Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 5, 2014

Car Boot Sale, Pantai Hiburan, Rompin (edisi kecewa)

Minggu lepas berkesempatan balik rumah mak mertua kat Rompin. So weekend tu berjimba la sekejap dengan cousin. Konon nak pi car boot sale. Tapi petang tu hujan lebat tak berhenti. Dalam pukul 6.30 petang baru dapat keluar. Dah sampai Pantai Hiburan, kecewa lah pulak. Sebab hujan tu, ramai orang tak berniaga.

Kalau ikut mak sedara cakap, ada dalam 40 peniaga sepatutnya. Tapi hari aku pergi tu, belasan peniaga je yang ada. Tak pelah, next time kita try pi semula. Aku memang tak de beli apa- apa. Mak sedara beli butang baju melayu, cousin beli cake. Then kitaorang berselfie... hahah

Kiri tu cousin, Eka.. yang tengah tu aku panggil Mak Anjang/ Kak Watie anak 3 tapi body? nangis kak Ton yang belum ada anak ni


Sekejap sangat dapat sembang dengan mu. Nanti kita cari masa gossiping lagi ya cuzzzy

Yang tengah tu kak Cik.. Tinggi melampai dah sekarang. cantik pulak tu. Dulu masa dia sekolah rendah aku dengan Eka memang kuat buli dia.. hahah


Fefeling Datin E ke kau Kak Ton? Posing mendongak tu.. leher tak jinjang maka kena bagi ilusi panjang sikit

Thursday, December 4, 2014

Melawat Sahabat Di HUSM, Kubang Kerian

Last Monday aku dan 3 orang officemate + 1 driver dihantar ke Kota Bharu baru sebagai wakil pejabat melawat seorang rakan sekerja yang baru selesai menjalani operation di HUSM, Kubang Kerian bagi membuang ketumbuhan di bawah kepala lutut. Lama dah beliau menghidap ketumbuhan tu, dari awal tahun rasanya. Alhamdulillah ketumbuhan berjaya dibuang dan tulang kaki beliau terpaksa diganti dengan besi. Selepas ni beliau akan kena operate lagi untuk tampalan kulit pula. Aku ni memang minah hati mudah gegar, airmata gugur. Sedih tengok kawan jadi macam ni.

Dengarnya ia sejenis kanser juga, kanser tulang. Even operation dah berjaya, still kena chemotheraphy lagi kerana sel juga telah berada kat paru- paru beliau.Aku memang seriau dengar pasal kanser tulang sebab seorang rakan sama umur dengan aku dah pergi meninggalkan aku akibat kanser tulang. Nor Fadzlin Abdul Halim. Terlalu cepat kau pergi. Rasanya start habis SPM baru kitaorang betul- betul rapat. Miss you.





Aku doakan semoga officemate aku, Akhirruddin Bin Ali ni cepat- cepat sembuh. Nasib baik isteri berada disisi menemani. Tabah sungguh Kak Mas menjaga suami. Harapnya jika ALLAH turunkan ujian sebegini.. aku pon mampu tabah seperti Kak Mas. 

Thursday, October 9, 2014

Setelah Sekian Lama


Lama sangat dah tak update.
Jangan kata sawang ke semak samun, dah jadi hutan simpan kekal dah blog ni.
Bukan tak de nafsu nak update, tapi banyak halangan campur sakit 'Malas' tu.

Bisnes island hopping masih berjalan macam biasa.

Kerja dengan gomen pon dah sambung untuk another one year.

Bisnes sampingan macam jual Shaklee dan lain-lain produk aku dah malas sebab asyik outstation and kesian kat customer kena tunggu lama baru dapt barang.

Bisnes weekend-kitchen aku, tengoklah musim tengkujuh ni kalau tak de keluar outstation boleh kita sambung semula. Lagipun ramai dah tanya roti jala dan spaghetti Kak Ton ni.

Cuma nya sekarang tengah agak busy menyiapkan gubahan hantaran seorang sahabat. Rumah pon dah bersepah dengan segala macam bunga, manik dan barang lain.

Harap- harap kawan aku puas hati la nanti dengan hasilnya. Maklumlah aku pon bukan pakar dalam bab ni, tapi dah kawan minta tolong, kita usahakan lah mana yang mampu.

Till we meet again. XOXO.

Sent from Samsung Mobile

Tuesday, May 20, 2014

Flight Ke Tioman Is Back


Hai, short update je la ye.
Flight Berjaya Air ke Tioman dah beroperasi semula starts on 30th May nanti.
Seminggu ada 5 hari penerbangan.
Selasa dan Rabu tak ada ya.
Mana-mana yang malas naik bas or bawa kereta, bolehlah booking flight.
Tapi tadi aku check... on9 booking macam dah naik harga.
Tak pe lah, yang ada duit boleh lah teruskan niat naik flight ya.
Rugi duit, but jimat masa dan tenaga.

Bye!

Sent from Samsung Mobile

Friday, May 2, 2014

Island Hopping Trip di Pulau Tioman

Sebenarnya ramai jugak yang minta aku update blog.
Kebanyakannya nak tau tentang percutian di Pulau Tioman ni.

Update:
1- Dari Mac 2014 hingga kini perkhidmatan penerbangan Berjaya Air dihentikan untuk seketika. Jangan tanya aku kenapa. Tapi insyallah dalam masa terdekat akan operasi semula

2- Cuaca setakat ni alhamdulillah. Tak la panas sangat n tak hujan. Angin dan ombak pon ok. Sesuai lah untuk aktiviti riadah di laut.

3- Aku dah tak ambil booking untuk penginapan. So don't call/ email me tanya tentang penginapan. But if aku ada masa nanti, aku akan senaraikan nama dan contact no. chalet untuk kemudahan pembaca.

4- Setakat hari ni, yang menguruskan bisness boat trip adalah suami aku. Kami ada beberapa jenis trip. Trip- trip ni bergantung pada budget korang jugak n jumlah penumpang. Harga jangan risau, boleh kawtim. tapi janganlah main booking then bila sampai sini jumpa trip lain korang cancel macam tu je. Pastu kitaorang call pun tak jawab. Aku berani cakap macam ni sebab dah beberapa kali terkena. Tapi lepas tu korang sendiri akan rasa n alaminya. Harga setiap trip di setiap kampung memang berbeza.

Macam trip kitaorang, harga sama macam di Kg. Tekek dan Kg. Air Batang. Dan tempat- tempat lawatan kita cover yg sama. Tapi if korang duduk di Kg. Salang dan nak trip ke Pulau Tulai. Better booking di Salang je la. sebab Kg Salang dan Tulai dekat, so harga murah sikit. Korang akan nampak harga kami mahal sikit, tapi aku nak highlightkan kat sini, Sunny day trip aku dari jam 9- 3 petang or 10- 4 petang depends pada kehendak penumpang sebenarnya. Then, kita cover sehingga 6 tempat termasuklah ke Pusat Taman Laut dan Kg. Tekek/ Pulau Rengis selain korang pi Tulai tu je. That's why harga kita mahal sikit.

Then, if korang stay di Kg Genting/ Kg. Paya..kg2 ni jauh dari Tulai. If nak ke Tulai ada extra charge la. Kalau nak murah if stay di sana, korang amik trip hingga Pusat Taman Laut je.

Pilihan kat tangan korang. Sebelum booking korang boleh study sikit- sikit tempat korang nak stay, snorkeling spot mana yang korang minat. Google je, beribu gambar yang keluar. Trip dengan kami pon u oll boleh pilih tempat- tempat yang korang minat, then kami akan advice ikut kesesuaian bergantung pada which resort/ village u stay and your budget.

Sebarang booking atau nak tanya apa- apa tentang trip boleh contact my husband
call : sms : whatsapp 
EPEQ / HAZERI 0199155093

Bye
See u in Tioman!!!







Ni ada sikit- sikit pic masa sunset pic langit. Semua pic this year. Alhamdulillah cuaca masih ok so kebanyakan petang sunset pon cantik.

Friday, February 7, 2014

Busy Month

Januari.
Permulaan tahun agak busy la jugak.
Ada event, Tioman Festival/ Tioman Surfing Event.
So, the whole month sibuk berkejar dengan meeting dan benda- benda lain.
Alhamdulillah event berjalan lancar.
Picture belum lagi nak upload banyak- banyak coz ada dalam lappy aku kat rumah tu.
nanti dah balik holiday baru upload kat sini.

Holiday?
Tak la holiday sangat.
Isnin keluar dari pulau.
Pastu Selasa meeting dengan Dato' Pengurus Besar.
Rabu pi JB nak melawat sahabat yang accident last week.
Terus shoot ke JPO cari kan barang tunang adik nanti (if sempat nak dating dgn bff tercinta Hana!!!).
Pastu baru balik kampung... adik lelaki aku nak tunang on 15th Feb.
Aku lah antara yang paling sibuk sebab kena deco hantaran dia.
Adik tunang after Zuhur hari Sabtu tu.
Then aku ada kelas memandu pukul 5 petang.
Ahad balik pulau semula.

Nah aku letak sikit je pic dari phone ya sepanjang Tioman Surfing Event tu.
ahahhaha.. penyeri entry katanya, tak de gambar rasa lain macam je.
Jumpa lagi.

Ni pic malam penutup after Closing Ceremony and Price Giving n jamuan.
Tengah tunggu Reggae Concert.


Tusung pink tu officemate and yang tudung merah kawan aku merangkapa anggota JPAM yang bertugas.

Event every year Redbull sponsor minuman.

Picture masa bertugas

The beach jam 8.00 pagi.

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Lama dah tak share resepi kan.
Semalam, sempena Maulidur Rasul aku ambil kesempatan masak memasak kat rumah.
Lagipun semalam belum ada sambutan kat sini.
Sambutan akan dibuat pada 25 Januari nanti.
Jadi, dari duk tenguk TV sepanjang hari aku pun masak la.
4 jenis lauk masak semalam.
Tapi share 1 je la ya.

Ni resepi yang buat aku menang tempat kedua pertandingan memasak anjuran KPDNKK tahun lepas.

Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Bahan kisar;
-Bawang Merah
-Bawang Putih
-Halia
-Lengkuas
-Cili Kampung
-Cili Thai (kaler merah kilat- kilat tu)
-Lada kering (3 - 4 tangkai je untuk cantikkan colour)
-kunyit
-Belacan
-Asam keping(sekeping dua- jangan tanya kenapa, sebab aku memang buat macam ni)

Bahan lain;
-Udang
-Serai (ketuk)
-Daun Selasih
-Daun Kunyit
-Nenas
-Santan

Cara memasak;
  1. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk.
  2. Tumis sampai naik bau dan agak kering (kalau nak tambah lagi sekeping asam keping pun boleh).
  3. Masukkan udang (aku guna udang harimau), daun selasih, daun kunyit dan nenas.
  4. Masukkan santan cair. Agak mendidih sikit masukkan santan pekat pula.
  5. Masukkan perasa (garam dan gula). Kacau sampai siap.
Senang kan?
Santan tu aku memang suka buat 2. Pekat dan cair. Sebab dari zaman aku mula belajar masak, iaitu zaman melihat nenek dan mak masak, diaorang memang bahagi santan pekat dan cair.
Tapi if rasa susah dan nak jimat masa, guna je santan kotak, sedap juga.








Aku memang suka kuah yang pekat. Ya ALLAH terasa- rasa sedapnya sampai sekarang.
Wah, matilah puji masakan sendiri kan.

Ok lah.
Selamat mencuba ya :)