Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, January 31, 2012

t a k . a d a

Hari ni tak ada cerita yang nak disampaikan. Sorry.
Internet gilo.
Aku taip bagai nak rak, tak boleh publish. Ingat kan ada la termasuk dalam draft tu.
Tapi tak ada jugak.
Ni membebel ni pun melalui bb je.
Malam ni saya try lagi. Itu pun kalau malam ni tak teman laki pi jetty mancing ikan.


*masalahnya ada ke orang yang menunggu entry baru dari blog aku yang tak semenggah ni?*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 30, 2012

m y . p a r t n e r . i n . c r i m e

Jenayah apa?
Mana ada jenayah.
Saje gedik- gedik tak tau nak tulis tajuk apa.
Patut ni entry last year.
Tapi kira halal je lah ye.
Ada yang dah masuk 5 bulan dalam draft sebenarnya picture- picture ni.
Hahahhahah.

Actually nak cerita pasal sorang kawan perempuan.
Kitaorang kawan dari Form 1.
Sekelas masa kat Kluang High School tu.
Tapi aku duduk asrama, dia tak.

Dia adalah partner aku jalan- jalan.
Every year memang kitaorang jadikan KL tempat lepak.
Then, kitaorang memang akan berjoli bulan June or July sebab tengah megasale kan.
Sebab tu pilih KL sebagai destinasi.

Ini dia my partner in crime, Farhana.


Masa ni lunch kat Concorde, kawan aku belanja. Abaikanlah muka aku terlebih seronok dapat makan buffet tu ya. Masa ni dah habis makan kot.

Ada orang kata muka kami nak sama sikit.
Iye ke?

Dia dah nak kawen this year. Tapi kami dah janji akan tetap teruskan tradisi bercuti berdua.
Insyaallah.

Jalan dari siang sampai malam tak mau balik bilik.
Pavi dah nak tutup baru sedar diri nak balik.

Dia pemandu berhemah ya tuan- tuan dan puan- puan.
Pernah dalam tahun 2007 kitaorang dari Kluang sampai Seri Iskandar, Perak lebih kurang 5 jam je.
Itu pun kitaorang dah berenti kat R&R dalam sejam.
Aku memang tawakal je naik keta dengan dia ni.
hik..hik..

Babe, kalau ko baca ni.. Hope ko ingat ni kat toilet mana ek

Sorry sebab aku tak pernah jadi photographer yang baik untuk ko. Serius aku nervous nak snap picture ko sebab ko kan handal.

Picture ni adalah profile pic fb aku sekarang. Masa ni kat Robinsons. Orang tu paksa- paksa nak suruh try mascara. Sumpah aku malas layan masa tu. Tapi still dia paksa kan. So, layankan je.


 Ni la hasilnya kalau jalan dengan Farhana.

This year boleh tak kita jalan- jalan, lepak - lepak je. Tak payah beli pape? Boleh tak? Ko tak kesian ke kat aku. Aku ni dah lah penganggur kan. 
Can't wait for this coming June my dear!!!

Sebenarnya, lately aku memang selalu rindu kawan- kawan aku dari STK ni.
Bukan sebab apa, sebab kan kitaorang ramai yang duduk hostel.
Tu, yang macam rapat sangat.
Selalu dapat jumpa mesti kat majlis- majlis kawen je kan.
Last ada buat reunion pun if aku x silap 2006 ke 2007 kan.
Bila nak ada lagi? Tahun 2020 ke?

Ni masa Mala kawen last year. Ada 2 orang kawan aku tengah pregnant dalam picture ni.

Ni pulak picture masa CT punya majlis November baru ni. Dialah paling latest yang dah kawen.

Ni masa majlis Didil. Tapi sorry pengantinnya lambat, so kitaorang dulu ya.

Yang ni pulak masa Eda's wedding. Husband dia pun satu sekolah jugak dulu. Tapi diaorang bukan bercinta time sekolah.

And lastly, antara ramai- ramai geng asrama, minah yang ni kawen dulu. Memang tak disangka tak diduga okeh!
Aku first sekali kawen antara kami ramai- ramai ni.


Gila. Bukan gedik ke apa ek. Jodoh dah sampai.
Tahun ni pulak Farhana pun akan kawen jugak insyaallah.
Kalau ikut rancangan maybe lepas raya.
Dia nak kawen aku yang gelabah lebih sebab aku kena lah jadi adviser dia kan.
Eleh, adviser lah sangat.
Bukan dia ikut pun kata aku nanti.
hik...hik...
Insyaallah jugak, percutian kami this year adalah untuk hunting barang hantaran dia.
Pasangan dia adalah bf dia dari form 1 ke darjah 6 kalau aku tak silap.
Gila lama bercinta memang patut kawen ok!!!
Dah lah bercinta tak ada clash clash ke apa kan.
Tabah siot pasangan ni.

Me wish u da best babe!!!!


p a g i - p a g i . d a h . s a k i t . h a t i

Aku tak suka tau nak marah- marah.
Muka belum botox lagi ni.
Kedut pulak nanti.

Tapi kalau tetiba ada orang buat kita sakit hati macamana?
Nak ngadu kat sape?
Kat laki?
Hmmmmmmm....
Laki saya jenis tak suka campur urusan perempuan.
Malas layan.

Apa perasaan korang kalau orang lain tetiba nak mengata berkati- kati tentang korang?
*aku rasa popular sebab orang tu sanggup luangkan masa cerita pasal aku*
Boleh gitu?

Aku mula- mula malas masuk campur bila kawan- kawan aku meroyan kat fb tulis macam- macam status 5 minit sekali.
Memang, aku tak ada hati nak like ke, comment ke apa ke kan.
Tapi bila aku tau benda tu melibatkan aku.
Ko memang saje cari nahas kan.

Aku memang ada beberapa orang kawan kat sini.
Agak rapat lah.
Selalu jugak kitaorang buat aktiviti sama- sama macam swimming, karaoke, main masak- masak.
Sampai ada orang bagi nama kat group kitaorang.
Geng Kak Limah.
Pada aku, it's normal lah kan for having a group of friends yang boleh kita kongsi cerita, buat itu ini sama- sama.
Aku tak rasa pun benda ni jadi masalah.
Tapi adalah suara- suara sumbang yang duk sibuk kata kami ni kalau lepak- lepak duk mengumpat, mengata orang sana sini.
Nape?
Ko retis ke yang kitaorang sibuk sangat nak ambik berat?

You are nobody lah!

Sampaikan saiz badan kitaorang pun kau nak jadikan bahan kan.
Motif kau apa sebenarnya?
Kau tu bersyukur lah patutnya ALLAH bagi badan cantik, tinggal nak jaga je kan.

Then, kau perasan sangat kitaorang mengumpat ko tu kenapa?
Aku dengan kau memang tak pernah bercakap pun kan.
Nama sebenar ko pun aku tak ambik tau.

Oh, btw satu benda aku tak boleh blah motif kau nak pertikaikan kitaorang yang tak bekerja ni?
Tak payah la cerita pasal aku.
Pasal kawan aku.
Memang start dia kawen dulu dia tak kerja.
Laki dia gaji hampir 10k kot sebulan.
Laki dia memang tak bagi dia kerja.
Ko cemburu ke kami kami ni tak bekerja tapi boleh je setakat ni hidup bahagia tak melarat, boleh beli lagi itu ini untuk penuhi keinginan hidup. 

eeeeeeeeeeeeeeee
Seriously aku benci tau orang baca blog aku ni nampak aku marah- marah macam ni.
Malu tau.
Tapi nak buat macamana.
Sungguh tak stabil emosi aku hari ni.


*nanti petang- petang aku update lah cerita yang berilmiah sikit. 
*thanks kepada yang sanggup baca benda tak berfaedah ni.


Sunday, January 29, 2012

d e m a m . b u k a n . a l a s a n . . . . .

Pagi tadi just makan bihun goreng sikit sebelum makan ubat.
Then, tengahari laki call tanya nak kirim makanan ke apa ke?
Masa tu tak rasa lapar lagi, so tak nak lah kan.
Dalam pukul 11 pagi selepas dadah dah meresap dalam badan, aku pun apa lagi mengantuk lah kan.
Tetiba pukul 12 lebih tu terjaga pulak dah.
Ada jiran menjerit- jerit marah anak dia.
Gila tekanan aku.

Ingat pukul 2 macam tu baru nak bangun.
Tapi terbangun awal.
Layan tengok tv.
Laki balik kerja tadi awal, dalam pukul 2.
Dia ajak join makan Nasi Goreng Ayam.
Aku jual mahal lah kan.

Tengahari tu minum coffee je secawan.

Sambung lagi tengok tv and layan twitter.
Lepas tu dalam 3 lebih dah lapar.
Nak masak mee, sawi tak ada.
Aku macam tak boleh lah nak makan mee goreng kalau tak ada sayur warna hijau tu.
Aku tak boleh nak makan.
Tak tau kenapa.

So, nampak sos prego yang buat Lasagna aritu ada balance lagi.
Apa lagi kan.
Ambik jalan mudah je lah.
Masak Beef Bolognese Spaghetti.
Guna je apa yang ada.





Resepi nanti- nantilah ye.
Belum ada feel nak menaipnya.
Nampak, banyak kan aku makan.
Walaupun demam, makan tetap habis.
hahhahahha......
Tak ada istilah hilang selera makan ke apa untuk aku ni.

Licin je aku makan.
Tinggal Bay Leaf sehelai je kat situ.
*sorry untuk pinggan yang comot tu. Aku rasa dah makan cukup sopan dah tadi.

Aku ni, jenis orang kalau demam tak suka nak makan ubat banyak- banyak.
Sekali je aku makan tadi.
Then, aku buat kerja rumah sikit- sikit.
Keluarlah peluh sikit kan.
Now, alhamdulillah badan pun dah kurang panas.
Tekak dah tak berapa perit.
(",)

***aku rasa tetiba demam ni sebab makan limau CNY banyak sangat kot. Sebab demam kali ni start dari perit tekak. Padan muka aku kan. Orang lain raya, aku yang melebih- lebih.


s e k a l i . l a g i

Demam pulak hari ni.
Last demam on November aritu kan.
Hilang mood nak tengok JJCM n Melodi.


Demam kali ni adalah beserta sakit tekak, batuk sikit- sikit, selsema dan panas badan.

Get well soon Azra!!!

Saturday, January 28, 2012

t h e . m a i n . r e a s o n . w h y . h u s b a n d . r e a l l y . l o v e . h i s . h o m e t o w n

Nak cerita sikit.
Meh gosip pasal laki aku.
Sebenarnya, after kawen dia dah pernah ambik surat nak tukar tempat kerja.
Konon macam nak pindah Kuantan or Penang ke kan.
Dah isi dah borang tu.

Masa tu yang menguatkan hati dia nak pindah tu sebab aku lah.
Aku kata aku nak kerja, bosan kat sini, aku rasa useless sebab konon tak nak sia- siakan degree yang aku ada.
Lepas tu aku kata, tak nak bebankan dia sebab aku nak bayar PTPTN, nak hantar duit kat mak kat kampung kan.

Tapi aku rasa dia macam berat hati sangat sebenarnya nak pindah.
Alasan dia, kat sini siang dia kerja lepas tu malam boleh part- time kat resort.
Lagi pulak kami dah ada kedai souvenir kat sini.
Dia pun ada speed boat untuk pelancong sewa nak pergi snorkeling trip.
Dia kata sayang kalau tinggalkan semua tu.
Kat luar nanti belum tentu senang kami nak cari duit kan.

Lepas sehari....sehari aku fikir.
Betul jugak kata dia.
Kat luar nanti contohnya if dia kerja, gaji dlm 2k lebih.
Aku pulak, kurang lebih sama je gaji macam dia kan if masuk travel agent semula.
So, pendapatan lebih kurang hampir 5k je.
Cukup ke?
Kereta 700.
Makan minum.
Bil? Bil telefon je sebulan sorang dah dekat 300 kan.
Boleh tu boleh lah kan.
Tapi nak beli barang mahal- mahal jangan harap la.

Kat sini, siang dia kerja.
Gaji sama je lah kan.
Tapi malam boleh part time.
Lepas tu pendapatan kedai lagi.
Bot lagi.
Boleh lah menyimpan lebih kan.
*aku bolehlah berbelanja lebih kan*
Kos hidup kat sini memang tinggi sikit. Bahan mentah mahal sebab jauh dari tanah besar.
Tapi bil air memang tak payah bayar.
Sebab buat saluran air sendiri.
Kat sini tak pakai kereta, jimat dah minyak kan.
Just minyak motor je. Beza jauh tu dengan minyak kereta.

So, dapatlah simpan duit banyak sikit.
Tak banyak jugak, sebab bila keluar ke bandar.
Menggila kau membeli.
hahahahha.

Lama kelamaan aku pun rasa, tak perlulah pindah.
Sebab banyak kebaikan dari yang buruk kan kat sini.

But, akhirnya aku dapat agak kenapa sebenarnya laki aku sayang sangat kat pulau dia ni.

Bukan sebab ni,






Ni semua gambar sunset depan rumah kami.
Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH kan.
Kat kampung aku Kluang, memang tak dapatlah kan.
Gambar sunset ni semua tak ada edit ya, serius guna bb je amik gambar.

Eh, tak nak cerita pasal sunset.
Ni aku bagitau kesayangan laki aku kat sini.


Jetty kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Ada apa kat sini? 
Apesal dia sayang sangat?

Semua yang berbaris kat jetty ni kongsi minat yang sama macam dia. Gila joran

Ni ikan dia dapat 2 hari lepas.

Tengok muka orang baru naikkan ikan.

Laki aku memang tak pakai selipar ye kat sini. Kecuali pergi kerja je pakai kasut.

Rokok tetap ye kat mulut muncung dia tu.

Tabah je tunggu ikan.

Muka pasrah tak dapat ikan.

Yang ni ikan malam semalam.

Happy sangat dia kalau dapat ikan.

Selain mancing kat jetty tu, dia selalu mancing naik bot.
Tapi tak adalah gambar atas bot sebab aku tak ikut kan.
Tapi kalau mancing naik bot ikan nya lain pulak.
Macam ikan kerisi, ikan merah, ikan kerapu tu semua.


Sekarang korang pun faham kan kegilaan laki aku.
Rasanya sepanjang hayat pun dia tak nak pindah mana- mana kan.


sob....sob... 
Tak dapatlah aku nak merasa hidup di kota metropolitan.


Pasrah dengan takdir hidup.

*Pesanan penaja; kat sini sebenarnya tak boleh mancing di kawasan 2 batu nautika dari pantai. Means, kalau nak mancing kena jauh- jauh. Tapi kalau macam nak mancing kat jetty tu boleh je. Asalkan tujuan memancing tu saja suka- suka nak buat makan ke apa kan. Kalau nak buat jual memang tak digalakkan. Sebab kalau Jabatan Tamna Laut tau, jawablah korang nak kena bayar denda ya.


T e t i b a . J e !

Aku nampak benda ni dari semalam sebenarnya.
Stat counter tu lepas aku tengok last 5252.
Tu dari 2011 punya.
Sebab last year baru rajin kan nak update.
Tu start dari tarikh berapa hari bulan pun aku tak ingat.
Lepas tu, malam tadi start hilang dah counter kira- kira aku tu.
Siang tadi pun dah memang tak ada.
Cam pelik.
Arghhhhh lantaklah.
Aku buat counter baru. 
Yang memang ada dalam blog editor ni je.
Malas nak cari yang cantik- cantik kat web.
Yang ni aku amik pengiraan dari 2007 lah.
Tak banyak pun beza. 
Sebab 2007 sampai 2010 tu, follower aku tak sampai 10 orang pun.
hahhahahahha.

Janganlah counter ni buat masalah jugak.
K.
Bye.
Banyak kerja lagi ni.
Curi tulang jap.

b u s y k a n . d i r i

Hari ni aku rasa tak sempat nak update blog ni.
Busy.
Bukan busy yang dicari- cari.
Tapi busy yang memang kena buat.

Hari ni mak mertua aku balik.
Mana yang tak tahu, memang aku tinggal serumah dengan mak mertua.
Tapi, even tinggal sebumbung pun kami jarang- jarang jumpa.
Ye lah kan, Pagi, petang, siang, malam kerja.
Kalau pagi, kadang bangun tidur sibuk mandi, basuh baju ke apa tak sempat jumpa nak bersembang ke kan pastu semua terus pergi kerja.
Petang dia balik kerja, aku tak balik lagi dari kedai.
Ataupun if aku balik awal macam pukul 5 ke, dia dah duk dalam bilik dia tidur jap.
Pukul 6.30 dia pergi resort semula.
Malam pukul 10 baru balik.
Kadang malam kalau aku tak de buat pape, memang aku duduk main laptop dalam bilik je.
Dia balik kerja, mandi apa semua, duduk dalam bilik dia.
Tengok tv then tidur.
Kecuali ada cerita best ke, majlis anugerah ke, baru kami tengok tv sama- sama kat ruang tamu.
Kalau tak, memang dia tengok tv dalam bilik je.

Memang jarang sangat dapat duduk bersembang ke apa kan.
Tapi aku ok je lah.
Ramai orang kata tak elok la duduk dengan mertua ke apa kan.
Entah, kalau dah macam ni situasinya, jarang bersua muka.
Kurang sikit kot nak selisih faham ke apa kan.
Tapi biarlah.
Aku bukan kisah sangat benda- benda ni.
Selagi tak ada perkara yang menyakitkan hati sangat, yang buat aku sedih or stress ke kan so, it's fine lah. 

Sebenarnya aku memang nak duduk rumah sendiri.
Tapi kat sini susah la.
Mana ada rumah sewa sangat.
Kalau ada pun, kecik sangat.
Macam chalet tu.
Nak duduk kuarters Malaysia Airport, penuh lagi.
Laki aku tak dapatlah kan. Tunggu ada orang pencen barulah dapat kuarters.

Gilalah melalut macam- macam.
Padahal nak bagitau je, aku busy nak kemas rumah hari ni.
Bukanlah bermakna selama dia tak ada aku tak kemas rumah.
Tapi aku nak kemas bilik FIL aku.
Dah 3 bulan diaorang tinggal.
Haruslah habuk 18 inci kan.
*diaorang ni kalau musim tengkujuh tak duduk sini, duduk rumah diaorang kat Rome..... eh, salah. Rompin*



Muka harus ceria ya nak kemas rumah.
Ikhlas katanya.

(",)

*serius memang sibuk hari ni, lepas kemas rumah, nak masak, lepas duk ngadap lappy semula coz nak buat kerja. Ada orang tempah buat brosur n pamplet resort. Kalau ada masa pun malam lah ye aku update.

Friday, January 27, 2012

A m . I . R e a d y . E n o u g h . T o . F a c e . I t . A g a i n ?


Insyaallah if tak ada aral melintang aku akan sambung belajar in September.
Ya.
Ini bukan cobaan.
Ini betul- betul.

Dah cukup ready ke aku ni?
Dah puas berehat ke?
*gila lama rehat dari 2009 kan.... lol*

Ready ke aku nak menghadap assignment yang bertambun?
Nak kejar waktu sebab buat assignment last minute?
Nak siapkan projek?
Nak study last minute time exam?
Nak berjauhan dengan laki?

Sedia?
Sedia?
Sedia?

Aku harap aku dah cukup bersedialah kan.
Nak tunggu sampai bila.
Lagi pun komitmen aku belum banyak sangat lagi.
Nanti kalau dah ada anak, belum tentu aku sanggup tinggalkan laki dan anak- anak kan.
*anak- anak coz aku memang nak anak ramai*

Tapi if dalam nak tunggu September tu, kalau aku dapat kerja yang baik or aku pregnant ke kan.
Maka, tertangguhlah niat nak sambung buat Master tu ya.

But seriously, aku memang rindukan waktu belajar.
Aku rindu saat- saat rushing siapkan semua benda.
Tapi yang paling aku rindukan,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Aku rindukan Hari Konvokesyen.
Rindu nak pakai jubah konvo ni.
Rindu nak dapat bunga dari laki.
*jangan harap nak dapat bunga dari dia. Seumur hidup selama kenal dia, 2 kali je dapat bunga*

Picture tu masa konvo degree 2009.
Gila huduh kan aku.
Muka bulat.
Rambut pendek.
Masa ni badan start naik.
Ye lah kan.
Baru kawen masa tu.
Kawen November 2008, then February 2009 konvo.
Gila cepat naik badan.
Kawan aku sebelah tu, sekarang dah kawen jugak but still badan maintain je.
Jealous ok.
Padahal nafsu makan dia sama je dengan aku.
*aku salahkan metabolisme badan aku yang lemau mengakibatkan aku gemuk*
Y_Y



Sumpah. Otak Aku Tepu Sekarang

Dah pukul 12 kan. Pukul 2 laki balik nak makan. Ikan ni dah lebih sejam aku keluarkan dari peti. Tapi still tak ada idea nak masak. Ikut hati aku memang asam pedas la kan. Tapi matilah laki aku asyik berasam pedas seminggu 18 kali kan.
*tipu. 2,3 kali je kot*

Nak stim je, cari pengukus tak jumpa. Baru teringat pengukus ada kat resort. Ma bawak pergi sana last year untuk buat kuih kat sana. Lagipun serai n halia tak banyak. Macamana aku nak stim kan. Bahan tak cukup.
Tak kan ikan goreng pulak. Ikan kicap pun aku tak sampai hati. Macam effortless sangat kan. Dah lah laki aku mancing penat- penat. Serious ok, ini ikan hasil memancing, bukan beli. Gila nak beli ikan kat sini. Mahal.

Pergh susah jugak jadi suri rumah. Aku nak pencen lah.
*memang akan pencen pun next week sebab dah start buka kedai semula after 2 month of monsoon season*

Gila sempat nak membebel lagi. Pi lah masak!!!

Thursday, January 26, 2012

Lasagna Serba Kekurangan

Ambik kau.
Nama resepi macam tajuk lagu jadinya.
Ye lah, memang serba kekurangan aku hari ni nak masak.
Tapi nak buat macamana, dah teringin sangatkan.
Konon tengahari tu makan sandwich dah ler.
Rupanya dalam pukul 3 tu dah lapar semula.
Dasar kuat makan kan.

Disebabkan teringin sangat nak makan, aku buat jelah.
Lagipun budak- budak keliling rumah ni dah rindu nak makan Lasagna kan.
Selamat mencuba!!!

1. Sediakan kepingan Lasagna dan cheese. Cheese tu korang gunalah Mozarella ke Philadelphia ke kalau nak sedap dan boleh tarik- tarik macam makan kat Pizza hut tu. Tapi aku tak ada semua tu kat sini. So, aku guna Cheddar je. Yang hancur tu pun Cheddar sebenarnya, tapi nak feeling grated Mozarella kan. So, aku hancurkan. Yang Keping- keping tu untuk bahagian atas sekali. Kepingan Lasagna tu rendam dalam air panas sampai agak lembut. Guna ikut berapa tingkat korang nak. Aku buat 4 lapis je tadi.


2. Sediakan bahan untuk inti daging tu jugak. Orang selalu guna daging kisar. Tapi aku tak suka sebab daging kisar macam tawar la. So, aku guna daging burger. Mula- mula tumis bawang tu guna minyak zaitun. Minyak biasa pun tak salah, marjerin pun boleh. Lepas tu masukkan daging tu, hancurkan dalam kuali. Kalau nak hancurkan sebelum masak tu pun boleh je. Then, masukkan sos Prego Traditional. Kalau nak pedas sikit, masuk sos cili sikit. Letak la garam n gula secukup rasa korang nak. Biasanya orang letak jugak tomato cincang and sayur macam carrot semua. Tapi aku tak ada. Oooppss.. tu ada jugak aku letak english herbs. Bay leaf, oregano n rosemary. Tak letak tak apa coz dalam sos Prego tu dah ada kot.


3. Untuk Sos putih, korang kalau ada sos Prego cendawan tu guna tu je. Masukkan dalam kuali lepas tu letak cheese, kacau sampai sebati cheese n sos tu. Tapi kalau tak ada, boleh buat macam aku ni. Butter sesudu ( aku guna marjerin je tadi). Cheese, susu full cream, tepung dalam 2,3 sudu. Cendawan tu ikut lah nak letak ke tak. Aku letak fresh Shitake. Cairkan butter dalam kuali, then masukkan cendawan. Tepung tu korang bancuh  dengan susu pastu masukkan dalam kuali. Kacau sebati. Bila nampak dah ok semuanya masukkan cheese. Kalau nampak pekat sangat masukkan susu lagi. Tapi memang nak pekat pun benda ni. Sebelum tutup api masukkan garam sikit. 


4. Ni inti Lasagna aku yang dah siap masak. korang susun dalam caserol bowl, tray or loyang ke apa ke yang boleh masuk dalam oven ya. Sapu marjerin dulu takut melekat. Lepas tu start susun kepingan Lasagna dulu. Lepastu letak inti daging tu. Tabur cheese. Letak kepingan lasagna lagi lepastu isi pulak sos putih tu, tabur lagi grated cheese. Ulang step sampai penuh magkuk korang.


5. Bahagian atas sekali lepas letak lapisan Lasagna terakhir, korang tabur kan grated cheese tu banyak- banyak. Then letak Cheddar tu. Sebelum masuk oven, sila tutup guna aluminium foil. Kalau tak, maka hanguslah keju korang tu nanti. Aku bukan setakat tutup. Memang aku balut satu bekas tu. Masa nak start susun- susun tu, boleh dah panaskan oven. Oven aku suhu normal yang aku guna, 180 darjah api atas n bawah. Bakar selama setengah jam.


Ini rupanya bila dah siap ya.
Tak dapat nak lapis banyak- banyak sebab kekurangan bahan mentah ya.
Harap maklum.

Aku memang nak amik picture full yang baru keluar dari oven, tapi budak- budak ni dah tak sabar nak makan. Aku tinggal pi amik handphone, diaorang dah potong. Hampeh.


Next time aku akan pastikan Lasagna aku setinggi 8 tingkat. 


Kepada yang nak try, silalah.
Ko makan kat Secret Recipe RM13 kot kalau tak salah aku.
Mangkuk pun kecik je.
Ni makan 3,4 orang pun kenyang tau.

*Benda macam Lasagna ni dan yang seangkatan dengannya macam Spaghetti, baked Macaroni n Cheese, Pizza, dan benda- benda yang ada cheese banyak- banyak memang aku masak atas permintaan anak- anak jiran je. Laki aku tak makan pun benda macam ni*




n a k . l a g i

Aku teringin nak beli lagi.
nak 2, 3 ,4, 5 .....
Gila tamak punya perempuan.

Dah ada 1.
Tapi nak lagi.
Yang ni besar sangat.
Warnapun warna selamat je kan.
Nak yang medium size, pastu nak yang bold colour.
Yang terang- terang.
Baru rasa muda.

Benda apa sebenarnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tu, nampak tu yang kat tangan tu.


Longchamp aku.
Nak beli lagi.
Yang ni kan besar.
Macam makcik- makcik kan.

Nak warna apa ye?


Banyak lagi kot warna lain.
Merah, ungu, biru.

Ok, start kumpul duit mulai esok.
Sehari RM10.
Cukup dua bulan aku beli.
(",)





B r u n c h . E m o

Mood kan dari pagi tadi tak berapa stabil, bagun tido terus mengadap lappy. Lepas tu tengok tv. Bila lapar barulah cari makanan kat dapur, tapi sebelum tu call laki dulu suruh makan kat kedai je lunch hari ni sebab bini mood ke laut.
Dia pun cakap memang hari ni dia lunch kat kedai sebab balik keje pukul 6.
Urrrrggghhh. Cemana aku boleh lupa arini dia balik pukul 6?
Malas + tak ada benda sangat dalam peti tu, aku buat sandwich je. Lapis bawah tu Tuna+ onion+ mayo. Yang atas tu letak mushroom omelette. Makan ni je dulu. Nanti kalau lapar lagi masak benda lain pulak.