Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, March 31, 2012

Hangus, Terbakar dan Pedih. Mood; Berpantang

Scandal aku datang melawat aku.
Eh.
Bukan scandal ehem..ehem tu.
Kawan aku si Farhana lah.
Kali ni dia datang bawak geng uni dia.
Seperti biasalah aku akan bawak diaorang pergi snorkeling, swimming bagai kan.
Siap kitaorang picnic lagi.
Tidur kat bitch beach.

Sekarang mendapatlah kan.
Kulit muka aku dah lah last week masih belum pulih sepenuhnya selepas jadi personal photographer untuk orang honeymoon. Ni dah tambah kaler lagi.
Siap pakej lengkap, menggelupas, berkilat dan pedih- pedih.
nak bersin pun serba salah dibuatnya sebab bahagian batang hidung ni tegang je rasa.
*camnelah orang yang botox kat hidung tu. Tak sakit ke masa bersin???*

Tapi apapun, aku enjoy.
Rasa dihargai okeh bila kawan sudi datang jenguk aku kat sini.

Ni ada sikit picture kitaorang beronok- ronok.
Tak ada edit- edit.
Malas and picture pun dari camera orang lain. Bukan camera aku.
Mandi sungai!!!! yeayyyyyy

Berseronok dengan mereka!!!!

Makan malam sama- sama

:)

Eh, lupa nak bagitau, ni baju baru kittew... huhuhuhu.. beli kat thepoplook. Amik range tall sbb kalau yg size UK12 biasa tu singkat. Mak malu u olls nak pakai singkat- singkat kat sini.
hahahhahahha. belt pun beli thepoplook. Cardigan luar tu bukan ya. Itu Esprit, lama dah beli.

Nak buat love sebenarnya, tapi ini je yg mampu.




Diaorang mandi manda kat Panuba Inn je.

Tipah Tertipu bang... Y_Y


Hope korang cukup enjoy ya kat sini.
Next time datang lagi!!!!!!!


*doakan kulit saya cepat sembuh ya*

Thursday, March 29, 2012

One Happy Woman :)


This is the last parcel i received in this month. Total, 5 parcel.
Online shopping adalah sangat mengujakan.
hahahahhahhah.
*at least, mengujakan bagi aku yang duduk di pedalaman kan*

April, sila jangan zalim sangat dengan aku.
Macamana nak menabung dengan sihat ni. 

Y_Y

Wednesday, March 28, 2012

Ye ke?

Petang tadi main internet macam biasa. Baru tau yang rupanya keta Proton baru tu P3-21A tu nama sebenar dia Proton Preve. Bukan Proton Tuah seperti yang dicanangkan sebelum ni.  Eh, ke ada banyak nama sebenarnya, tapi pihak Proton tak sempat decide lagi?erkkk... tapi kawan aku kata, ada je Tuah tu. Tunggu je lah diaorang release nanti kan.


Wordless Wednesday #11

Monday, March 26, 2012

Saya Tak Suka Perubahan Ini!

Kalau musim tengkujuh, time hujan lebat hari- hari saya memang payah nak tidur.
Siang memang tak mengantuk.
Malam pun rileks je berjaga sampai 3,4 pagi.
Tengok TV, tulis blog, layan fb, twitter....memang tak ada masalah.

Tapi bila masuk musim panas *aku anggap musim panas la ye, sebab dah dekat dua minggu tak hujan* petang- petang mulalah badan rasa berat.
Mata layu.
Siap siang tadi mengantuk punya pasal, Zuhur aku lupa nak Tahiyat-Awal.
Aku sendiri tak pasti.
Rasa was- was samada buat or tak.
End up, aku solat semula.

Kenapa kena mengantuk di siang hari?
Malam pun aku cepat sangat mengantuk.
Pukul 11 dah tidur.
Kadang siap tak sedar laki masuk bilik pukul berapa.
Bila aku tidur siang, mulalah mudah kena migrain.
urrrrrrrrrrrrrrggghhhhhhhh.

Tak sukalah macam ni.
Bukan apa, sebab musim macam ni kan aku busy.
Kena kerja.
Kalau musim tengkujuh duk goyang kaki je kat rumah.

Ke pembawakn budak?
Eh, tak mengandung lah.
Y_Y



Sunday, March 25, 2012

Puas Ke? (jawab secara ikhlas)

Hari tu aku ada cerita kan, yang kami (aku n laki) nak beli kereta baru.
Honda Accord yang dah agak berusia tu dah jual bulan December lepas.
So, dua malam lepas kitaorang discuss lagi pasal beli kereta.


Picture ni kenangan terakhir.

Lepas jual memang tak adalah kami terus hunting kereta baru.
Sebab laki kata bukan nak pakai terus kan.
Kalau nak keluar sesekali pakai keta pak mertua je lah.
Target bulan May dah ada kereta baru.
Memang impian nak pakai Honda Civic. 
Kalau boleh Type-R

(source; google)

Memang idaman muda mudi lah kot.
Ye lah, nak mimpikan BMW kang nanti orang kata over.

Tapi kalau beli keta ni, memang mampu amik second je lah.
Amik baru tak mungkin.
Laki pun bukan keje gaji pegawai tinggi kan.
Aku pulak suri rumah.
Puas survey, paling murah dapat harga 96k untuk second hand tahun 2009.
Ye, kalau ikutkan memang mampu.
Maybe bulanan dalam seribu lah kan.
Tapi bila aku dah puas fikir panjang gunakan otak yang waras.
Aku rasa tak berbaloi.
Memang, aku jugak yang kata kat laki hidup ni kena puaskan hati.
So dia kata dia akan rasa puas kalau dapat guna Civic.
Tapi kepuasan tu maksima ke kalau kereta kita bayar mahal- mahal tapi setahun pakai tak sampai 40 hari?

Korang cer tolong kirakan tahap kepuasan tu.
Contoh sebulan bayar kereta 900 ++ kira seribu lah kan sebulan.
Setahun untuk bayar ansuran kereta RM12k.
Belum campur road tax dan insurance.
Servis lagi.
Tukar tayar lagi.
Then, kami sekarang tinggal kat pulau.
Jarang nak keluar.
So, kereta akan tinggal di Mersing atau Rompin.
Tinggal suruh orang jaga takkan biar macam tu je kan. Mesti orang akan guna sekali dua. 
Husband pulak, cuti tahun 20 hari.
Ok, tambah cuti lain- lain contohnya 10 hari lebih.
So total lebih kurang 30 hari lebih la.
Amik la 40.
40/365 hari.
Berapa percent dalam setahun kita cuma guna kereta?

PUAS HATI KE MACAM TU?

Kalau ikut jiwa muda ni, memang akan tetap beli.
Tapi rasanya tak perlu kan.
Hasil perbincangan, aku cuba bagi solution supaya kitaorang just beli kereta tempatan yang jauh lebih murah.
Macam contoh, amik kereta Persona dah ok kot.


Boleh beli yang baru.
Tak payah amik second.
Bulanan pun tak lah mahal sangat.
Maybe 600 lebih kot.
Hampir separuh penjimatan dari beli Civic tu kan.
Balance tu boleh simpan.
Mana tau tahun ni ada rezki aku pregnant ke apa kan.
Dapat juga menyimpan untuk anak.
Nanti ada anak bukan sikit- sikit belanja.
Susu, pampers..pfffttt... mahal semua tu kan zaman sekarang.

Malam tu, aku rasa laki macam sedikit resah kot.
Sebab dia macam susah nak tidur.
Maybe dia terfikir jugak kebenaran kata- kata aku ni.

Ya.
Memang dia memikirnya.
Sebab semalam, lepas balik kerja dia kata dia dah call Proton.
Tanya pasal kereta.
Alhamdulillah, ALLAH bagi juga dia berfikir secara rasional.
Maybe memang akan amik kereta Proton je.
Tapi, dia nak tunggu April.
Kereta baru.

Kereta ni.
P3-21A atau pun Proton Tuah namanya.

Aku setuju je kalau amik kereta ni.
Harga pun tak lebih 75k kalau tak silap.
Dapat yang baru.
Kalau Civic tadi, 2nd hand. 96k.
Banyak kan bezanya.

Bila aku tanya balik kat dia, nanti dia puas hati ke kalau pakai kereta bukan idaman.
Dia kata maybe akan puas jugak, sebab simpanan bulanan akan bertambah sebab ansuran kereta tak mahal sangat.

Untuk aku, aku tak kisah sangat.
Asal kereta selesa dan tak banyak ragam.
Buat apa nak pakai kereta mewah- mewah kalau terpaksa pejam mata kena lepaskan semua keinginan lain macam nak pergi melancong, beli barang branded, beli aset lain macam tanah dan rumah.
Semua jadi tak mampu sebab asyik nak kejarkan bayar kereta mahal.
Lagipun, aku tengok ada je kawan aku yang gaji 3-4 ribu sebulan pakai Saga BLM je. Bini pulak kerja gaji 2-3 ribu pakai Viva.



*Harapan aku, hope suami dapat buat pilihan yang tepat*



Saturday, March 24, 2012

Motif?

Buka fb.
Dalam 5 minit tetiba keluar benda ni?

Account Temporarily Unavailable

Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few hours.

Motif?
Kenapa?
Selama ni aku tak de buat salah pun.
Mark Zuckerberg sila jawab!

Snorkeling Trip at Tioman Island

Apalah ertinya datang Pulau Tioman ni tanpa pergi snorkeling trip kan.
Kat sini bukan macam Langkawi ada macam- macam attraction lain.
Mall tak ada, kedai- kedai souvenir ada lah.
Kebanyakan orang yang datang bercuti kat sini tujuannya lebih kurang sama.
Nak rest, relax, jauh dari hiruk pikuk kota.
Kat sini yang agak serabut dengan kereta cuma kat Kampung Tekek dan Kampung Juara.
Kampung lain, hanya ada motosikal dan basikal ya.

Hari ni nak cerita tentang trip snorkeling.
Normal price untuk trip adalah RM85 seorang. 
Kanak- kanak 5- 12 tahun RM45.
Harga ni tak termasuk snorkeling gear.
As untuk trip yang aku ada (bot FIL dengan bot husband) kitaorang charge RM10 untuk sewaan snorkel dan  mask. Life jacket kami bagi percuma. Fin ( tapak itik) terpulang kat korang nak guna ke tak. Pada aku tak payah guna pun tak apa coz itu untuk menambah kelajuan berenang kan.
Tapi kan kita nak main dengan ikan dan tengok coral, so buat apa nak laju- laju kan.

Tapi if korang ada lebih dari 10 orang untuk 1 trip tu, harga kita boleh nego lah kan.

Untuk trip ni kita bagi nama 'Sunny Day Trip'
Biasa start dalam pukul 10 pagi dan tamat dalam jam 3.30 hingga 4 petang.

Sunny Day Trip ni cover 4 tempat.

First stop adalah di Pulau Tulai atau lebih dikenali sebagai Coral Island.
Kat sinilah terdapatnya long beach yang mana pasirnya seperti tepung okeh. Putih dan halus.

Air pulak memang crystal clear lah kan.
Kat beach ni selalu tourist akan berenang menikmati pasir putih dan air yang jernih ni. Then, kat kawasan sini jadi tempat untuk amik gambar lah kan.
Kat pantai ni tak ada coral yang hidup.
Kebanyakannya dah mati sebab perubahan cuaca.
Tapi still ada ikan yang cantik.


Pulau Tulai ni tak berpenghuni ya.
Kalau kita datang bawak makanan, memang kena bawak balik semula bekas plastik or kertas tu.
Memang tak ada apa- apa facilities kat sini.
Yang ada kat sini hanyalah
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Biawak!


Biawak memang antara haiwan popular kat pulau Tioman.
Nak tengok yang saiz besar- besar boleh tengok kat Kampung Salang.

Lepas stop kat sini about 30- 45 minit, kita gerak ke lokasi seterusnya untuk snorkeling and fish feeding.
2nd stop, Teluk Genting.


Aku rasa picture ni bukan Teluk Genting, macam kat Monkey Bay. Sorry ek kalau salah. Tapi tempat dia adalah macam sama je. Masih ada banyak coral yang hidup. Snorkeling kat sini amazing sikit. If korang bernasib baik waktu snorkeling tu akan berjumpalah dengan ikan yang besar sangat. Besar macam badan kita. Tapi jangan takut or terkejut. Dia tak kacau kita. Dia ikan pemakan coral.


 Pihak Taman Laut Malaysia juga menyediakan platform untuk korang lepak or nak terjun ke apa kan kat sini. Ikan memang banyak kat kawasan ni.

Senang je nak mengurat ikan kat sini supaya datang kat korang. Campak je cebisan roti expired (biasanya roti ni korang boleh request kat resort or beli) confirm ikan datang dengan banyaknya.
Ikan pun memilih jugak ya, dia suka makanan berkhasiat macam roti ni. Kalau korang campak makanan ringan macam Twisties ke kan, diaorang tak berapa nak layan tau.


Tempat hentian ketiga pula adalah di Kampung Salang.
Kat sini korang boleh lah pergi cari lunch.
Harus lapar gila kan lepas swimming and snorkeling.
Kat sini ada banyak juga restaurant untuk korang pilih.
Antaranya Salang Dream Restaurant, Salang Sayang dan Salang Indah. 
Kalau tak nak makan berat, stall burger pun ada.
Bar dan cafe ada jugak.
Korang jangan tertipu dengan kecantikan chalet atas bukit tu ya.
Chalet tu tak beroperasi pun.
Tapi nice lah untuk kita amik gambar kat beach kampung ni sebab ada chalet tu.

Biasanya stop kat Salang ni lama jugak, dalam 2 jam kot.
Korang sempatlah nak swimming and snorkeling kat sini.
Lunch kena bayar sendiri ya.
Tak termasuk dalam pakej.

Last stop pulak adalah di Sekipong Bay atau pun Monkey Bay.
Pilihan antara dua tempat ni bergantung pada cuaca.


Air masih juga tinggi tahap jernihnya ya.
Kalau dari atas bot ni nampak macam dekat je coral tu.
Tapi sebenarnya ilusi je sebab air jernih kan.

Amacam, terasa nak snorkeling sekarang jugak tak?
hehehehheheh.

Ni pulak picture lain- lain yang sempat aku snap sepanjang trip Rabu lepas.






*nah iklan sekali Resort Pak sedara.


lastly, gambar tuan blog harus ada kan.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT***sebelum ikut trip snorkeling, silalah pakai sunblock. Kalau tak nak macam aku, lepas balik trip, seminggu taknak keluar rumah jumpa jiran- jiran sebab takut tak dikenali


Kalau ada yang rasa trip ni macam terlalu mahal.
Jangan risau, kita ada trip yang murah sikit.
Tapi cover tempat lain.
Insyaallah ada kelapangan, nanti aku bagi info lagi ya.

Friday, March 23, 2012

Azra Kembali Bertenaga

Badan baru hilang dari rasa sengal dan sakit- sakit sendi.
Semalam memang sakit kepala tahap kronik.
Makan ubat, makan buah- buahan, semua pun tetap tak memberi impak besar.
End up, tidur je lah.
Itu pun malam jadi susah nak tidur sebab siang dah tidur.

Punca sakit badan sebab aku pi ikut snorkeling trip hari Rabu baru ni.
Bukan sesaje nak ikut.
Tapi ada kawan datang honeymoon.
Mintak jadi personal photographer.
Siapa tak nak duit kan? hahahhahah.
Lagipun aku bukan ada kerja sangat nak buat.

Badan aku ni biasalah kan, dah lama tak beraktiviti lasak memang manja sikit.
Padahal dulu, selagi ada extreme activities memang akan aku join.


Ni member aku, nama dia Hafizah binti Aman. Tapi aku panggil dia kecik. Ya, size dia memang kecik. Ibaratnya dia tu kucing dan aku ni harimau.
Beza banyak kan.

Kenal dia masa sekolah kat Kluang High School.

Aku just berharap yang dia suka dengan gambar- gambar yang aku snap kan.
Yang picture atas ni kat Long Beach, Pulau Tulai.
Gambar lain nanti aku upload kat next entry. 
Sebab next entry memang akan aku buat untuk pakej snorkeling kat sini.


*kalau ada sesiapa yang nak datang bercuti kat sini, memerlukan personal photographer, boleh contact aku ye. Charge murah- murah saje (setakat ni aku charge tak pernah lebih RM200 untuk mana- mana occasion sama ada honeymoon, wedding, maternity photoshoot , etc). Picture aku siap editkan sekali then send to you by email*

Monday, March 19, 2012

Penyejuk Hati, Penenang Jiwa

Jiwa aku kan tak tenteram dah beberapa hari.
Sejak bb rosak.
So, penyelesaiannya agak payah.
Jadi aku cuma menenangkan gelora jiwa ini dengan membuat aktiviti sihat seperti ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Online Shopping!!!!
Telah selamat sampai.
Hahahahhahahhahahhaha.

*Sila abaikan bantal golek aku yang jadi background*


Gila terang kaler fink ni kan.
Pasni kalau tension kita beli lagi ya.
Nak kaler ijau pulak.
Kalau korang nak beli handbag or jam or wallet or sunglass boleh beli kat Princess Victoria Stylo. Blogshop ni popular kot. Selalu masuk majalah. Ada jugak masuk kat Wanita Hari Ini TV3 tu. Diaorang ada 2 blog. 1 yang pre-order. Satu lagi yang ready stock. Aku beli Longchamp ni kat blog yang Ready Stock
Aku membeli tanpa was- was akan keasliannya lah. Sebab memang dijamin asli.
Nanti kalau ada masa, jenguk- jenguklah blog tu.
*iklan tak berbayar ni*

Lastly.
Family photo!!!!!

Pinky meet her kakak sulung.
Si Cekelat.

Saiz sama je. nanti beli yang kecik sikit pulak.
Tapi yang kaler cekelat tu aku beli kat blog lain.
Butik- HS.
Hana Syakirah nama pemilik blog.
Tu lah first time beli handbag online.


**Disebabkan jiwa sekarang dah aman, bolehlah teruskan buat kerja- kerja rumah**

Sunday, March 18, 2012

Azra Yang Malang

BB dah sedia maklum rosak.
Nasib masih ada warranty selama 2 bulan lagi.
So, biasalah kalau anta repair memang makan masa 2,3 minggu.

Sekarang ni, phone Sony Ericsson FIL yang aku guna ni pun tetiba rosak.
Tak berbunyi dah.
Bukan setakat orang call tak ada bunyi.
Tapi nak dengar lagu pun tak boleh.
Dah bisu.

Sob...sob..

Adakah ini petanda aku bukan manusia tetapi  Terminator?

:(

Astalavista Babeh!

Tuesday, March 13, 2012

Banana Muffin

Sebelum aku tinggalkan blog selama 3 hari *kena pi kursus SPR*, aku tinggalkan resepi Muffin Pisang yang senang. Sila cuba. Jangan malas- malas. Kalau guna cup macam aku tu, boleh dapat 10-12 biji.
Sesuai untuk minum petang.
Tapi aku bukan untuk minum petang, aku jual kat sini. 

Selamat mencuba!


1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Soda Bikarbonat
*satukan dan ayak semua bahan di atas*

3 biji pisang (biasa guna pisang emas or pisang berangan. Kalau pisang mcm besar, guna 1-2 biji dah cukup)
1 sudu teh esen pisang
*satukan, dan lenyek hingga hancur-pisang tak berketul- ketul*
*kalau nak tambah pewarna kuning pun ok je*

1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/3 cawan butter yang dicairkan.
secubit garam
*cairkan butter dulu sebelum sediakan bahan lain coz nanti time nak guna, butter tu dah sejuk*

cara- cara 

-Satukan gula dan telur di dalam mangkuk. Kacau hingga gula larut. Guna pemutar dengan speed rendah je.
-Masukkan pisang, diikuti butter yang telah dicairkan tadi.
-Masukkan secubit garam.
-Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan putar lama. Just pastikan tepung dan campuran bahan tadi sebati. Boleh hentikan mesin.
*kalau kacau guna senduk je pun boleh. Tak pakai mesin*

-Panaskan oven 180 darjah.
-Sementara oven panas, bolehlah masukkan adunan ke dalam cup. Anggaran 1/2 hingga 2/3 cup sahaja.
-Masak selama 25- 30 minit pada suhu 180 darjah.

Monday, March 12, 2012

Selamat Pengantin Baru Kak Pie

Maaf atas kehilangan aku selama beberapa hari.
Salah seorang kawan rapat kat sini kawen.
So, membusykan diri lah kan.
Ni pun belum sempat nak tulis banyak- banyak.
Just layankan picture wedding Kak Pie.
*kalau sanggup lah*

Semua picture guna camera Nikon D40.
Aku edit ikut kemampuan je lah.
Mana aku pandai sangat pun.
hahahhahah.

























Picture sama je macam dalam fb.
Tapi aku taklah tepek semua kat sini. Matilah orang nak tengok banyak- banyak kan.
Btw,
Congrats for both of you.
Semoga cepat- cepat dapat anak untuk aku gomol.
hahahhahahha...