Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, January 24, 2012

a k u . r i n d u . p e r e m p u a n . i t u

Tengah duk layan picture dalam laptop ni.
Konon nak susun and asingkan gambar la.
Tetiba nampak gambar perempuan ni.
Walaupun baru ni ada pergi jumpa perempuan ni, tapi tak puas.
Dia gula hati saya.
Susah senang kami selalu sama- sama.
Perempuan, kau ingat tak masa kita kat bukit balik kerja tahun lepas.
Yang time ada ular tu.
Yang aku terjerit- jerit ketakutan tu.
Tak dapat bayangkan macamana kalau waktu tu aku sorang- sorang je kan jalan kat situ.

Sejak kau tak ada, jujur aku nak cakap yang aku mula malas nak pergi kerja.
Ye la, aku tak ada kawan nak jalan sama- sama.
Pergi dan balik kerja.
Kau baliklah sini.
Buat apa lah kau duduk kat Kuantan tu.
Dah la kau selalu terseksa kat sana.
Kan?
Terseksa sebab tak dapat makan masakan ibu, tak dapat duduk sembang bergosip dengan aku, tak dapat main dengan adik Tasnim, tak dapat gaduh dengan Yaya.
Banyak lagi yang kau tak dapat kat sana kan.
Aku tau kau bosan jugak kan kat sana.
Ye, aku faham, kat sana kau dapat shopping lebih dari aku.
Ala, tapi tu satu je kelebihannya.
Kat sini dulu pun kita shopping kan.
Shopping online.
hmmmmmmmmmmmm....

Serius memang aku sedih masa kau ambik keputusan nak terima offer kerja kat Kuantan tu.
Tapi nasib baik aku selalu pergi Kuantan.
Dapat jugaklah jumpa kau.
Tapi selalu jumpa pun kejap je.
Kalau kat sini, kau boleh datang rumah aku.
Kita karaoke sama- sama.
Buat kek.
Main anak patung kertas tu.
*kau jangan nangis tau baca tulisan aku ni*

Kau ingat tak semua gambar ni?

Ni masa kita pergi open house kat Kampung Juara. Kita paling vogue kan selain anak- anak raja tu.

Ni masa dah balik. Tudung you pun dah melayang sebab kita tunggu orang cari siput lama sangat kan.

Picture ni muka kita sama- sama kilat kan. kat majlis kawen Liza.

Ni gambar kita kat port gossip. Kita pakai baju yang kita beli kat internet sama- sama. Tapi I dah tak muat baju ni sebab I dah makin kurus gemuk.

Ni pulak dalam lif MegaView hotel. Laki I pergi kursus. Kita gossip- gossip dalam bilik hotel sebelum jalan kat bandar.

Tapi part ni yang aku paling suka.
Kau makan banyak gila hari tu.
Makan kan hobi kita sama- sama kan.
Mula- mula kita makan kat Kenny Rogers, Megamall.

Lepas tu konon nak minum petang sikit je. Tapi, makan banyak jugak kat Laksa Shack, ECM.

Malam tu kita makan kat dataran Gambut pulak.
*Sedih je tempat makan ni dah tak ada kan. Diaorang pindah mana ek?*
Kau makan sizzling. 
Kau makan sampai habis pastu kata ayam tu macam nak basi.
Padahal kau dah makan abis kan.

Selain tu banyak lagi yang kau makan kat situ, sate, cucuk- cucuk steamboat tu.
Menggila kan kau makan hari tu.

Aku tau sebabnya.
Sebab kau gembira kan jumpa aku.
Sebab tu selera makan kau menjadi- jadi.

Kau pun selalu jadi penasihat aku.
Aku pun penasihat kau jugak kan dalam membeli- belah.
Masa ni kita try baju kat ECM.
Aku suka sangat baju ni.
Kau pun suka.
So, aku belilah.

Ohhhhhhhh.... banyaknya yang aku rindukan tentang kau perempuan.
Kau selalu merungut pasal rambut kau sikit lah, tipislah.
Tapi sebenarnya rambut kau lawa sangat.
Aku suka sangat rambut kau.
Rambut kembang- kembang original.
Aku dah tak nak rebonding rambut dah.
Sebab nak rambut macam kau tau.

Aku tau, saat  aku menulis ni pun kau rindukan aku kan.
Nanti kau ambiklah cuti lama sikit, balik sini ya.
Kita habiskan masa sama- sama.
Kita swimming, snorkeling, karaoke, main paper doll.
Nanti aku masak untuk kau.
Aku masakkan makanan kegemaran kau dan buat air favourite ko.




Yang Merinduimu,
Azra 
Y_Y






2 comments:

nqr said...

me too miss my gf shooo much! kadang kadang leh nangis kalau teringat terinduuu

Nazratul Azra said...

huaaaaarrggghhhh.... sob, sob... nangis ni..
kawan dgn dia dari sekolah rendah lg, walaupun umur byk beza, tp dia sentiasa memahami...
jom nangis sesama.