Masa 1st day mak mertua masuk hospital, memang saya berniat akan jaga dia siang malam. Lagipun wad perempuan memang perempuan je kan yang boleh jaga. Suami mana ada adik- beradik perempuan. So, tanggungjawab tu jatuh kat saya lah kan. Tapi entah mana silapnya, petang tu masa saya ke office cousin saya terjatuh. Jatuh yang tiba- tiba waktu tengah berdiri tak bergerak pun. Orang kata lemah lutut. Entah, saya pun x tau. Maybe effect dari accident motosikal masa form 5 tu kot. Lepas jatuh tu, memang nampak bengkak jugak lutut tu, tapi buat- buat hero la kata tak sakit. sapu- sapu minyak pastu after maghrib pergi hospital jaga ma. Masa hampir tengah malam, rasa sakit sangat. Then start la nangis2 sebab rasa kaki dah tak boleh gerak. Husband pun kebetulan datang hospital masa tu sebab nak hantar barang saya. So, apalagi terus kami ke wad kecemasan. Doktor check and x-ray bagai. Alhamdulillah tak ada yang retak or apa. Cuma doctor kata, kepala lutut saya macam dah teralih ke atas sikit. Dia suruh pakai bandage 24 hours utk betulkan kedudukan tu. So, malam tu tak dapatlah saya jaga mak mertua saya. Nasib ada sepupu, Juli yang temankan. Malam esok dan lusanya, Fatin pula yang tolong jaga. Malam keempat barulah saya dapat temankan ma kat hospital.

Huh, panjang cerita duka saya kan. Tapi dalam pada cerita sedih. Ada satu berita sangat gembira dah terjadi. My friend pregnant. So? apa yang gembira sangat? 
Gembira sangat coz dia dah kahwin about 14 years kot. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha mereka ALLAH dah kabulkan doa mereka untuk memperoleh zuriat. This week adalah minggu ke 10 kot. Saya doakan semuanya berjalan lancar untuk beliau. Amin.

Ok,
Got to go!!!
Bye

*sorry entri ni bosan sebab tak de gambar

2 comments:

DaZzlingLilLy said...

Banyak nye dugaan azra,takpe sabar je..ada hikmah di sebalik semua tu..take care azra

Nazratul Azra said...

Thanks kak Lily,
hope bulan 11 ni bulan yg baik utk azra.