Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 30, 2011

o m b a k l a h . s a n g a t

Ok. 
Dah tengok dah tadi Ombak Rindu ni via Astro First HD.
Tengok tadi start pukul 9.40 malam.
habis 11.40 kot.
Kira dalam dua jam lah kan.
Ok lah, sebab selalunya ada filem sejam empat puluh minit dah habis.
Tengok cerita dalam HD best jugak.
Selalu saya tengok HD rancangan masak- masak 706 tu je. Sebab semua sayur ke bahan masakan nampak sangat real dan menggeramkan hati saya.
Kalau cerita pulak, channel 721 tu memang saya suka Drama mat saleh. Tapi HD, tak ada subtitle. Kadang- kadang saya tak berapa faham. Maklumlah MUET saya band 4 je. Tak tercapai band 6. hahahahhah....
Untuk filem ni, tengok dalam HD membuatkan saya rasa kulit muka saya lagi cerah dan cantik dari Maya Karin. Sebab saya nampak muka dia biasa- biasa je dalam cerita ni. Lepas tu, ada satu scene atas katil saya nampak betis dia ada parut. Lisa punya parut kat tangan dan muka pun nampak jelas.
tapi yang peliknya muka Aaron menjadi semakin macho dan handsome. hahahahahhaha.....

Keseluruhannya, saya rasa saya lagi feel baca novelnya kot.
Tapi rasanya dulu bukan saya beli novel ni.
Saya baca dalam majalah Remaja.
Tiap- tiap bulan kot beli majalah sebab nak baca cerita ni sampai habis.

Cerita kalau dah best, buat filem ke, teater ke memang akan bestlah jugak kan.
(tapi ada jugak yang tak best sebenarnya sebab salah pilih pelakon ke apa kan)
Sebab kita dah tau cerita tu kan.
Jadi bila menonton filem kita nak lebih menghayatinya.

I say yes to Aaron Aziz as Hariz.
Aaron macam ada soul Hariz tu kot.
Then, saya rasa dia nangis betul kot.
Tak pakai eye-mo.
Then, dia macam ok je kalau watak romantik ataupun garang atau tegas atau berlagak.
Bagi je semua kat dia semua boleh.
Saya sukalah dia.
Dalam Nora Elena jadi Seth Tan best, dalam Pisau Cukur jadi penyiasat best, jadi samseng dalam KL Gangster best, watak dalam Datin Ghairah pun macam best jugak kan.
Kiranya, dia adalah Rosyam Nor nombor dua selepas Rosyam Nor yang asli.
Boleh gitu?
Selain Aaron korang boleh bayangkan tak siapa yang boleh bawa watak Hariz?

Maya Karin sebagai Izzah, bolehlah. 
Tapi dia kan kalau bercakap masih ada slang Jerman kan.
So, kuranglah feeling sebab pada saya Izzah adalah perempuan kampung macam saya.
Mana ada perempuan kampung yang slang macam tu kan.
Ok, adalah..... contohnya kalau parents dia memang mix ke kan.
Tapi should find someone yang lebih sesuai kot.
Siapa ek?
Kalau saya letak Fazura macam bias pulak kan sebab saya memang peminat #1 dia.
Tapi ok lah kot.
Tak pun, ...... hhhh.....saya tak dapat fikir lagilah sekarang.

Lisa?
Walaupun muka dia yang comel tu yang buatkan saya selalunya suka tengok dia.
But, for this film... saya rasa dia tak best. Menjengkelkan.
Dia tak sesuai lah kot untuk watak berat macam ni.
Dia kan ala- ala Hello Kitty, cute- cute je kan.
Mana best jadi orang garang.
Lepas tu masalah saya dengan Lisa untuk filem ni, dia macam terlalu mencuba tau nak jadi pemarah or keras hati ke apa lah kan. Lepas tu konon menjerit dengan penuh perasaan. Tapi saya tak terasa apa pun dengan jeritan dia tu.
Nampak sangat macam dibuat- buat.
Tak natural.
Apa yang dia cakap, baik dalam Bahasa Inggeris or Melayu, saya tak berapa faham. 
Dan itulah yang selalu potong feel saya.
Sebab saya akan macam tertanya- tanya..eh, dia cakap apa ek tadi?
Cuma last part. Dah nak ending tu, yang masa dia nak minta cerai dari Hariz. Yang tu jelas patah perkataannya tapi emosi bagi saya adalah zero. Sepatutnya moment tu macam ala- ala sedih. Tapi tak menjadi nampaknya. Walaupun Mila bercakap dalam keadaan macam nak marah, tapi sepatutnya penonton rasa sedih sebab dia yang keras hati tu sanggup undur diri secara baik. Tapi tak sedih pun.
Tapi seriously, kalau dia berlakon macam dalam cerita lain contohnya Sekali Lagi, Zoo, I'm not single saya sukalah. Macam kena je dengan dia. Dia kan cute dan sempoi. Walaupun cerita- cerita tu ada adegan marah- marah tapi lebih natural.
Kalau nak ganti orang lain untuk watak Mila, kamu rasa siapa?
Saya ada seorang tapi tak nak bagitau.
hahahhahha...

Pelakon lain, macam Azizah Mahzan sebagai Datuk Sufiah tu ok ok je lah.
Cuma gaya percakapan agak menjengkelkan.
Selalu cerita- cerita lain dia tak bercakap macam ni kan?
Julia Ziegler tu pun ok lah dari lain- lain cerita yang dia berlakon. Tapi kalau tukar pelakon lain pun boleh.
Bront pun saya suka jugak. Entah lah. Bront ni ada something tau kalau berlakon. Saya tak pernah tak suka.
Cuma yang saya tak boleh terima adalah, suara pembaca berita tu. Ala, pemberita yang buat liputan masa Mila kat airport tu.
Tak ada sangat ke pelakon extra yang suaranya sedap sikit?

Saya nangis cuma 3 kali untuk filem ni.
1st masa Hariz dan Izzah bagitau Pak Dollah dan Mak Jah tu yang diaorang dah kawen. Nampak sangat diaorang rasa ringan sebab beban merahsiakan perkahwinan dari semua orang akhirnya lepas.
2nd masa Izzah kejar Hariz lepas Hariz marah- marah dia then jatuh kat jalan tu. Yang diaorang ingat Izzah keguguran. Ni paling banyak airmata mengalir.
3rd, masa pak Dollah bagitau yang Hariz adalah anak dia.
Masa yang Hariz dan Izzah berbaik tu, mula- mula macam dah nak nangis.
Tapi bila Mila sampai kat situ, potong feel lah.

Itu sahaja part yang buatkan saya nangis bersungguh- sungguh.

So, saya cuma bagi 7/10 je kot.

Nanti kalau ada rasa nak buat drama bersiri untuk cerita ni. Sila kekalkan Aaron sebagai Hariz ya. Pelakon lain bolehlah nak tukar. 

Ada yang marah ke?
Tak kan.
Sebab, ini pendapat masing- masing kan.

Ok.
That's all.
Review for Ombak Rindu dari saya.
Saya bukanlah pengkritik profesional.
So, korang terima je lah ye.




Thursday, December 29, 2011

b e r o m b a k . m a l a m . n i ?

Tajuk entah apa- apa kan.
Kat sini cuaca masih seperti selalu, laut bergelora, angin kencang, hujan dan feeling winter lah kan.
Hahahahahhah.

Tapi bukan nak cerita pasal ombak laut lagi ya.
Astro First dah keluarkan Ombak Rindu.
So, malam ni nak belilah.
Nak juga tengok filem yang korang kata best sangat tu.

Oooppppssss.
Agak ketinggalan kan?
Macam dah sebulan kot filem tu kat panggung.
Tapi nak buat macamana.
Tempat tinggal saya ni panggung memang la nan ado!

Kalau ikut hati, nak beli dah ni sekarang.
Tak sabar kan nak tengok.
Tapi husband saya kata tak boleh.
Kena beli nanti tunggu dia balik kerja.
Sebabnya.....kalau saya dah tengok dulu, nanti time dia nak menonton saya akan cakap.... eleh, pasni dia kena ni.. pastu diaorg macam ni.. lepas tu.... bla..bla...bla...
Saya akan cerita balik.

So, dia bosan lah nanti kan.
Hahhahah...
Ok, apa- apapun kita tunggu malam ni, then saya review lah ikut selera saya apa yang best dan tak best tentang Ombak Rindu ni.

Gambar ni as usual, dari Google ya.

Ada lagi filem Melayu lain kat Astro First ni, Datin Ghairah dan Aku Bukan Tomboy.

Nak beli ke?
Tak lah kot.
Sebab saya rasa kalau filem yang tak berapa laku kat panggung, nanti raya tahun depan dah adalah kot tayang kat RTM atau TV3.
No need to buylah kan.

K.
Bye.

***Thanks Astro Beyond sebab ada HD. So, malam ni tengok Ombak Rindu budget macam Aaron Aziz ada depan mataku lah ye. hahahahahhaha.....


Tuesday, December 27, 2011

k o t a k . h a t i

Tetiba saya terjatuh hati kat lagu ni.
Mari layan liriknya.
saya malas pulak nak letak video lagu ni kat sini.
Line internet dalam kondisi menghampakan.

Lirik dan melodinya, menyentuh jiwa saya.
Tak taulah jiwa kamu macamana?

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu


Terang terang

bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi



Berbaring renung kita ke bulan

lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa



Terang terang

bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi



Mimpi mimpi

yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi



Tak usah kau terangkan ku tahu

potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu



Terang terang

bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi



Mimpi mimpi

yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Lagu; Kotak Hati
Nyanyian; Hujan Band  

Saturday, December 24, 2011

Nasi Ayam Cara Saya

Ok.
Akhirnya.
This is my 1st recipe.
Tadi terlanjur kawan- kawan datang, saya masak nasi ayam.
Mudah dan ringkas.
Kalau masak lain- lain makanan, rumit sikit kan.
lagipun tak ada banyak bahan nak masak.
So, akhirnya tersedialah nasi ayam untuk kawan- kawan.
Nasi ayam saya sekarang dah masuk salah satu makanan favourite husband.
Alhamdulillah setakat ni belum ada complain dari dia.
Picture yang 1st tu masa saya masak nasi ayam pertama untuk husband.
Yang lagi dua tu, nasi ayam hari ni.






Saya tak pandai nak bagi sukatan, kebanyakannya saya main agak- agak je untuk perasa. Untuk resepi kali ni, saya buat untuk 1 ekor ayam. Beras 3 cawan.

1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah. Anggaran semua tu dalam separuh blender. Lepas tu ambil 2/3 dari bahan yang dah diblender tu untuk perapan ayam pertama. Yang lebih tu simpan untuk masak nasi.

2. Ayam yang dah dibersihkan, perap bersama bahan yang dah dikisar tadi selama anggaran 30 minit.
( Sementara ayam diperap 1st round, jangan mengada nak duk depan laptop main facebook. Sila buat kerja lain macam potong timun, salad dan tomato.)

3. Sambil tunggu ayam tu juga, boleh guna masa untuk buat sambal cili. Saya gunakan lada merah besar dan cili padi. Jumlah ikut suka kamu. Ikut kemampuan lidah tahan pedas. Blender cili dan lada tu bersama bawang putih dah tomato. Selepas itu, masak atas api kecil sampai mendidih. Kemudian masukkan garam dan gula serta cuka. Sampailah dapat rasa yang awak mahukan. Macam saya, saya suka pedas- pedas manis.

4. Selepas 30 minit. Masak air dalam periuk sampai mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Masukkan sekali bahan yang kamu guna untuk perap tu untuk dapatkan rasa yang sedap. Masak ayam sehingga separuh masak atau agak lembut. (Saya suka masak lama sikit sebab nanti goreng kejap je).

5. Ayam yang dah direbus tu diletakkan dalam mangkuk yang besar. Kemudian perap dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Gaul rata dan biarkan selama lebih kurang setengah jam hingga 45 minit. (jangan buang air rebusan sebab nak guna untuk masak nasi dan sup)

6. Untuk nasi. (contoh untuk masak 3 cawan beras ya). Tumis bahan yang dah di blender tadi (lebihan untuk perapan 1st tu). Tumis guna marjerin ya bukan minyak masak. Marjerin dalam 3 sudu. Masukkan juga buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Selepas naik bau. Masukkan air rebusan ayam tadi. (Untuk 3 cawan beras, saya guna 4 cawan air rebusan) . Kemudian masukkan sekotak kecil susu full cream. Yang low fat pun boleh dan kiub ayam atau serbuk pati ayam serta garam n gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam beras yang telah dicuci. Masak seperti biasa. Masa masak kalau nasi nampak macam kurang air, tambahlah ye. sebab kadang- kadang, lain beras lain sukatannya kan. Saya guna beras wangi cap Lagenda. Rasalah nasi tu jugak. Kalau macam tawar, tambahkan garam n marjerin.

7. Untuk sup. Saya suka tapiskan air lebihan rebusan tadi. Sebab suami saya suka sup yang clear je. Kalau tak nak tapis pun tak apa. Panaskan air tu, masukkan kacang tanah. (tak nak pun tak pe, tapi kami suka sebab kacang tanah ni ada rasa manis- manis sikit). Bila dah hampir mendidih, masukkan kiub ayam atau serbuk pati ayam.  Tambahkan garam sebagai perasa. Dah siap nanti baru tabur daun bawang dan daun sup.
Tapi saya tak suka bau daun sup. Sebab tu kadang- kadang saya tak letak.

8. Bila dah settle semua, bolehlah goreng ayam. Jangan buang campuran kicap, minyak bijan, madu dan sos tiram tu. Sila panaskan dan tambah air untuk dapatkan kuah kicap yang sedap. 

Ok dah siap. 
Mudah kan. 8 step je.
Kalau kamu nak adjust resepi ni ikut citarasa kamu pun ok je. Tapi saya rasa inilah cara paling senang dan sedap untuk buat nasi ayam. 

Kalau dah try buat, sila bagitau resultnya ya.

Selamat mencuba!!!!

tips; Kalau buat nasi ayam memang saya suka guna beras wangi sebab lembut dan gebu. Ayam pula, jangan potong terlalu kecil sebab nanti macam tak berapa sedap bila makan rasa kejung je. Tak rasa lembut pulak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 23, 2011

m a l a s + t e n s i o n

Saya dilanda kemalasan melampau sekarang ni.
Malasnya nak kemas rumah.
Or, buat apa- apa tentang rumah ni.
Dah naik tension dibuatnya.

Kan saya cerita dah kan.
Sekarang ni musim tengkujuh.
Hari- hari hujan lebat then siap pakej dengan angin sepoi- sepoi tak da bahasa tu kan.
Hujan lebat ni telah mengakibatkan bahagian dapur rumah dimasuki air.
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Tiap- tiap pagi bangun tidur kena mop lantai dapur tu. 
Mop pulak kan sepenuh hati. 
Then, petang tu kalau hujan sampai malam.
Esoknya ada lagi air masuk.
Saya pun tak tau air masuk dari mana?
Maybe ada bahagian lantai or dinding yang tak elok kot.
Jangan harap saya nak pi check semua tu.
Di luar tanggungjawab saya kot. hahahhahahhahahahahha.......
Tapi husband kata kat bahagian dinding tu ada lubang.
Lubang bekas salur air washing machine.
Tapi saya tak tau pun lubang tu kat mana.
Dah suruh dia buat.
Tutup la lubang tu kan.
Tapi ................................ x da maknanya.
T_T

Lepas tu,
kat beranda rumah pun menjadi salah satu spot yang saya benci dah.
Tempias ok.
Hari- hari kena bersihkan air kat situ.
Kadang- kadang kalau saya tengok air tu macam tak banyak sangat kat lantai beranda, saya biar je dengan harapan dia kering sendiri.
Kalau hujan lebat je tak apa.
Tapi kalau hujan dengan angin sekali, memang mendapat lah.

Bilik air pun sama.
Kat sini, saluran air paip kitaorang pasang sendiri.
Buat dari sungai.
JBA tak ada pun.
Yang ada cuma kat Kampung Tekek tu sebab kat sana bandar sikit lah.
Ada airport, klinik, sekolah dan jabatan- jabatan kerajaan semua kan.
Kampung yang lain- lain ni semua sekadar di pinggiran je.
Bias kan.
So, kalau hujan lebat- lebat tak berenti, air sungai jadi keruh.
Maknanya air kat rumah kami pun kotor dan keruh la kan.
Semalam adalah the worse day.
Dah la period.
Pastu nak ter'kareb' (terbalikkan la ejaan kareb tu ya).
Sekali masuk toilet, buka paip.
LOL
Air Kopi O Ais yang keluar.
Aduh.
Saya pun buka je paip air tu sampailah air jernih sikit, baru saya buat segala yang dihajati tu.
Sampai dah nak petang kot, barulah air clear semula.
Saya tak mandilah semalam pagi tu.
Just buat apa yang patut je kat dalam bilik air.

Nak basuh baju pun masalah jugak.
Bila air kotor, memang kejap- kejap mesin tu bunyi dan macam ter'pause' lah kan.
Sebabnya, kotoran tersumbat kat bahagian tapis air tu.
Kena buka untuk bersihkan.
Adalah lebih 10 kali kena buat macam tu untuk siapkan satu kitaran basuh baju.

Korang yang baca ni dapat rasa sikit- sikit tak kesusahan saya ni?
Ke korang gelakkan saya je sebab duduk kat tempat terpencil macam ni?
arrrrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Tension lah.
Tapi tension macamanapun.
I still heart this place.
Even sometimes I feel bored.
Boring bukan sebab apa.
Sebab susah nak dapat makanan yang saya suka kat sini.
hahahahahha.
Then, saya kan selalu merindui kawan- kawan saya.
Kat sini saya bukan ada kawan sangat.
Tapi tak kisahlah.
Biar tak ramai kawan.
Kalau ramai sangat kawan pun, tapi menyakitkan hati buat apa kan.
lol
Tetiba je kan.


Wednesday, December 21, 2011

c o u s i n . k a w e n

Akhirnya.
Dah lebih sebulan pun semua majlis ni berlangsung.
Saya pun dah lama janji nak cerita pasal cousin- cousin yang kawen ni.
Majlis berlangsung pada minggu yang sama.
Dua tempat yang berbeza.
Tiga perkahwinan.

Ok.
Start dari majlis kahwin cousin kat Kemaman 18 November.
Kitaorang sampai pun dah malam.
Then, campur sesat kat bandar Kemaman tu nak cari hotel kan.
Kitaorang sampai rumah pakcik saya, dah nak siap majlis nikah anaknya yang sorang tu. 
Malam tu majlis nikah anak kedua cik Yon. Nasiha Sakina.

Then esok paginya,
anak pertama cik Yon, Nurul Fatihah pula bernikah.
Majlis sanding pulak, lebih kurang sama- sama je lah.
Lepas tu makan beradap semua.
Potong- potong kek.
Belum habis majlis my family and I dah gerak nak balik pulak sebab malam tu cousin kat Rompin pulak nak nikah.
Waktu majlis- majlis ni semua berlangsung, kondisi saya tak stabil. Diri adalah di bawah pengaruh dadah ubat- ubatan.
Saya demam teruk, Selsema, batuk...grrrrrr... tuhan je yang tau.

***Untuk Cik Yon, Cik Ani, Teha n Kina. Angah mintak maaf sebab tak dapat nak bagi komitmen kat majlis kamu semua. Badan pun tak sihat. Lepas tu terkejar- kejar nak balik ke Rompin majlis kahwin cousin 
Abg . Epeq pulak. Sorry sangat- sangat. But, satu benda nak cakap... makanan adalah sangat super sedap!!!!!! 

Cakap banyak pun tak guna kan. Majlis pun dah habis. Entah- entah cousin- cousin aku ni dah pregnant agaknya. hahahhahah...
Enjoice their picture!!!
Ni picture dari official photographer diaorang yang saya curi kat fb.
Jangan marah rrrrrrr
 Outdoor photoshoot. Kalau saya belum balik, confirm ada terselit jugak kat belakang tu

L-R; Azlan, Kina, Teha n Pian. Congrats!!!!

Cantik kan photographer diaorang amik gambar. 

('',)

Gadis- gadis gedik yang lain tu adalah cousin- cousinku yang gilo macam aku jugak. Lepas ni giliran siapa pulak?

Love this pic so.....so...so... much.

Congrats again. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ok. 
Now proceed to majlis kahwin cousin kat Rompin. Actually, ni husband punya cousin. After saya kahwin memang kami tak berapa rapat. 
Tapi bila dah mula mengenali sikap gilo masing- masing, kitaorang jadi teramat rapat.
Nama dia Ika.
Mula- mula dulu saya macam tak berapa bagi dia nak kahwin awal. Coz saya kata dia muda sangat.
Tapi lama- lama I realize yang suka hati dialah kan nak kawen.
Jodoh dia dah sampai.
hahahhaha...
Tapi sebenarnya, saya takut lepas kahwin nanti kitaorang tak boleh nak hang out sama- sama.
Oh, rupanya tak. Kitaorang masih boleh jalan sama- sama sebab husband dia kerja kat my hometown.
Simpang Renggam, Johor. 
Then, bila husband dia outstation dia akan balik duk umah family kat Rompin. 
So, tak akan ada masalah.

Majlis nikah Ika 19 November.
Tapi malam tu memang saya flat gila.
Mula- mula macam tak larat je kan nak pergi rumah dia.
Demam memang dah kronik.
Saya pergi jugak tapi akhirnya hanya tidur je kat dalam bilik pengantin. lol.
Tak dapat tengok pun majlisnya.
Tapi masa resepsi esoknya, saya telah cuba yang terbaik untuk menjadi gagah.
Dapat jugaklah tolong buat kerja.
Jaga bahagian goodies bag je pun.
Tapi serius penat sebab ramai gila tetamu.
Then, petang tu ikut pengantin buat outdoor photoshoot. 

Picture- picture Ika ni, semua saya edit sendiri.
Tak adalah cantik mana.
Bukan profesional kan.
hahahhahah...
Enjoice!!!!
Yang ni, curi dari dalam fb. Hujung belah kanan tu pengapit.

Saya memang suka edit gaya picture lama kot.

Yang ni from my lense jugak tapi tak edit.

HDR effect.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Ika di malam nikahnya. Pic ni curi dari fb dia, then saya edit.

ambooiiii.. seronok nampak!!!

Sama cantik, sama padan.

Congrats to all cousin yang dah selamat bernikah this year.
Next year ada lagi.
Tapi tak tau berapa orang yang akan kawen.
Semua pun dah kawen, nak kawen..maknanya?
Kita dah semakin tua....!!!!
Oh....can't believe it.
Rasa masih baru je kita main panjat pokok sama- sama, mandi sungai sama- sama, main kawen- kawen...tetiba dah kawen betul- betul.

Eh, chopppp!!!!
Ada satu lagi tertinggal.
Majlis kawen jugak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Selamat pengantin baru!!!!!
hahahahahha...
Matilah kuat perasan kan!!!!
Pengantin dah lapuk kot.
Happy 3rd anniversary for us!!!




g r r r r r r r r r r r r r r r

hari adalah HUJAN .
****sila maafkan kesalahan tatabahasa saya***

saya dalam kesejukan.
bangun tidur tadi macam ada cerita nak tulis.
Tapi sekarang otak dah beku.
ggggrrrrrrrrrr.
Masuk hari ni, dah 5 hari tiada perkhidmatan feri.
Laut sangatlah bergelora.
Angin pun kencang.
Kalau tengah tidur malam- malam boleh sedar sebab bunyi angin yang kuat.

Ok.
nanti dah ada idea nak menulis lagi, saya post new entry ya.
Bye.

Monday, December 19, 2011

n e w . r e s o l u t i o n

Dalam beberapa hari ni, kalau baca blog orang mesti ada yang cerita pasal azam baru 2012.
Macam- macam azam baru diaorang tanam. 
Ada yang nak beli kereta baru, rumah baru, nak kahwin, nak tunang, nak pergi Mekah, nak itu, nak ini segala- galanya nak.
Saya pun ada jugak azam baru.
Banyak.
Memang banyak.
Tapi entah lah. belum terfikir lagi nak tulis kat blog hari ni.
Mungkin next week ke.
Atau pun last week on December ni.

Tapi korang ni, sibuk dengan new resolution, yang tahun ni punya dah penuh belum? Dah dapat semua?
Untuk saya, hampir 80% la tercapai.
Itu pun tak semua yang benar- benar saya hajati tercapai.
Macam jam, yang saya impi- impikan sangat adalah jam Gucci. 
Tapi sebab budget bukan ada banyak sangat kan ***kata penganggur,  tak boleh demand lebih- lebih kat suami*** so, yang dapatnya jam cap DKNY je. Itu pun ada less 10%.
Laptop pulak konon nak MacBook Air, yang dapatnya HP je. Pun boleh.
Wallet nak DKNY dapat Harrods***tapi tak pe, wallet harrods kuningku ini memang best***

Yang lain- lain ada juga la yang tak dapat dipenuhi contohnya macam zuriat.
Memang kami dambakan nak ada anak secepat mungkin.
Ya lah. Orang kata kan anak tu penyeri rumah tangga.
Tapi nampaknya selepas 3 tahun berkahwin, kami belum ada rezeki lagi.
Macam- macam produk kami dah cuba.
Dari yang murah kepada yang mahal.
Tapi masih belum diberi peluang lagi.

Apa- apa pun kami akan terus cuba, dan mencuba.
Rakan- rakan semua pun doakanlah saya kami ya!!!!

xoxo


Saturday, December 10, 2011

b i n i . p s y c h o

Tak pasal- pasal kan saya.
Bini sape plak yang saya duk nak mengata ni.
Tak ada pasal lah kan saya nak mengata kat orang lain.
Saya lah yang saiko itu!
hahahhahaha...

Tadi kan layan rancangan ni

(image dari google)

Sambil tengok kat tv, saya main online dalam website Astro.
(rancangan ni kat Astro Ria saluran 104)
Saya kan haruslah terjerit- jerit sakan kalau jawapan betul.
Pastu masa duit RM 500,000 jatuh.
Gila rasa nak nangis.
Paling tension masa tengok peserta perempuan dua orang tu main hentam je jawapan.

Husband apa lagi.
Keluarlah ayat dia kan.
Kata ''kesian lah dapat bini psycho macam ni. Muka dah lawa. Sayang ke orang molek- molek tapi psycho rupanya. Hai lah nasib.....''
hahhahahah...
Psycho dia bagi kat saya.

Iyelah, main macam ni mesti penuh feel kan.
Bila kalah dalam pertandingan mesti rasa nak nangis kan.
Whatever lah dia nak kata apa.
Yang penting saya seronok.
Tak sabar pulak nak tunggu esok.
Ada lagi rancangan ni.

Eleh, dia lagi gila psycho kalau tengok bola sepak.
Siap kata kalau lah dia belum pencen, mesti Liverpool amik dia main.
Entah apa- apa kan.
Laki sape lah tu.
(nanti ada masa saya upload la pic zaman dia star sangat main bola sepak tu ya)

Ok, enough mengarut. Hope saya masih bernasib baik.
XOXO

p/s; kesian Encik Hazeri ni kan. Malam ni dia kena tidur jugak dengan perempuan psycho ni.



Tuesday, December 6, 2011

M a c a m . T i p u . K a n !

Korang semua nampak sunset tu? Nampak kan!
Itu adalah sunset depan rumah saya petang tadi. Kan petang tadi saya baru publish entry pasal hujan ribut bagai, musim tengkujuh la apa kan. Tapi tetiba petang tadi, langit cerah. Then after two weeks this is my 1st time dapat tengok sunset. Sebab selalunya kalau tak hujan, mendung je kan. So mana nampak sunsetnya.
Alhamdulillah petang tadi cerah. Hope dapatlah cerah 3, 4 hari. Bolehlah saya nak basuh cadar, selimut n baju yang tebal- tebal. Kata husband esok akan cerah coz setelah hujan je beberapa hari, maghrib tadi ada binatang tu yang selalu hurung kat lampu tu. Kamu panggil apa ek? Saya panggil kelkatu. Mak saya panggil Laron (bahasa jawa kot). Dulu masa saya kecik, selalu confuse nama serangga ni. Kadang- kadang saya panggil kunang- kunang (kelip-kelip). Padahal kan jauh beza dari kunang- kunang. Hahahahah...
Bila dah sekolah, ada dengar cerita dari kawan yang mak dia kata kalau ada nampak kunang- kunang dalam masa seminggu akan ada orang yang kita kenali meninggal dunia. Sungguh saya tak percaya. Siap pernah tangkap kunang- kunang lagi. Pastu tunggu dalam beberapa hari tu nak dengar ada tak orang mati. Tak ada pun.
Mengarut je saya ni kan. Lepas tu, masa kerja kat travel agent, siap ikut trip bawa pelancong g tengok ''kelip- kelip di Kuala Selangor''. Pastu masa dah sampai konon tak nak naik bot tu n tak nak tengok kelip- kelip tu. Konon takut nanti nak dengar berita kematian. Habis- habisan saya kena gelak ngan tour guide masa tu. Dia kata sepanjang hidup dia bawa pelancong, tak pernah dengar orang tak nak tengok kelip- kelip tu dengan alasan macam saya. Selalunya orang tak jadi nak tengok bagi alasan takut nak naik bot tu or takut ada buaya or takut kena gigit nyamuk je. Tiba kat saya dapat pulak alasan macam tu.

Oklah. Tadi sebenarnya nak cerita pasal sunset je. Tetiba masuk bab kunang- kunang ni pulak. Bye.

T I O M A N . I S L A N D ( announcement)

Semalam kan dah menabur janji nak update pasal Tioman kan.
So, inilah dia.
Tapi kali ni tak ada gambar ke apa, sebab musim- musim hujan ni tak kuasa nak turun dari rumah atas kayangan ni ke tanah semata- mata nak ambil gambar.

Sekarang ni kat Tioman sedang dilanda musim tengkujuh. Actually start monsoon season ni dari pertengahan bulan November lagi. Tapi asyik delay je kan nak update. Then, saya pun aritu keluar dari pulau ni almost 10 hari. Cuaca memang tengah tak menentu. Kadang- kadang hujan dari malam sampailah esok petangnya. So, macam tak ada aktiviti sangatlah nak buat kat sini time macam ni. 

Jadual feri pun ada perubahan. Dah tak ada feri sehari 3, 4 kali. Sehari adalah sekali sahaja. Masuk pulau sekali. Keluar dari pulau sekali. Itupun hanya Jeti Mersing sahaja. Dari terminal Jeti Tanjung Gemok tak ada ya. Then, sometimes perkhidmatan feri terpaksa dihentikan 2,3 hari sebab angin kencang. Kalau hujan lebat tak apa lagi. Tapi kalau angin kencang memang terpaksa la feri cuti sebab bahaya. Bila angin kuat, laut pun bergelora.

Sebab jadual fery yang tak menentu, lepas tu cuaca yang tak elok kebanyakan resort dan chalet tutup. Normally diaorang akan buka untuk new season pada pertengahan February. Tapi dari desas desus yang saya dengar, untuk season 2012 ni kebanyakan resort akan start operasi semula pada pertengahan bulan January sebab diaorang nak kejarkan Chinese New Year punya holiday. Hope time tu cuaca dah ok lah ye. Sebab macam kesian kat orang yang datang melancong tapi tak dapat buat aktiviti sebab hujan je.

Walaupun resort banyak tutup, tapi ada yang tetap buka. tapi musim macam ni memang jangan nak cari yang jual pakej la. Semua jual bilik je. sebab pakej kan sekali dengan aktiviti. Kalau dah hujan je hari- hari nak snorkeling or trekking macamana kan. Bilik pun diaorang jual murah je. Macam, bilik yang biasanya harga RM 150 dapatlah harga RM100 or RM 80 je. Bilik kipas yang RM 50, dapatlah menginap dengan separuh harga kan. Tapi risiko besar la time macamni nak holiday. Bayangkan awak amik cuti 3 hari. Tiba- tiba time nak balik tu feri tak ada. Contoh perkhidmatan feri tak ada selama 4 hari. Macamana? silap- silap kena buang kerja. hhehhehehehh...

Untuk bab makan pulak. Restaurant memang banyak tutup la. Contoh kat Kampung saya ni Kampung Air Batang (ABC Village) cuma ada 2 je kot kedai makan yang buka. Yang lain semua tutup. Dan semua orang pun time musim macamni suka duduk kat luar (tanah besar semenanjung la). Tapi kalau kat Kampung Tekek tu banyak variety la sikit kedai makannya.

Walaupun perkhidmatan feri sedikit bermasalah waktu ni, perkhidmatan kapal terbang ada je setiap hari. So, mana- mana yang nak datang naik flight boleh je. Flight dari Singapore dan Subang sahaja. jangan nak ngada- ngada pergi airport lain then tanya nak beli tiket ke Tioman. Memang tak lah kan. Flight Berjaya Air sahaja.Tambang pun ada diskaun kot sebab tak ramai orang naik. Kalau nak stay kat Berjaya Hotel boleh je sebab diaorang punya hotel memang tak tutup lah. Open je sepanjang tahun.

So, dah baca ni harap- harapnya tak adalah tiba- tiba orang call saya nak tanya pakej percutian musim cuti sekolah ni. Sebab sepanjang musim tengkujuh ni, ada jugaklah 4,5 orang dah call tanya pakej. Memang tak adalah. Tapi kalau kamu backpackers yang sama- sama nak merasai musim tengkujuh bolehlah contact saya.

Bagi yang nak booking pakej untuk next year pun dah boleh je. Just bagitau saya details macam bila nak datang? berapa orang? nak tempat yang macamana ( which is tempat yang sunyi ke, happening ke, romantic ke kan...) Lepas tu jangan lupa bagi budget jugak. Sebab, lain orang lain kemampuannya kan. Start this season, Azra prefer korang email je kot. Tak payahlah guna sms or call. Sebab email macam detail sikit kan. Boleh tulis panjang- panjang.
Bagi yang tak tahu. Ni Azra bagi email ya.

hazeriazra_8185@yahoo.com

Ok. Itu sahaja buat masa ni. Bye.



Monday, December 5, 2011

T a k . H a b i s . L a g i ?

Apa kejadahnya cerita roti canai dari pagi ke malam kan.
Tapi dah orang tanya. Saya jawab lah kan.
Kawan saya sms tadi, tanya pasal roti canai segera yang saya makan tu.
Ni saya letak picturenya ya. Harga jangan tanya sebab saya dah tanya husband, dia pun tak tau berapa RM. Dia main ambik je barang kat kedai then bayar. Tak tengok pun harga- harga ni. Pastu kat paket tu pun tak ada harga kan.

Ok.
Itu je nak bagitau.
Jumpa esok.
Insyaallah esok saya update pasal Pulau Tioman ya.
Lama kan dah tak cerita pasal Tioman.

M a k a n a n . S e g e r a

Pagi tadi breakfast makan makanan segera.
What? Mee Maggi?
Tak adalah...
Saya makan roti canai segeralah.
Roti canai tu sedap je walaupun frozen food kan. Lembut je macam baru order makan kat kedai mamak. Saya makan dengan sambal telur hancur. Nanti kalau dah rajin, saya bagilah resepi sambal telur hancur tu.
Ala, tak susah pun nak buat. Hahhahaha... Tapi malas lagi nak tulis sebab kan berblog dari bb, susah la nak type banyak- banyak.
Jari saya dah la size mak gajah kan.

Saturday, December 3, 2011

n a f s u . d a h . m a r i

Motif tajuk entry nafsu- nafsu bagai ni apa ke hal nya?
Lucah la.
Hhahahhahahhahha....
Saya maksudkan nafsu makan tau.
Bukan nafsu lain ya.
Kan saya dah demam dari 19 hb November aritu.
Pas abis demam, batuk pulak tak baik- baik.
Pastu bengkak gusilah.
Ni pun bengkak gusi tak baik lagi.
Malas nak snap picture gusi bengkak tu. 
Nanti korang kata gigi saya tak cantiklah, kuning lah.. hahaahahah..
Yang bengkak pulak tu gusi kat bahagian depan.
Kat tengah- tengah gigi kapak ni.
Semalam dah berlaku pendarahan.
Thought dah nak surut lah bengkak tu.
Tapi bangun tidur pagi tadi, masih ada lagi.
So, sebab macam- macam penyakit yang datang, nafsu makan saya pun hilang sedikit demi sedikit.
Makan banyak je, mesti rasa nak muntah la.
Pening lah.

Dah lah.
Tadi kan nak cerita pasal nafsu makan.
Masuk pulak cerita darah- darah lah, muntah la.
Entah apa- apa kan.

Ni dinner saya hari ni.


Ikan kerisi bakar cicah kuah kicap n kuah asam.

Memang kami selalu makan nasi, lauknya satu je.
Husband saya jenis manusia yang mudah diurus.
Makan pun tak lah susah mana nak sediakan untuk dia.
Ikan ni hasil pancingan dia petang tadi.
Banyak jugak lah dapat.
Ikan Kerisi, Kerapu, Cermin and ikan lain- lain tak tau nama.
So, minggu ni hari- hari lah siang malam makan ikan kan.

Mula- mula dalam pukul 6.30 petang tadi saya dah masak nasi.
Memang masak nasi lebih sebab dah rancang kalau tak habis, esok pagi bangun tidur boleh la saya masak nasi goreng untuk makan sorang- sorang waktu pagi.
Lepas tu nak potong ayam.
Kononnya nak masik paprik.
Masa tengah fikir cara nak potong ayam tu, husband balik dengan ikan sebaldi.
Dia kata nak makan ikan malam ni.
So, ayam tu saya masuk freezer semula la kan.
Esok- esok je lah potong.

Tanya dia nak masak apa ikan ni?
Asam pedas ke? Masak sambal ke?
Dia kata, tak payah susah- susah.
Bakar bodoh- bodoh je.
Ok.
Saya pun seronok la sebab orang suruh buat kerja senang je kan.
Husband nak makan ikan tu 2 ekor.
So, untuk saya sekor sudahlah kan.
Kata tak berapa selera nak makan.
Gusi sakit kan.

Waktu makan tu saya tetiba rasa lain macam je.
Rasa nak tambah nasi.
hahahhahahhahhah....
Lama dah kot perasaan ni hilang.
Mana pernah makan bertambah sejak dua menjak ni.
Makan tak habis adalah.

Husband pulak bagi sokongan suruh tambah nasi.
Siap nak bagi separuh ikan dia kat saya.
Last- last, nasi yang konon masak lebih tu habis licin.
Kuah kicap n asam tu konon buat banyak boleh simpan untuk esok- esok kan.
Harammmmm...x da balance pun.
Licin je semuanya.
Siap masa dah basuh pinggan tu cakap kat husband esok tengahari nak bakar ikan lagilah.
Nak makan sorang- sorang.

Husband gelak- gelak je sebab dia kata lama tak tengok saya makan banyak.
Pastu dia kata patut tadi bakar ikan 5 ekor****errkk..gila ke apa...nak makan berdua je.

So, saya rasa bermula esok rancak baliklah saya duk kat dapur.
Semangat tu, ikan banyak kan.
Haruslah ayam yang sekor tu tak bersentuh dalam freezer jawabnya.
Berlagak lah kan ada ikan.
hahahhahha....

*Petang tadi tetiba rasa nak minum cool blog. Masa kat luar aritu tak dapat minum sebab demam.
*Benci perasaan macam ni.