Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, March 31, 2011

m a k a n . m a l a m

Tiba-tiba malam ni saya makan malam.
Dah lama kot tak ambil dinner. 
Ini menu saya malam ni;


Mee Goreng Mamak at Johan's Resort Restaurant
Ye, saya suka makan kat restoran ni. makanannya simple- simple je tapi alhamdulillah...sedap jugak.
Lagipun saya ni suka request macam- macam. Contohnya mee kat atas tu, biasanya diaorang masak mee goreng mamak letak ayam. Tapi instead of ayam, saya nak daging. So, diaorang pun letak daging.

Makan mee goreng mamak dengan chopstick?
Ye, saya memang suka makan mee guna chopstick. Tak tau lah kenapa. Saya rasa lebih mudah kot. Lagipun bila guna garfu dan sudu rasa macam makanan cepat habis la. *ntah pape je ko ni eton..mengarut.....

Lepas tu, nak cerita pasal air.
Saya bukanlah penggemar minuman yang bersusu...tapi susu putih full cream dan rendah lemak memang saya suka. carrot susu pun saya suka. Cuma, teh susu, kopi susu....milo susu...semua saya tak berapa suka.
Tiba- tiba hari ni datang mengada nak order teh tarik. Saja nak sesuaikan dengan tema makanan kot.

Selain Mee Goreng Mamak, pilihan saya kat restoran ni adalah, Mee Tomyam, Nasi Goreng Cina, Chicken Chop dan Milkshake. Pada saya, Kat kampung saya ni, tak ada restoran yang buat milkshake especially banana milkshake dan strawberry milkshake sesedap kat sini. Memang terbaik. Nanti kalau saya ada minum milkshake diaorang saya letak pic kat sini.

Insyaallah, kalau berkesempatan, nanti saya review pula pasal bilik chalet Johan's Resort ni.
Lokasinya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. Ha... pelik kan nama kampung saya.


Jumpa lagi kawan- kawan
(",)

Wednesday, March 30, 2011

k u n i n g

perghhh, tajuk entry....tak boleh blah kan.
Hehhehe....
Tak membawa apa-apa maksud, kecuali my purchased ni;


ape tu dalam plastic harrods tu???
hehehe.. that's my new wallet. Tak jadi la beli yang mcm dlm wishlist ni;


Memang la merah tu lawa dan it's DKNY brand. Tapi ciri-ciri dalamnya ada yang saya kurang minat la. Saya suka wallet yang boleh letak gambar.
Walaupun wallet yang saya beli just berjenama Harrods, tapi saya sangat suka sebab banyak benda boleh di sumbat dalam tu.
Warnanya very the kuning.
Bak kata cousin I;
'' bila tengok wallet ni terus teringat donald duck...''
 hehehe
k, sedia nak tengok ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wah, Azra.... dari jarak 100meter dah nampak wallet ko sebab kalernya sangatlah meriah.



Yang ni tempat isi duit, ada tempat isi syiling kat tengah tu.
boleh isi banyak la juga duit dalam ni.
Saya siap letak buku derma darah saya lagi.



Yang ni bahagian kad- kad macam kad bank, kad credit, kad nikah, kad pengenalan. Yang bahagian bawah saya letak business card, member card, shopping card, pocket calendar, dan yang atas tu........ gambar!!!!
Gambar sape ko letak tu???
Eh, tu gambar saya la.
Lain kan muka saya. Tu masa saya form 6 kot.

Saya tak pergi pun butik Harrods kat KLCC tu. Just beli online je kat blog  fariza ni. 

Banyak jugak interesting stuff yang agak murah. Dah dua kali Azra beli barang kat blog dia.
Kalau berkesempatan, singgah lah kedai maya dia. Mesti korang tak menyesal.


Ok lah. Jumpa lagi nanti ya!!!!




Tuesday, March 29, 2011

T I O M A N . I S L A N D II

UPDATE: SAYA TIDAK MENGAMBIL BOOKING UNTUK PERCUTIAN LAGI SETAKAT INI. HANYA BOAT TRIP SAHAJA YANG MASIH AVAILABLE.


Mood holiday ya kawan-kawan!!!!

Ok, hari ni Azra nak sambung balik review tentang Pulau Tioman. Kalau episod entry yang lepas Azra dah cerita sedikit sebanyak introduction tentang this island, hari ni nak cerita tentang sebuah resort. Nama resort ni Juara Beach Resort, Kampung Juara.

pic from google.com

Ha, tu pic restaurant Juara Beach Resort dari pantai. Resort ni dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama Steven. Nama penuh tak tau lah pulak kan, sebab dari dulu memang Azra panggil nama dia Steven. Walaupun dimiliki oleh Chinese man, mereka cuma menyajikan makanan halal sahaja. Malah, para pekerja juga tidak dibenarkan memakan haiwan yang kita (seorang muslim) tak boleh makan iaitu, k******. Hal ini kerana beliau mahu memastikan para pelancong Islam tidak teragak- agak memilih menginap di Resort mereka. 

Kenapa untuk resort pertama saya perkenalkan resort yang berada di Kampung Juara? Sebab, kebiasaannya, orang yang bercuti ke kawasan pulau akan membayangkan pantai yang cantik... luas... and ya, Kampung Juara is your best choice. Antara banyak-banyak kampung yang ada di Pulau Tioman ni, kat sinilah tempat paling tenang saya pernah pergi. Pantainya panjang, luas dan bersih. Warna pasirnya kadangkala nampak agak keputih- putihan kerana pantai kat sini tak terkena cahaya matahari terbenam....*betul ke teori kau tu Azra?...hehhe...itu ikut tafsiran saya lah ye. Sebab kampung ni menghadap Laut Cina Selatan yang terbuka. Kiranya mengadap ke bahagian Sabah dan Sarawak la. 

pic dari google jugak

Yang kat atas ni gambar jeti Kampung Juara. Tapi nampak cam tipu sikit sebab maybe ni pic masa jeti baru siap kot nampak baru and berseri-seri sangat. Pasir pun putih sangat kot *mesti diaorang highlight lebih ni....

terima kasih google.com sebab boleh bagi copy pic lagi.

Gambar kat atas ni nampak real sikit. Pantai Kampung Juara macam ni lah kawan-kawan. Sedap je mata memandang kan. Yang bawa family pun mesti seronok sebab anak- anak boleh buat istana pasir banyak- banyak memandangkan pantainya memang panjang...heheheh. Yang couple-couple, boleh main tulis-tulis nama kat pasir atau buat love macam ni;



Malas nak cerita panjang, kat sini saya letakkan harga untuk pakej bercuti di Juara Beach Resort ni.

3 hari 2 malam.
*pakej termasuk;
-penginapan selama 2 malam di chalet yang berhawa dingin.
-tiket ferry pergi dan balik melalui jetty Mersing, Johor
-tambang 4X4 WD dari jetty Kampung Tekek ke Kampung Juara
-makan (sarapan pagi X 2 kali, makan tengahari X 1 kali, makan malam buffet X 1 kali dan BBQ X 1 kali)
-snorkeling trip (equipment tak termasuk ya..ala, sewa sendiri RM10 sahaja)

harga RM350 seorang untuk pakej kurang dari 10 orang
harga RM340 seorang untuk pakej 11 orang keatas 
*bagi pelancong yang membawa kumpulan pakej 30 orang ke atas, anda dapat melancong percuma ya!!!

2 hari 1 malam
*pakej termasuk
-penginapan 1 malam di bilik berhawa dingin
-tiket ferry pergi dan balik melalui jetty Mersing, Johor
-tambang 4X4 WD dari Jetty Kampung Tekek ke Kampung Juara
-makan (1 kali sarapan pagi, 1 kali makan tengahari dan 1 kali makan malam (pilihan BBQ atau buffet)
-snorkeling trip (equipment sewa sendiri ya)

harga RM270 seorang.

Jika ditanya pada saya, pastinya saya akan memilih pakej 3 hari 2 malam. Sebab hari pertama sampai kita mempunya masa senggang pada waktu petang tu, boleh lah kalau nak ke waterfall trip ke, jalan-jalan menikmati keindahan kampung, pergi ke sanctuary penyu, berkayak, surfing....perghh banyak la yang kita boleh buat. Then, hari kedua, after breakfast boleh pergi trip sampai petang lebih kurang jam 4 petang. memang puas lah bersnorkeling kan. Pastu hari ketiga, sebelum balik boleh minta tolong abang yang bawa 4X4 WD anta kat free duty shop sebelum naik ferry. Mana lah tau kot- kot nak beli souvenir untuk kawan-kawan yang tak ikut.

Kalau tak dapat cuti panjang and just amik pakej 2 hari 1 malam boleh juga. Hari pertama sampai terus la buat aktiviti sendiri kan. Then, hari kedua tu sebelum breakfast siap-siapkan diri dan kemas pakaian untuk bersnorkeling. Pas habis aktiviti, boleh terus balik naik ferry di Kampung Tekek.


ni penyu yang ada kat Kampung Juara. Dia duk seekor je dalam kolam coz dia buta. Tak boleh nak lepaskan kat laut.

Saya main lari-lari kat pantai..hehehhe

tempat saya bergambar ni antara spot popular orang main surfing.

Oh lupa, ni ada lagi satu pic;


Ni pic luar chalet. Dalam chalet saya tak de gambar la. Ok, btw, bagi yang mengharapkan penginapan 4 bintang ke atas tak payahlah datang sini ya. Sini facilities tak de macam kat Marriott, Hilton, Concorde, POGH.... beg kena angkat sendiri, makan pun restaurant tak da aircond. Nak minum air standard Starbucks or Coffee Bean memang tak da la. 

So, sesiapa yang nak kan percutian budget biasa- biasa je boleh la datang sini. Boleh booking terus kat saya;
HP no; 0139395093
email; hazeriazra_8185@yahoo.com

Ok, that's all for now.
Nantikan review seterusnya dari saya.

Saturday, March 26, 2011

t e s t i n g 1 , 2 , 3 . . .



Hi kawan- kawan. Saya dah dapat menjalani kehidupan yang normal sekarang. Saya dah dapat beronline, berblogging, bershopping maya seperti biasa.

Ya, saya dah dapat laptop baru. Walaupun bukan dari kalangan jenis buah-buahan itu... ala.. yang jadi idaman saya tu *apple*. Saya tak kisahlah. Asal dapat guna laptop dan berinternet...hehehhe..

Nasib baik encik Hazeri bermurah hati nak sedekah sikit duit kat saya. So, dapatlah beli laptop baru. Dia kata, saya tak layak lagi nak beli laptop mahal-mahal sebab belum kerja. Nanti kalau dah kerja, bolehlah saya beli sendiri.

Ok.

BTW, pic kat atas tu adalah pic pertama saya upload guna laptop baru... hehehhe...siap edit guna picasa lagi...
Posted by Picasa

Thursday, March 10, 2011

M A A F Y A

Maaf la.
Saya tak dapat update blog.
Laptop rosak.
Ni pun cilok-cilok guna laptop adik ipar.
Nak update blog kat cyber cafe mahal. RM 10 sejam.......ulang sekali lagi, RM 10 sejam. Itulah harga main internet kat kedai di Pulau Tioman ni.
Cuma sebab saya tinggal kat kampung ni, so dapatlah murah sikit harganya.
Nanti bila dah beli laptop baru laptop dah betul, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk selalu mengemaskini blog yang tak berapa best ni.
Saya janji.



Till then, XOXO

Saturday, March 5, 2011

J U J U R - B U K A N - P I L I H A N

Kenapa tajuk itu yang terkeluar?
Kau tak jujur ke Azra?

Ya, aku dah letih bermuka-muka.
Aku dah letih bercerita tentang kebaikan.
Dah mula letih bercerita tentang kebahagiaan.
Menjadi letih menyimpan perasaan.
Letih bercerita tentang keseronakan.
Kerana kadang-kadang, menyatakan kejujuran, membuat kita jadi tambah tertekan.

Tertekan bila kejujuran kita menyakitkan hati manusia lain.
Tertekan bila jujur menyebabkan kita dipersalahkan.
Tertekan bila kejujuran disalah tafsirkan.
Tertekan bila jujurnya kita menjadi rencah perbalahan orang lain.
Tertekan bila kejujuran menjadi kunci penyiksaan.
Tertekan bila jujur, menjadi punca kita berjauhan.

Argggghhhhhhhhhhhh......
Kenapa jalan di dunia sebegini.
Aku penat menjadi insan yang pendendam.
Aku penat menjadi manusia yang menyimpan segala kebenaran.
Aku penat melihat karenah orang yang tidak pandai berterima kasih kerana aku tidak membongkar rahsia.
Aku penat berkongsi nista, dusta dan dosa bersama mereka.
Aku penat, tatkala kejujuran tak bisa dinyatakan.

Tuhanku.
Aku mohon kau ampunilah dosaku kerana menjadi manusia yang tak jujur.
Aku mohon kau tabahkan hatiku berdepan dengan manusia yang tak berani berhadapan dengan kejujuran.
Aku mohon kau lindungi mereka dari terus hidup tanpa kejujuran.
Aku mohon kau bukakan hati mereka untuk menjadi jujur.
Aku mohon kau jadikan sifat jujur sebagai peneraju hati manusia.

....kerana jujur bukan pilihan.
Tapi kemestian.




siulan dari hati kecil Nazratul.Azra.
Authentic from the bottom of my heart.
No copyright are allowed.