Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, June 22, 2010

MEMOHON AMPUN DAN MAAF

yup!!!
please forgive me...
walaupun hari raya aidilfitri dijangka pada tanggal 10 september 2010 (iye ke), saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf.
bukan sebab apa..haha.
sebab saya akan ke luar daerah selama lebih kurang tujuh hari.
so kemungkinan besar tiada update dari saya sehingga tugas saya selesai. saya akan balik ke kampung halaman, Simpang Renggam, Johor. so, my lovely lappy tak akan dibawa due to too many stuff we bring (",) jadi saya rasa tak perlulah laptop ini dibawa. lagipun jadual saya sangatlah padat;

23 june 2010~ perjalanan pulang ke kampung dari Tioman menaiki fery Bluewater Express jam 7.30 pagi. after that terus ambil kereta dan pulang ke kampung. oooppppsss..kena singgah bandar kluang dulu untuk membeli hadiah perkahwinan cousin this coming sunday. sampai je kat kampung, petang dalam kul 4 dah ada appointment with biz supplier.

24 june 2010~going to KL. maybe naik bas je kot sebab berkemungkinan hubby penat nak drive. sampai KL after check-in hotel kalau ikut perancangan kami akan bergerak secara solo.huhu...hubby akan ke pavillion searching for his stuff (shirt, parfume, etc.) me, akan ke cheras or other place untuk ambil stok barangan baru. so, mungkin lewat petang baru dapat ber'dating dengan hubby*-* he promise me Tony roma's...

25 june 2010~ mungkin petang akan balik ke kampung semula. tapi sebelum tu if ada kesempatan nak menge'date dengan my friend, mazlisa.

26 june 2010~ siang akan ke rumah cousin, helping her doing a preparation for her solemnization that night. tapi malam tu mungkin dalam dilema, coz nak tengok cousin nikah or hantar my sister ke Renggam. my sister zapin's group akan buat performance depan Sultan Johor. perghhh..untung la dia, kecik-kecik dapat mengadap sultan.

27 june 2010~ busy with kak lia wedding ceremony.

28 june~mungkin akan ke Pontian, Johor melawat nenek.

29 june~ back to Tioman Island. tapi sebelum tu akan ke Rompin dulu. sebab saya ada temujanji di Pejabat Tanah dan Daerah.lepas tu baru balik.

agak padat jadual saya kan. tapi jika saya dapat curi sedikit waktu saya akan update apa-apa yang patut. so, see you next week!!!

*harap-harap percutian ini tidak mengempiskan wang tabunganku...............  (",)

MAAF KU TAK BISA MEMILIH DIRIMU...

saya tahu...
memang dah lama saya mendambakan kamu.
sering saya termimpi-mimpi untuk memiliki kamu.
it almost 2 years i've been knowing you.
memang pada saat ini, saya agak memerlukan kamu kerana mereka yang lain telah terlalu lama bersama saya.
tapi kamu...kenapa kamu terlalu ego.
apabila perasaan saya benar-benar memberontak inginkan kamu, kamu jual mahal. langsung tak mahu mengalah. ego kamu tinggi melangit.

siang malam saya terbayangkan dia.
sampai kadang-kadang apabila suami bercakap pun saya tak terlayan kerana asyik memikirkan dia.
cinta sayang saya pada dia memang terlalu agung.
biar datang sepuluh yang lain.
dia tetap menjadi pujaan saya.
dia begitu mengujakan.
setiap kali menatap dia, gelora dijiwa semakin kuat.
adakah ini cinta pandang pertama.
ia, saya mengaku, sejak pertama kali terserampak dengannya terus terdetik di hati kecil saya bahawa suatu hari nanti saya akan memiliki dia. tapi seperti yang saya katakan tadi, sebelum ini kamu terlalu ego. bak kata orang tua, kamu jual mahal sangat.

tapi kini, apabila saya tidak terlalu mendambakan kamu, kamu datang kembali.
mengusik-usik jiwa dan nafsuku.
kenapa kamu begini. kasihanilah diriku ini.
waktu saya sudah tidak mahukan kamu, kamu mula merendah diri. dah tak jual mahal lagi. kamu seperti merayu-rayu agar saya mahukan kamu semula.
aaarrrgggghhhh....
persetankan semua ini.
ini semua dugaan.
namun, jauh di sudut hati ini.....betapa saya jua masih inginkan kamu.

tapi...
maafkan saya kerana kali ini,
aku tak bisa memilihmu

maafkan aku wahai
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MIU MIU

inilah MIU MIU COFFER idaman saya.

harga dia almost 7k.
hehehehe...yg membuatkan saya termimpi-mimpi setiap malam. memang agak payah nak dapat harga yang murah. tapi saya dah terjumpa dalam satu on9 shop...harga cuma RM3500. separuh harga tu. tapi iyalah, it's pre-loved item. tapi saya dah tgk semua picture nya. mmg still in very good condition. ownernya seorang perempuan yang sangat chumel. dia nak jual her MIU MIU pun bukan sebab rosak or tercalar or ternoda oleh apa-apa kotoran. cuma sebab dia already buy a new handbag. YSL muse, and yang paling best yang menyebabkan si pemilik nak jual this bag adalah, she's buying another Coffer but in light brown kot. for me, i memang adore this ivory colour.
memang rasa rugi yang teramat kalau tak beli. siap boleh installment dua kali lagi.

tapi bak kata suami, baik guna duit yang ada untuk tambah modal perniagaan. buat apa beli handbag lagi kalau duit tu boleh mendatangkan faedah yang lagi banyak jika digunakan ke jalan yang betul. nanti bila betul-betul dah banyak duit belilah handbag yang harga RM11 000 tu (dia nak kata Chanel kot tapi tak terlintas difikiran). beli handbag mahal-mahal pun dalam RM1000 dah la. ni sampai 3k baik beli motor.

ada benarnya kata encik suami. buat apa saya nak ikut nafsu sangat dalam membeli.
jadi, duit yang ada, akan saya laburkan dalam bisnes...and i'm still thinking about opening another shop. berniaga memang seronok. lagi-lagi bila encik suami pun memberi sokongan.

wahai si MIU MIU;
 maafkan saya kerana masih tidak bisa memiliki kamu. mungkin jodoh kita belum sampai lagi. tapi insyaallah, kalau ada jodoh tak ke mana.

(",)

 

Monday, June 21, 2010

AKU TAK SEHEBAT KAU

(maafkan saya menggunakan kata ganti diri 'AKU' untuk entri ini)

aku tak sehebat kau. aku tau, kau memang hebat. tapi ape kena mengena dengan aku. aku mengaku memang aku bukanlah pandai sangat dalam bab masak memasak ni. tapi ape kena mengena dengan kau. ada ke aku paksa atau suruh kau makan hasil masakan aku. lagipun rumah kau bukan lah dekat dengan rumah aku. aku pun tak tau rumah kau kat mana.

sekarang ni, itu facebook aku. suka hati akulah nak letak album apa. bukan aku curi gambar dari facebook kau. album aku yang bertajuk food n dine tu, apa kena mengena dengan kau. kenapa kau nak kritik-kritik masakan aku. aku buat album tu bukan nak minta orang puji aku pandai masak ke apa. sekadar suka-suka dan menunjukkan keobsesan aku terhadap makanan. makanan itu indah.

kenapa kau mesti nak kata( ayat ni saya ambil dari my inbox di dlm yahoo mail)

"ala, masakan ko tu semua yg simple2 je. itu pun nak letak dalam fb ke. setakat masak mee tomyam atau spaghetti....cuma campak2 je dalam kuali...adik aku darjah 2 pun boleh...kalau nak berlagak sgt tunjuk diri pandai masak, letak la masakan yg grand sikit. ayam masak merah ke, rendang ke, nasi beriyani ke...boleh ke ko masak?...aku pun pandai masak jugak..tp x mcm ko, siap buat album khas lagi...hehe..silly...kalau kau hebat sgt masak la yg mencabar sikit...setakat masak benda yg mcmtu buat malu je letak dlm fb.........."

*salah satu pic aku dalam facebook bersama mee hong kong yang aku masak*

biarlah aku x hebat masak macam ko. sekurang-kurangnya aku bukan penakut macam ko. tak berani nak bagitau nama sebenar atau diri ko yang sebenarnya. kalau ko memang hebat sangat dalam bab masak memasak ni, jadilah chef or lebih glamour, jadilah celebrity chef. mana tau kot-kot aku minat dengan resipi kau boleh aku tiru. masa tu kalau ko nak marah, marahlah sebab aku ciplak resipi kau. wei, orang siam n thailand tak marah pun aku tiru resipi tomyam diaorang. apa masalah kau sebenarnya.

aku mengaku, memang aku tak hebat dalam bab membuat masakan tradisional. tapi aku tau la cara nak masak nasi beryani bagai tu. cuma aku tak minat nak makan dan memasaknya. lagipun biasanya aku cuma masak untuk diri sendiri. so, oklah setakat masak yang simple. ko fikir la. takkan aku nak masak nasi beryani+ayam masak merah+kari daging+ ntah ape lagi lauk kot untuk makan seorang diri. beb, lu fikirlah sendiri!!! lainlah kalau kau nak datang rumah aku, bukan setakat masak makanan tu, siap sediakan pencuci mulut bagai untuk kau...ko cakap je nak makan apa. akan aku cuba sediakan.

aku tak tau apa masalah sebenar kau dengan aku. bila aku balas email ko, ko tak balas. macam ni lah. aku rasa kot-kot kau bermasalah nak upload gambar masakan ko ke facebook tu. ataupun ko tak tau nak buat album baru dalam facebook. sebab tu kau dengki kat aku. aku tak tau kau ni lelaki ke perempuan, sebab alamat emeil ko buat aku confuse. apepun terima kasihlah sebab ambil berat kat aku. nampak sangat kau memang suka tengok page facebook aku. sebab tu kau siap hantar komen kat aku. tak sangka ada juga orang yang macam kau ni. ingatkan kawan-kawan dan sedara mara aku je yang tengok page aku. ke dulu kita ni kenal antara satu sama lain. maaflah, aku ni kadang-kadang terlupa.

dah takde ape aku nak kata, just berharap semoga satu hari nanti aku akan jadi terror dalam bab masak memasak supaya tak dikritik lagi.

pesanan untuk si anonymous itu; lepas ni kalau kau rasa tak suka atau nak mengkritik aku, tulis je kat ruangan comment bawah pic yang kau tak suka tu. tak payahlah hantar kritikan kau kat email yahoo aku.

peace, no war!!!






Friday, June 18, 2010

USAHA TANGGA KEJAYAAN

wah tajuk entri tak ingat dunia punya. macam esok nak kena jawab soalan paper business accounting yang saya asyik tak lulus masa di UUM je. by the way, ini bukanlah ada kena mengena dengan menjawab peperiksaan. ini semua adalah tentang berat badan (termasuk juga bentuk badan ye). tiba-tiba pagi tadi ada seorang kawan lama yang menegur saya (masa nak add as friend kat facebook)

"boleh tanya, ni nazratul azra @ eton ke?...dulu kurus je..sekarang dah lain. kalau iya, ingat aku lagi tak? aku ni **** la...igt tak?...kalau bukan eton, sorry lah mengganggu sebab muka awak sama dengan kawan saya masa sekolah kat ***** dulu. cuma badan je yang lain"

WTH...kan saya dah tulis kat facebook profile sy nama sekolah sy dulu. lagi nak tanya ke. mmg kita satu sekolah la. heheh...sedihnya(dan sakit hatinya) dalam hati tuhan je yang tahu. gemuk sangat ke aku ni. sampai kawan sendiri tegur macam tu. rasanya berat masa sekolah dengan sekarang tak banyak beza. cuma 20 kg je. WHAT? 20 kg kata tak banyak. ooopppsss baru tersedar dari mimpi ni. tiba-tiba buka album lama....rasa hiba pulak. dulu masa form 6 pakai jeans size 25/26 je. sekarang ni kalau size macam tu masuk kat lengan boleh la. mmmm...*termenung sejenak

2008; size seluar adalah 27

pic kat atas tu adalah masa tahun 2008. boleh lagi pakai seluar size 27. sekarang seluar tu pun dah tak ada, dah jual kat orang lain. saya nak badan saya seperti picture di atas atau pun seperti yang ini

majlis persandingan 23 november 2008 (nampak tak saya kurus)

iya, mulai hari ini saya bertekad nak kuruskan badan agar sentiasa cantik dan menawan di mata suami. untuk itu, saya akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian ini. tapi macamana, any suggestion?...nak kata tak berexcersise, hari-hari jalan turun naik bukit. cuma nafsu makan je yang susah untuk dikalahkan. kawan-kawan, ada suggestion taknak guna produk ape. senarai yang telah dicuba adalah;
1) NH detoxslim
2) jusmate 5
3) tak ingat dah nama produk yang ketiga..hehhe

tapi jangan pula suggest kan saya untuk pergi slim world atau pun london weight management...coz, tak termampu nak membayarnya. baik guna duit tu untuk beli MIU MIU coffer..hahaha

*mulai esok, saya, nazratul azra* akan cuba mencari produk menguruskan badan yang tidak akan menjejaskan kesihatan saya agar dapat kelihatan menawan seperti semasa zaman anak dara. huhu

(",)




Thursday, June 17, 2010

changing my beauty product


saya rasa, masuk tahun ni adalah tahun ketiga saya menggunakan OLAY total effect sebagai produk jagaan kulit harian saya. selain that cream, i also used their toner and pencuci muka. tapi semenjak saya tinggal di tengah-tengah laut china selatan (pulau tioman) ni, produk OLAY macam dah x relevan lagi untuk saya. *-* . mungkin cuaca dan persekitaran membuatkan kulit saya makin sensitif. saya bukanlah orang yang kedekut untuk membeli beauty product, tapi saya dah pernah mencuba dan kesan nya is null. dari yang harga puluhan ringgit sampailah yang beratus.(produk LA MER tak pernah la cuba sebab harga 1 produk pun dah mencecah almost 1k). so, after trying to use so many product akhirnya saya memilih OLAY. produknya memang sesuai untuk saya dan harganya pun sesuailah dengan saya yang hanya bekerja sebagai penganggur hehehe...tapi sekarang tidak lagi. banyak orang dah menegur yang kulit saya dah tak cerah macam dulu. dah tak licin macam dulu. dah tak cantik macam dulu.

hati saya menjadi gundah gulana. saya risau jika satu hari suami pula yang menegur. jadi, saya pun decide untuk mencuba produk baru. saya harap produk ni dapat memberi semula keceriaan kepada saya (chewah...macam iklan dalam TV pulak). dan pemenang bagi produk penjagaan kulit minggu ini adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SK-II Essence

hehe....mengada je kan. saya memeng dah lama teringin nak guna this product. tapi macam sayang duit je nak beli sebab harganya agak mengempiskan beg duit Guess saya yang dah buruk ni(macam nak kena beli beg duit baru la pulak...next month maybe). so, bila fikir-fikir banyak  kali, saya ambil keputusan nak beli juga produk SK-II ni sebab saya rasa produk ni sesuai kot dengan saya. lagipun kan SK-II keluaran Jepun, dan Jepun adalah salah satu negara asia. jadi saya rasa kulit saya pun boleh la kot. sebab saya kan orang asia juga. so, untuk permulaan ni saya cuma gunakan tiga barang dulu;

from left: cleanser, air magic (suka hati je kan) and, lotion

petang tadi adalah kali pertama saya menggunakannya. alhamdulillah, saya rasa OK je. saya sangat berharap agar produk ni really works with me. dan dalam masa 2 minggu lagi harap ada perubahan ke atas kulit muka saya. so, after 2 weeks tunggulah entri tentang perkembangan kulit wajah saya ini.

WAHAI SK-II; SAYA BERJANJI JIKA PRODUK KAMU MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KULIT SAYA, SAYA AKAN SETIA MENGGUNAKANNYA SEHINGGALAH IA MENJADI TIDAK RELEVAN LAGI KEPADA SAYA, BARULAH SAYA AKAN BERTUKAR KEPADA PRODUK LAIN.

(",)


Wednesday, June 9, 2010

DILEMMA

it was like very hard to think about it *eh..nape mula entri je dah guna bahasa penjajah..hmmm..maaf*
saya dalam dilema la. last 2 week pakcik saya suruh isi borang kerja sementara sebagai penyelia pembanci kawasan Tioman 2010. kerja tu tak lama. cuma 11 minggu sahaja.

yang menjadi masalah untuk saya adalah HOW ABOUT MY SHOP? mana nak cari pekerja untuk bekerja selama 11 minggu je. saya dalam dilema untuk menerima kerja sebagai penyelia tersebut.

encik suami pula kata, 'tak pe sayang..ikut awak la..if awak rasa berbaloi kerja tu, awak buat la' wahai encik suami yang amat saya cintai, memang berbaloi rasanya menerima kerja itu. hal ini kerana saya memerlukan wang tambahan untuk membeli beg tangan baru bagi menyambut hari raya aidilfitri nanti.

walaupun kenyataan saya umpama orang yang tamak dan buat kerja tak ikhlas *cuma nak gaji je* sebenarnya saya memang mahukan kerja ini. ish..tak baik menipu kan. sebenarnya saya rasa amat bersalah jika tak terima kerja ini. sebab pakcik saya yang beria-ia hantar borang saya walaupun tarikh hantar dah tamat. jadi, if saya menolak kerja ni seperti saya ni orang yang tak tahu menghargai jasa baik orang lain...hmmm.

saya betul-betul mahukan pekerja yang jujur untuk menjaga kedai saya. memang ada yang nak bekerja, tapi bila saya kata hanya untuk sementara, terus tak nak. OMG! takkan lah saya kena tutup kedai selama 11 minggu. oh, tidak. GOD help me.


http://www.emocutez.com

Friday, June 4, 2010

WARISAN

tajuk lagu; WARISAN

Anak kecil main api,



Terbakar hatinya yang sepi,



Air mata darah bercampur keringat,



Bumi dipijak milik orang.







Nenek moyang kaya raya,



Tergadai seluruh harta benda,



Akibat sengketa sesamalah kita,



Cinta lenyap di arus zaman.



Indahnya bumi kita ini,



Warisan berkurun lamanya,



Hasil mengalir ke tangan yang lain,



Peribumi merintih sendiri.







Kita rumpun bangsa Melayu,



Menganut agama yang suci,



Semangat bangsa berlandaskan Islam,



Teras capai kemerdekaan.







Masa depan sungguh kelam,



Kan lenyap peristiwa semalam,



Tertutuplah hati terkunci mati,



Maruah peribadi dah hilang.







Kini kita cuma tinggal kuasa,



Yang akan menentukan bangsa,



Bersatulah hati, bersama berbakti,



Pulih kembali harga diri.

 



Kita sudah tiada masa,



Bangunlah dengan gagah perkasa,



Janganlah terlalai teruskan usaha,



Melayu kan gagah di nusantara

**maafkan saya jika ada lirik yang salah
 
lagu Warisan adalah salah satu lagu favourite masa beratur sebelum masuk bilik study semasa tinggal di asrama ASTK. saya amat suka  akan lagu ini *serious ok*. liriknya amat bermakna. kadang-kadang bila menyanyikan lagu ni saya akan rasa sedih. tapi kenapa???
 
saya bukan saja-saja nak bersentimental dengan perasaan sedih. tapi asyik terfikir-fikir adakah negara MALAYSIA saya yang sekarang aman damai akan tergadai suatu hari nanti disebabkan ketamakkan manusia? saya sayang negara saya. saya rasa saya tak akan sanggup tinggal di bumi yang dijajah. apakah nasib anak bangsa kita nanti?
 
*amat patriotik cik nazratul azra hari ini. sedangkan bulan kemerdekaan tak sampai lagi.