Nak cerita sikit.
Meh gosip pasal laki aku.
Sebenarnya, after kawen dia dah pernah ambik surat nak tukar tempat kerja.
Konon macam nak pindah Kuantan or Penang ke kan.
Dah isi dah borang tu.
Masa tu yang menguatkan hati dia nak pindah tu sebab aku lah.
Aku kata aku nak kerja, bosan kat sini, aku rasa useless sebab konon tak nak sia- siakan degree yang aku ada.
Lepas tu aku kata, tak nak bebankan dia sebab aku nak bayar PTPTN, nak hantar duit kat mak kat kampung kan.
Tapi aku rasa dia macam berat hati sangat sebenarnya nak pindah.
Alasan dia, kat sini siang dia kerja lepas tu malam boleh part- time kat resort.
Lagi pulak kami dah ada kedai souvenir kat sini.
Dia pun ada speed boat untuk pelancong sewa nak pergi snorkeling trip.
Dia kata sayang kalau tinggalkan semua tu.
Kat luar nanti belum tentu senang kami nak cari duit kan.
Lepas sehari....sehari aku fikir.
Betul jugak kata dia.
Kat luar nanti contohnya if dia kerja, gaji dlm 2k lebih.
Aku pulak, kurang lebih sama je gaji macam dia kan if masuk travel agent semula.
So, pendapatan lebih kurang hampir 5k je.
Cukup ke?
Kereta 700.
Makan minum.
Bil? Bil telefon je sebulan sorang dah dekat 300 kan.
Boleh tu boleh lah kan.
Tapi nak beli barang mahal- mahal jangan harap la.
Kat sini, siang dia kerja.
Gaji sama je lah kan.
Tapi malam boleh part time.
Lepas tu pendapatan kedai lagi.
Bot lagi.
Boleh lah menyimpan lebih kan.
*aku bolehlah berbelanja lebih kan*
Kos hidup kat sini memang tinggi sikit. Bahan mentah mahal sebab jauh dari tanah besar.
Tapi bil air memang tak payah bayar.
Sebab buat saluran air sendiri.
Kat sini tak pakai kereta, jimat dah minyak kan.
Just minyak motor je. Beza jauh tu dengan minyak kereta.
So, dapatlah simpan duit banyak sikit.
Tak banyak jugak, sebab bila keluar ke bandar.
Menggila kau membeli.
hahahahha.
Lama kelamaan aku pun rasa, tak perlulah pindah.
Sebab banyak kebaikan dari yang buruk kan kat sini.
But, akhirnya aku dapat agak kenapa sebenarnya laki aku sayang sangat kat pulau dia ni.
Bukan sebab ni,
Ni semua gambar sunset depan rumah kami.
Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH kan.
Kat kampung aku Kluang, memang tak dapatlah kan.
Gambar sunset ni semua tak ada edit ya, serius guna bb je amik gambar.
Eh, tak nak cerita pasal sunset.
Ni aku bagitau kesayangan laki aku kat sini.
Jetty kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Ada apa kat sini?
Apesal dia sayang sangat?
Semua yang berbaris kat jetty ni kongsi minat yang sama macam dia. Gila joran
Ni ikan dia dapat 2 hari lepas.
Tengok muka orang baru naikkan ikan.
Laki aku memang tak pakai selipar ye kat sini. Kecuali pergi kerja je pakai kasut.
Rokok tetap ye kat mulut muncung dia tu.
Tabah je tunggu ikan.
Muka pasrah tak dapat ikan.
Yang ni ikan malam semalam.
Happy sangat dia kalau dapat ikan.
Selain mancing kat jetty tu, dia selalu mancing naik bot.
Tapi tak adalah gambar atas bot sebab aku tak ikut kan.
Tapi kalau mancing naik bot ikan nya lain pulak.
Macam ikan kerisi, ikan merah, ikan kerapu tu semua.
Sekarang korang pun faham kan kegilaan laki aku.
Rasanya sepanjang hayat pun dia tak nak pindah mana- mana kan.
sob....sob...
Tak dapatlah aku nak merasa hidup di kota metropolitan.
Pasrah dengan takdir hidup.
*Pesanan penaja; kat sini sebenarnya tak boleh mancing di kawasan 2 batu nautika dari pantai. Means, kalau nak mancing kena jauh- jauh. Tapi kalau macam nak mancing kat jetty tu boleh je. Asalkan tujuan memancing tu saja suka- suka nak buat makan ke apa kan. Kalau nak buat jual memang tak digalakkan. Sebab kalau Jabatan Tamna Laut tau, jawablah korang nak kena bayar denda ya.
4 comments:
cantiknya sunset!!!!! balik julai ni series akan paksa kwn kwn holiday sini!
every day I'm hoping that I can see a beautiful sunset. Tapi kalau musim hujan, jgn harap nak sunset2.. matahari pun tak nampak ok.
* Datang la, I ada je kat sini
akak pun stay area tepi laut..so blh rasa betapa bestnya selalu tgk sunset..tapi my husband tak suka memancing..terus tangkap ikan dgn bot jer..hehe
kak lily mmg besh!!! duduk perlis nun.. hari- hari makan seafood kat Hai Tian *betul ke eja?*
Tiap hujung minggu pi Thailand.. jealous tau!!! org baru merancang nak pi Thailand ujung taun ni.
Post a Comment