tajuk lagu; WARISAN
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
**maafkan saya jika ada lirik yang salah
lagu Warisan adalah salah satu lagu favourite masa beratur sebelum masuk bilik study semasa tinggal di asrama ASTK. saya amat suka akan lagu ini *serious ok*. liriknya amat bermakna. kadang-kadang bila menyanyikan lagu ni saya akan rasa sedih. tapi kenapa???
saya bukan saja-saja nak bersentimental dengan perasaan sedih. tapi asyik terfikir-fikir adakah negara MALAYSIA saya yang sekarang aman damai akan tergadai suatu hari nanti disebabkan ketamakkan manusia? saya sayang negara saya. saya rasa saya tak akan sanggup tinggal di bumi yang dijajah. apakah nasib anak bangsa kita nanti?
*amat patriotik cik nazratul azra hari ini. sedangkan bulan kemerdekaan tak sampai lagi.
2 comments:
arghhh lagu b4 nk g mkn n nk study... mengimbau zaman sekolah... ntah ape2 jek akak dulu kan.. bdk2 la katekan.. huhu..
hahaha...sy mmg adore gila lagu ni...inilah lagu yg paling sy suka nak dibandingkan dgn lagu AIDS atau senyum..
Post a Comment