Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, December 19, 2011

n e w . r e s o l u t i o n

Dalam beberapa hari ni, kalau baca blog orang mesti ada yang cerita pasal azam baru 2012.
Macam- macam azam baru diaorang tanam. 
Ada yang nak beli kereta baru, rumah baru, nak kahwin, nak tunang, nak pergi Mekah, nak itu, nak ini segala- galanya nak.
Saya pun ada jugak azam baru.
Banyak.
Memang banyak.
Tapi entah lah. belum terfikir lagi nak tulis kat blog hari ni.
Mungkin next week ke.
Atau pun last week on December ni.

Tapi korang ni, sibuk dengan new resolution, yang tahun ni punya dah penuh belum? Dah dapat semua?
Untuk saya, hampir 80% la tercapai.
Itu pun tak semua yang benar- benar saya hajati tercapai.
Macam jam, yang saya impi- impikan sangat adalah jam Gucci. 
Tapi sebab budget bukan ada banyak sangat kan ***kata penganggur,  tak boleh demand lebih- lebih kat suami*** so, yang dapatnya jam cap DKNY je. Itu pun ada less 10%.
Laptop pulak konon nak MacBook Air, yang dapatnya HP je. Pun boleh.
Wallet nak DKNY dapat Harrods***tapi tak pe, wallet harrods kuningku ini memang best***

Yang lain- lain ada juga la yang tak dapat dipenuhi contohnya macam zuriat.
Memang kami dambakan nak ada anak secepat mungkin.
Ya lah. Orang kata kan anak tu penyeri rumah tangga.
Tapi nampaknya selepas 3 tahun berkahwin, kami belum ada rezeki lagi.
Macam- macam produk kami dah cuba.
Dari yang murah kepada yang mahal.
Tapi masih belum diberi peluang lagi.

Apa- apa pun kami akan terus cuba, dan mencuba.
Rakan- rakan semua pun doakanlah saya kami ya!!!!

xoxo


2 comments:

didil said...

insyaAllah..aku doakan ye eton!

Nazratul Azra said...

thanks Didil kesayanganku!!!!